Tuesday, October 25, 2016

Bebel

Assalammualaikum...

Di saat orang kata ngandung x elok marah-marah... IYER, aku taknak marah... CUMA aku paling menyampah dengan orang tiba-tiba suka nak hangin tak tentu pasal... Apa kau ingat kau sorang je ada hangin????
Ok, kalau kau tengah marah dengan orang lain tak payah nak lepas kt orang lain.. Kau paham xmaksud aku?? Yela, kau marah dengan A, kau taknak pandang A dah la, tak payah sekali orang sekeliling kau pon kau nak tarik muka! Kau dah kenapa????
Semua ada masalah sendiri lah.. Tak payah nak nak jadikan semua orang mangsa marah kau.. Kau ingat perangai kau mcm tu boleh mintak simpati ke dekat kami2? Maybe orang yang xtahu pasal kau bole lah simpati.. Kejap hangin OK, kejap hangin TAK OK... Sukati mak nenek kau je lah buat perangai mcm ni..!
Kalau tak pikir panjang lame dah memang aku buat xtahu dengan kau.. Naseb baik la hati aku belu tahap BENCI, MEYAMPAH lagi... Aku relakss..
Orang mcm kau memