Thursday, December 29, 2011

Friday, December 23, 2011

KJ

Lelaki Maskulin sangat!!!!! Suka ar KJ!!!!! (Yang lain xsuka blah ekk) Hikssss :)

Wednesday, December 21, 2011

Menipu!

Penipu..
Xbaik tau menipu..
Kalo takat bohong sunat tuh xpe laaaaaaaa.... (tu aku slalu la buat :p)

Masalahnya kau menipu perasaan orang!!!!
Damnn!!!!!
Lelaki macam kau ni takat nk selamatkan diri kau jadi la penipu....
Tapi kau silap laaaaa... Kalau kau tipu dia bole lah.. Tapi kalo tipu aku memang kau silap!!!
Cerita2 kau tuh boleh lah buat dia cair tapi aku dengar sekali pon aku tahu lah kau menipu!!!!
Ptuihhhhhhhhhhhh!!
Sebab dia xpernah bercinta kau goreng cerita kau yang xmunasabah tuh....
Haishhhh... dah tua pon BANGANG!!!!!!!!!
Aku memang suka la dengan kau dah lame-lame aku rase kau ni memang xboleh percayalah!!!!!
Kesian lah aku tgk dgn dia tu kau tipu la bulat2...
Yang dia pon boleh lah percaya.. Mengarut laaa wey!!!!!

Cmni.. semua org xperfect. aku pon cmtu jugak!!!
Aku ni bukan baik sgt.. kadang2 ada yg xkene dengan aku..
Kau tu pulak jgn nak mintak simpati lah dgn cerita2 kau!!
Aku naik muak dengar cerita2 kau...

Haishh.. Emo lah aku dengan perangai kau tuh..
Dengan dia yang percaya bulat2 cerita kau...
Sayanggggg KONON!! Tapi kau salahgunakan sayang tuh!!!!!
Dah la..
Aku malas nk ingat ape laaaaaaaaaaaaa yang sebenarnya lelaki ini mahu drpd perempuan itu!!!!
Aku cume kesiankan perempuan itu..
Sebab dia adalah kawanku...........................................

Monday, December 19, 2011

Mission Impossible: Ghost Protocol (PG13)



Release Date: 15 December 2011
Language: English
Subtitle: Malay / Chinese
Genre: Action
Running Time: 2 Hours 13 Minutes
Director: Brad Bird
Cast: Tom Cruise, Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton, Michael Nyqvist, Vladimir Mashkov, Josh Holloway, Anil Kapoor, Léa Seydoux

Synopsis: This holiday season, two-time Academy Award®-winner Brad Bird directs, with producers Tom Cruise and J.J. Abrams, the action-packed spy adventure MISSION: IMPOSSIBLE - GHOST PROTOCOL. Blamed for the terrorist bombing of the Kremlin, IMF operative Ethan Hunt is disavowed along with the rest of the agency when the President initiates "Ghost Protocol". Left without any resources or backup, Ethan must find a way to clear his agency's name and prevent another attack. To complicate matters further, Ethan is forced to embark on this mission with a team of fellow IMF fugitives whose personal motives he does not fully know. Tom Cruise returns in the starring role as Ethan Hunt and is joined by an international cast that includes Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton, Michael Nyqvist, Vladimir Mashkov, Josh Holloway, Anil Kapoor and Lea Seydoux.

(Source: UNITED INTERNATIONAL PICTURES)


P/S: Sape sukakan filem yg byk action.. Ini the best movie u have to watch!!! Ada Tom Cruise wey!!!! Hahaa

Thursday, December 15, 2011

Azam 2012

Sebenarnya aku memang xde list utk azam baru setiap tahun. Tapi untuk azam 2012, aku ada buat list tau. Selalunya aku pasang niat jek untuk tahun baru. Tapi kali ni aku ada beberapa azam yg disenarai pendekkan untuk azam 2012. (mcm nk cari calon menantu lak ada senarai kan). Hehe
Tahun-tahun yang lepas aku xberape heran sgt pasal azam baru la niat azam baru bagai. Since status ku dari single to in relationship to engaged ni.. I've got a few things to do and i've re-list it as my new 'Azam' for 2012. Xbyk laa tapi ada la listing nya:-

1. Family
- Untuk family aku rase aku cuba untuk jadi anak sulung yg bertanggungjawab & kakak yang bole jd contoh kt adik2 aku. Tapi aku tahu semua orang xperfect kan. Aku cuba semampu yg boleh untuk jadi yg terbaik dimata family aku.

2. Encik Tunang
- Semoga si dia cepat2 dimurahkan rezeki untuk perkahwinan kami. (ayat xbole blah). Dan untuk aku juga semoga aku akan dapat beri komitmen yg terbaik untuk hubungan kami lebih jauh lagik. Yeay Nak kawin!!!! Gatai nye Cik Shyra!!!


3. Office
- Aku kt Ikram ni hampir 4tahun, Bekerja sebagai receptionist xde byk kerenah.. Moga2 dapat la naik gaji ke naik gred ke.. Kalau dapat naik ke bahagian lain pon ok gak.. Hehehe Semoga murah rezeki yer Cik Shyra.


4. Kawan-kawan
- Dikalangan kawan-kawan aku just berharap hubungan kami kekal selamanya. Xkira susa & senang.

5. Kewangan
- Kewangan aku cm biase jek. Tapi skang gaji jek aku akan cari ape yang patut aku cari.. lepaskan dulu kepentingan sendiri. Dapat setel semua List2 Hantaran aku tu aku dah lega. Bole aku setelkan yang lain2 pulak.

Semoga azam baru  aku tercapai. sumer xsusa.. asalkan ada usaha & dimurahkan rezeki.. Aminnnnnnnnn~

(P/S: Nak buat part time nk dapat duit lebih. Nak kawin ni wey!!)

Tuesday, December 13, 2011

Just DOME!!!

Last weekend En.tunang bawak aku jenjalan KLCC. Tujuan utama adalah nak cari barang dalam MY LIST tuh.. So, jalan punya jalan punya jalan. Perot lapa!! So pergi makan kt DOME.
Makan kt Dome bole tahan la.. Same je kalo makan @ pizza san francisco tu.. Harga nye pon lebih kurang jek...
Taraf makanannya aku bg Dome paling terbaek lah dr pizza san Francisco.. Sebenarnya last 2weeks aku g makan pizza san francisco same jek cm Dome. Italian food.. Tapi taraf pemakanannya xbrape menyelerakan aku.. Naseb baik Dome x menghampakan aku.. En.tunang kata "lepas ni bole la makan cni lagi.. band pizza san francisco.." Huhu..
Aku order Spicy Chicken & Mushroom Pasta. Harganya RM23.00. En.tunang order Calamari & Chips. Harganya RM26.00. Untuk drinks aku order Lemonade Berry (RM11.50). En.tunang order Cranberry Cooler (RM11.50). Rase dua2 air ni same je berry kan.. Tapi akunyer masam sbb campur lemon.. Sluuuurppp...
Makanan dh sampai.. JOM makan!!!!!!!!!! Sampai licin kami makan.. Hihihi... Berbaloi2... Jom layan gambar..

Menu

Drinks

Makanan sy dh sampai!

Ni Calamari en.tunang. sutun dia besau2 n fresh.

muka nk start makan. hihi

muka lapa si dia. hihi

Ok. muka kenyang :)

xbole cover perot lagi dh en.tunang sy ni.
Korang cuba lah DOME. Sape2 yang suka Italian Food.. Ada byk lagi menu mcm sandwich, burger, soup dia pon terbaik!! cubalah2!!!

Sekian. TQ

Friday, December 9, 2011

puisi kepada isteri tersayang - Zahiril Adzim

"Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

Tuesday, December 6, 2011

Otak & Pelangi

TQ. en.google :)

Otak...
Sila guna dengan sebaiknya..
Sila guna dengan perkara2 yang elok...
Jangan dipengaruhi otak dengan perasaan-perasaan jahat...
Jangan buat akal tercemar..
Hampir semua manusia akalnya sudah tercemar...
Begitu jugak otak ku..
Otak dan perasaan aku tercemar juga..
Ada macam2 dalam otak aku dan perasaan aku..
Aku mahu positif agar aku tidak terpengaruh dengan perasaan-perasaan jahat yg datang..
Panjang akal??
Ya, kadang kala memang aku panjang akal..
Gelak seketika mengenangkan panjang akal yang cuba aku buat..
Akal sempit atau Otak sempit???
Keliru aku..
Mungkin lagi 'selesa' dengan otak sempit..
Kesian yang ber'Otak' sempit...
Dalam sesetengah perkara perlu ada sikap keterbukaan..
Buat ape nk terlalu jadi katak bawah balang kaca tempurung...??
Hidup ini kalo xde corak-corak yang warna warni x indah tau x??
Sekurang-kurangnya 'play with the color like rainbow'...
Ia akan buat hidup seindah pelangi..
TRUST ME. WITH YOUR OWN COLOR. JUST PLAY !!!
TQ en.google.

Monday, December 5, 2011

Kahwin Lagik!

Tahniah kepada kawan kembar ku (lahir 30/9/86) haha  
Man & Yani atas perkahwinan kamu berdua.
Cam biasa aku & en.tunang amek berkat kt pengantin2 ni laaaa..  :p

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu

Semalam aku, en.tunang, 2org akak ipar angah & kak b & amir & eishah p tgk wayang movie 'Ombak Rindu'.. Last minutes join siorg sebenarnye. Hihihi.. So amek halfday semalam pastu straight Alamanda layan movie.. Hihihi
Ombak Rindu ni dari citer sebuah novel. Jom layan sinopsis nya yer....


"Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin."

Tuesday, November 29, 2011

Mai's BIG DAY!! Congratulations My Best Friends!!

Dengan sekali lafaz mai dh jadi isteri fizi!! Tahniah Maizatul & Hafizi!!


Friday, November 25, 2011

GAP Casting Call (PLZ VOTE!!!)

Mintak Vote My Friend's Daughter For GAP casting. TQ!!

Click This Link https://apps.facebook.com/gap-casting-call/index.php?photo=1229

Vote For Hanna Jasmine Mohd Zohdi!!!! :)

Thursday, November 24, 2011

Vacation Oh Vacation

Aku teringin nak g bercuti2 malaysia sebenarnya adalah tempat2 baru & tempat ulang aku nak pergi... Antaranya :-


Bali!!!! Bole x nak honeymoon sini...????????? Sape nk sponsor wey???

Sabah! Nk g Ranau.. Sbb tmpt dia macam cameron higland cejukkkk & nak panjat Kinabalu Mount!!!!

Langkawi!! Sbb nak beli belah.. Boleh tak??????

Terengganu!! Sbb xpernah pergi.wey!! (Of cos dpt pergi punya tahun depan hehehehe)

Penang!!! Sbb nk mkn pasembur, rojak, laksa.. nk jeruk!!!!! Nyummmmmm..

Cherating!! Sbb I love the beach here.. better than laut2 lain.....

Pulau Redang!! Sbb nk diving n snorkeling.......!!

Singapore!! Sbb nk g USS n shopping. Bolehhh takk???

Paling dekat Melaka!! Nk cari makanan sedappppppppp2!!! Hehehe
BMLR!!! dulu pergi xdpt main theme park dia sbb sy demam! Ergggh!!!
Sekian sahaja keinginan aku yang melampau ni... Ujung tahun ni adalah elok nk bercuti.. Tapi nak kene kira2 bajet nya dahulu.. Al-maklumlah.. byk yg dh listed sempena perkahwinan jd angan2 & keinginan terpaksa menolak tepi semua ini.......... Tapi!! Aku cuba gak laaaa nk g cuti mane2 dalam mase terdekat kaalo berkesempatan!!!!!! Yehaa!!!!!!!!!


(sumber gambo: MR.Google)

What is diffrent between receptionist and telephone operater?

Ini lah PEKERJAAN saya! :) Macam Operator pulak.. Hahaha

Wednesday, November 23, 2011

Onak & Duri

"Andai kata takwa itu diterjemahkan ke dalam konteks sebuah rumah tangga, ia seumpama daya melangkah dan memandu diri yang baik dalam menempuh segala Onak & Duri"

Tuesday, November 22, 2011

Zaman Uniten '04 - '05

Lepas aku balik dari PLKN aku dapat panggilan belajar kt UNITEN.. Ala... Ini pon sbb ayah aku yang uruskan kemamsukkan aku.. Dalam hati mmg aku xnk belajar kt UNITEN ni.. dekat sgt lak dgn umah.. (padahal suka dekat dgn rumah sng balik anta baju) huhuhu.. So, Aku terima jek la tawaran belajar kt UNITEN dalam Foundation in IT. Wow sgt bunyi belajar IT.. Huhuhu Untuk 1st & 2nd Sem aku mmg semangat giloss belajar tapi bila masuk Special Sem aku punya class xbyk pastu aku pon dh start buat part time keje cari duit... Aku selalu 'miss' class... Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Ini adalah pengajaran yang xelok utk semua kawan2 yer.. Sila jangan IKOT!!!! 
At last aku xabiskan belajar aku. Org ckp "Sesal dulu pendapatan Sesal kemudian tidak berguna"... Haishh... Kalau Anak2 cucu aku bace ni mesti diorg marah dgn aku... Haishhhhhhh... Xpe.. Yang lepas biarkan lepass ye anak2 ku & cucu2 ku... Kita teruskan hidup  dengan ape yang kita ada skang nie... Aku berhenti belajar.. Terus kerjaaaaaaaa nak hidup berdikari.. (adoii.. cerita sedihhh nie) 
Tapi sebenarnya dalam mase setahun aku belajar kt UNITEN tu aku bukan xlulus.. result aku ok.. dpt gak 3pointer (cm riak lak).. Tapi dek sebab mase tuh dh syok pegang duit sendiri (kerja kan) Jadi aku mula lah lupe aku ni seorang student.. Huhuhu.. Ok.. Ok.. Xguna ungkit kisah sedih dolu2 nie.. Lupekan lah...
Kalo nak tahu mase aku kt UNITEN aku mmg active join ape aktiviti2 MPP.. Sehingga lah aku dapat join BTN (Biro Tata Negara) JPN punya.. aku jadi fasi.. cool wey!! banyak tempat aku pergi.. ajar budak2 sekolah pasal kenegaraan.. Dari sekolah rendah sampai  sekolah menengah pon aku jadi fasi gak.. Dapat lah banyak anak2 buah baru... :) Seronok sgt2.. Ada byk kenangan mase aku belajar kt UNITEN nie.. Bagi aku hidup sebagai student mmg byk cabaran.. Tu jek la nk ckp.. (pnt lak aku type panjang2 nie.) 
Banyak sebenarnya aku nk celoteh kt sini pasal UNITEN.. Tapi ni lah sebahagiannnnnnn darinya cerita masam2 manis aku kt UNITEN.. 

Sekian....

I Miss Sabah.

Kenapa rindu Sabah??? Tiba-tiba....
Sebab dulu tahun 2004 aku dapat pergi PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) selama 3bulan kt Sabah!!!!!
So, aku citer sikit2 yer pengalaman aku kat sane. Dah ingat2 lupe sebenarnya ni..
Ok, aku pergi bulan Januari sampai March lah aku kat sane.. Untuk Bulan yang pertama aku ditempatkan di Kem. Name kem tu xsila KEM OVAI PAPAR dekat PAPAR, SABAH. Tempat tuh sgt dalam ke hutan. Dan aku mula-mula sampai sangat la sedih sebab tak paham diorg cakap. bahasa apa diorg cakapkan ni.. Dalam mase yang same lak kaki aku injured sebab accident motor seminggu sebelum ke sabah (rempit betul aku dulu weyy). So, selama seminggu aku xbuat ape2 aktiviti pon sebab kaki masih belum baik lagi. Dan diteruskan sehingga sebulan aku berada kat KEM tuh. Selepas sebulan dekat KEM, kami telah dipindah kan dan ditempatkan di UMS (Universiti Malaysia Sabah). Sungguh cantik UMS.. Aku teringat saat matahari tenggelam dr tempat marin kt UMS dulu... Bestnyerrr... Bila dah hampir 2bulan kat sabah, aku dah pandai cakap sabah weyy.... Siring-siring, palui, ada lagik la.. skang dh xingat.. Huhuhu.....

Ok, setelah 3bulan berlalu tiba masanya aku balik balik ke semenanjung. Actually, berat hati nak balik.. Rase nak tinggal lame kat  Sabah.. AKu ada keluarga angkat kt sane n kawan baik kat sane.. Org sabah.. Ujie name dia.. Aku rinduu la kat dia. 2tahun lepas kali terakhir aku contact dgn dia.. skang xde dh.. lost contact.. Tapi aku rase dia stil guna no same kot. sbb dia ada anta sms raya kt aku tahun lepas.. Aku pon ada reply.. Tapi xde borak2 pon... Rindunyaaaaa sabah!!! Nanti ingat nak ajak En.Tunang tersayang p sabah laaaa... Oh Oh Oh actually En.Tunang aku pon PLKN kt Sabah OK!! (jodoh) hahahha tapi kami xpernah bertemu pon mase kt Sabah tuh... Tuhan saje menguji.. Cewahhhhhhhhhh!!!!!!! :)


Inilah kawan2 sabah saya... Rinduuu diorg.. walaupon diorg ni bukan islam tapi diorg sgt baik :) (huduh nyer aku time ni..)
WOw!!.. Pakai baju seragam cmni aku rase cool habissss.... Budak 1khemah dengan aku ni... Sabahan cool!
 

Monday, November 21, 2011

Sekolah Menengah....

Tiba-tiba aku teringat mase aku sekolah menengah... Jadi nk citer sikit pasal aku sewaktu disekolah menengah dulu...
Mase aku Form1-Form3 aku sekolah kt Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMEL) dekat jek la dgn rumah aku.. Sebenarnya kalau ikotkan hati mase mula2 masuk sekolah ni  aku mmg xberminat sgt bukan sbb dia sekolah agama cuma kt sini aku xde membe2 yg mase darjah 6... Geng xde.. huhuhu.. Tapi xpe.. Oleh sebab mak yang nak aku sekolah sini jadi aku turutkan jek.. Selama 3tahun bersekolah kt sini aku sungguh gembira.. Sbb aku ada kawan2 yg 'gila-gila' kepala mcm aku gak.. Aku mengaku walaupon aku sekolah agama aku sedikit nakal.. huhu Biaselah budak2 kannnn.... Form1 aku ulang alik dr rumah ke sekolah.. Form2 sampai Form3 aku dh duduk asrama.. DORM TERATAI.. kawan2 sekepala sumer dalam dorm sini.. Memang terbaikkkk!!! Hahahhaa.. Paling seronok bila balik dr rumah masing kt dorm bawak makanan masing kami buat potluck makannnnnnn sampai kenyang woo.... Makanan dr rumah mmg sodap2 belaka... Hahahaha.. Actually sampai skang pon aku masih contact lagi budak2 sekolah agama ni.. espcially DORM TERATAI ni.. kami selalu buat gathering berjumpa lepas rindu dengan cerita2 terkini masing2.. Hahhaha..  SERONOK diingatkan kembali...
Inilah Geng Teratai....... cuba carik mane aku.. Hahahaha... (mase ni form2)



Form4 aku dh pindah sekolah... SMK Bandar Baru Bangi Jalan 2.. Jumpalah kawan2 baru.. Huhuhu.. Budak2 BAKTI!! aku sebenarnya amek Akaun.. tapi bila aku masuk Jalan 2 aku xnk amek akaun.. aku amek seni/tasawwur islam.. Aku suka tasawwur islam.. huhu seni aku langsung xseni..  hahahahhaha.. pendidikan seni xpenah A.. hahahhaa.. Tapi aku dapat kawan2 yang sekepala jugak.. SYOK abisssssss..... mase aku mula2 masuk class BAKTI diorg takot dgn aku sbb aku muka garang.. Tapi lame2 dah tahu sekepala mmg diorg buliii aku.. huhuhuh.. Sampai skang jugak aku xpernah berpisah dgn budak2 BAKTI ni.....Selalu diorg akan buat cuti2 malaysia bersama2 kemane2 saje kalo ada bajet.... BEST!!!!!! sumer skang dh besor panjang.. dh ada yang kawin... ada anak pon ada tau.. muka2 nakal ni bakal jadi org berguna wey!!! Hahahahahaha......
Budak2 BAKTI dihati ku... Yehaaaaaaaa... Aku yg skema.... hihihihi

Monday, November 14, 2011

Ia Dinamakan B.E.R.T.U.N.A.N.G

Haha.. Sila lah bace list ni.. xlarat nk type karangan....

1. Alhamdulillah semua dh selesai utk majlis pertunangan ku..
2. Mak ayah & semua org gembira
3. Famili pihak lelaki pon ok. Aminn :)
4. Thanks semua yang hadir di majlis ku..
5. Harap semua berpuas hati. Maaf kalo ada kekurangan..
6. Kini aku suda menjadi tunangan org.
7. Menuju ke arah yg lebih jauhh.. Aminn :)
8. Semoga semuanya diberkati.. Aminnn.. :)
9. Perasaan skang adalah seronok yg beronok-ronok ok. :)
10. Mari kita bekerja keras utk kahwin yer en.tunang :)





Sekian Terima Kasih :)

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday

Xde ape yang dpt kita btau kamu berdua.. Thanks sebab sentiasa ada bersama sewaktu suka & duka, susah & senang.... love u all!!!!!!

Saturday, November 5, 2011

My Best Buddy E-Day!


Congratz to Ayn. I called her kakak. Love u!

(Next week my turn! OMG! Neves!)

Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 2, 2011

Thursday, October 27, 2011

Trilogi Aku Terima Nikahnya (Hasrizal Abdul Jamil)

Saya sedang menghabiskan membaca buku ini. (Kalau rajin & ada mase baru baca.. Ambik mase kame sikit ya).. Ini sedikit penerangan TRILOGI buku ini "Aku Terima Nikahnya". Sila layan~
Daripada www.saifulislam.com


"Saya bukan novelis.
Saya bukan penulis.
Saya belum ada ciri-ciri yang lazim terkait sebagai seorang penulis.
Saya hanyalah seorang anak, suami, bapa, adik, saudara, rakan, da’I serta insan pejuang yang menulis.
Menulis kerana itu cara saya memberitahu diri. Menulis kerana itu cara saya memaham erti. Menulis kerana ia dan diri sudah sebati. Malah menulis kerana itu cara saya menentang mati. Agar di satu hari nanti, saya tidak mati oleh sebuah kematian. Tulisan tinggal sebagai rakaman. Rakaman tentang kehidupan. Kehidupan yang menjadi cermin untuk setiap pembaca mencari diri.
Segalanya bermula di situ.
Aku Terima Nikahnya (2008), bermula daripada percubaan saya untuk memahami apa yang telah dan sedang saya lalui. Menilai kembali setiap satu langkah kecil yang diambil menuju kehidupan berumahtangga, Tauhid dan cinta menjadi sendi dan nadi membina mahligai impian.
Saya tidak pernah membayangkan Aku Terima Nikahnya diangkat sebagai manual cinta. Ia bukan cerita cinta. Ia cerita kehidupan.
Namun menjenguk kehidupan daripada jendela cinta, lebih sering mengurniakan pelangi, warna yang menghimpun semua perasaan kita. Calon pencinta menjadikannya sebagai persediaan. Pencinta semasa mengambilnya sebagai perencah rasa. Pencinta semalam bercermin diri menjadikannya sebagai renungan. Aku Terima Nikahnya tersedia untuk semua.
Aku Terima Nikahnya pergi terlalu jauh.
Abang dan kakak berpesan kepada adik, suami dan isteri saling memujuk pasangan membelek.
“Bacalah, bang. Ini bukan buku perempuan. Ia perspekif lelaki. Seorang suami. Seperti abang!” pujuk seorang isteri.
“Bacalah yang. Ini buku untuk perempuan. Hakikat lelaki untuk isteri memahami suami. Seperti abang!” rayu seorang suami.
Aku Terima Nikahnya terbuka kepada apa sahaja bentuk tanggapan dan jangkaan. Namun setinggi syukur kepada Allah atas setiap kebaikan yang diperolehi oleh mereka yang memanfaatkan. Perjuangan Aku Terima Nikahnya adalah untuk menyuntik keyakinan, bahawa kebejatan fitnah hidup semasa, tidak sama sekali menjadikan cinta dan perkahwinan berteraskan Islam, mustahil tegak di tengah arus yang derunya bertentangan.
Bercinta Sampai ke Syurga (2009) memanggil burung pulang ke sarang. Puas terbang tinggi meninjau kehidupan, sekual Aku Terima Nikahnya ini menjemput pembaca untuk terus menyapa awan namun kaki jangan memencil bumi.
Ia penuh dengan liku-liku perjalanan rumahtangga dan perkahwinan. Antara pedas, manis dan pahit. Tiga rasa yang merencah realiti kehidupan.
Jika Aku Terima Nikahnya membekalkan saranan membina kehidupan bersendikan Syariatullah, Bercinta Sampai ke Syurga pula menyuluh keperluan Sunnatullah. Syariat dijaga, hukum hakam dipelihara, namun rumahtangga tetap bergelora kerana Kitab Kalam tidak harus terpisah daripada Kitab Alam. Sunnatullah yang ditempa Allah sebagai sifir kehidupan, jangan disanggah, jangan diremeh temehkan.
Membina jambatan keserasian antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak, ahli keluarga dan persekitaran, semuanya harus tunduk kepada hukum alam tentang hubungan manusia.
Pertemuan saya dengan sisi kedua selepas Aku Terima Nikahnya, sungguh menginsafkan. Ia mengajar saya untuk lebih manusiawi terhadap isteri dan anak-anak, belajar seni rasa dan seni kata, bukan jauh meninjau seberang, tetapi bersuluhkan kekayaan jiwa insan bergelar Nabi. Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam sendiri yang hangat watak dirinya terhadap para isteri dan anak-anak.
“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya. Dan aku adalah yang terbaik kepada keluargaku” – Al-Hadith
Segala atas dan bawah, hitam dan putih, salah dan betul yang terakam di dalam naskhah Bercinta Sampai ke Syurga, adalah usaha-usaha saya untuk menjadi manusia terbaik di pandangan baginda, juga pandangan Allah yang Esa.
Perkahwinan bertambah usia, anak-anak bertangga dewasa. Rumahtangga beralih ke fasa seterusnya, nikmat dan cabaran saling bersulam mematangkan kehidupan. Di medan itulah Bercinta Sampai ke Syurga menghidang cerita. Serunya bukan untuk kehidupan yang sementara. Ia suatu jemputan, mengajak pasangan yang hangat berkasih, bercinta selama-lamanya, hingga ke Syurga.
Hanya satu syarat ketetapan.
Taqwa yang benar kepada Tuhan.
Murabbi Cinta (2010) bukan ulangan cerita.
Setelah Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga bermain peranan di pesada kembara insan mengenal Tuhan dan kehidupan, Murabbi Cinta mahu mengenengahkan sumber inspirasi terbesar seluruh perkongsian.
Cinta Hollywood.
Cinta Bollywood.
Pelbagai modul cinta terhidang di depan mata.
Hingga kita mungkin terlupa, bahawa tiada insan yang hatinya mampu berkasih, seperti naluri Murabbi Cinta, Uswah Hasanah teladan mulia, Muhammad yang Amin, sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Masakan tidak, setelah romantiknya kita tekuni, belas ihsan hatinya kita hayati, gurau sendanya kita teladani, tegas benarnya kita ikuti, tidakkah sebesar-besar cinta adalah cintanya kepada setiap kita? Mencintai manusia yang belum ada. Hingga hidupnya tidak berwasiatkan sisa, kecuali pedoman untuk sahabat dan ikhwan, yakni kita kaum mukminin di zaman kemudiannya, yang pernah mengusik jiwa baginda, akan rindunya kepada kita.
Itulah tema Murabbi Cinta.
Mengajak diri saya meneladani seorang Nabi.
Utusan Allah yang tidak pernah mensesiakan kuasa cinta, pada menjinakkan umat kepada agama. Cinta dan Tauhid menjadi satu, bekalan teragung sepanjang zaman.
Sunnahnya menjadikan kita hidup bercara.
Sunnahnya menjadikan masalah dan cabaran hidup sebagai laluan menjadi dewasa.
Sunnahnya mencegah lemah dan putus asa.
Sunnahnya terungkap di naskhah Murabbi Cinta, agar semua kebaikan yang sempat dilontar cerita, menambahkan penghargaan dan kasih, kepada mahaguru kita yang satu, Rasulullah Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam."

(Thanks to Zaff sebab bagi as birthday present. Kita baca jugak awak walaupon lambat abis. Hehehe.. )

Tuesday, October 18, 2011

Korang Gembira???

Korang gembira x???
Aku.. Aku gembira sangat.....!
Kenapa??
Well.. For the whole life ada la part2 terpenting yang kene ingat till the end....
Hahha.. Sounds like benda penting jek kann.....
Bagi aku penting jugak laaaa...
Aku berharap benda itu berjalan dengan lancar..
Orang selalu ckp.. U make it simple but it will be remembered until the end!!
Comel kannn! Hahhaha...
Actually, I'm still in the middle of this things but for 60-40 almost done laaa..
Dear My Sayang... Hey, I Love U So Much!!!
XOXO~

Wednesday, October 12, 2011

Haagen-Dazs (Slurrrrrp)

Macadamia Nut From Haagen-Dazs... Nyummmmmm
Lets Talking about What makes Häagen-Dazs so special?
We agonize over every detail that goes into our Häagen-Dazs ice cream. Let the numbers tell the story. When your standard is perfection, nothing else will do.
 
0   artificial Stabilizers, Emulsifiers, or Colorants.
When we craft our Strawberry ice cream, we use only natural cream, milk, eggs, sugar and strawberries – and absolutely nothing else. With 0 artificial ingredients, it’s unadulterated ice cream bliss.
5   ingredients used in our Vanilla ice cream.
Our Vanilla ice cream crafts just 5 simple and natural ingredients – eggs, milk, cream, vanilla and sugar – into a rich, creamy taste sensation that is incomparably, unmistakably Häagen-Dazs. Because what we don’t put in matters just as much as what we do.
15   seconds to melt a spoonful of our ice cream.
It takes about 15 seconds for a spoonful of our luscious Strawberry Cheesecake ice cream to melt in your mouth. This long, slow melt is because we add less air, and more quality ingredients. Which adds up to a longer lasting pleasure with each deliciously rich spoonful.
98g   of real chocolate in every Belgian Chocolate Pint.
When we craft our Belgian Chocolate ice cream we select the best chocolate from Belgium. In every 500ml pint we have over 98g of real chocolate to create the deepest, darkest and most delicious chocolate ice cream. Simply the best chocolate will bring you to experience an unforgettable Belgian Chocolate heaven.
100%   fresh dairy in every pint.
For texture and taste, many ice creams add ingredients you’d never expect – even vegetable fat. But Häagen-Dazs has always crafted 100% real dairy ice cream, using only pure cream and milk to provide its signature creaminess and rich texture. Simply the best dairy ingredients, exquisitely combined.





Itu sahaja. TQ :) Cuba OK!!!!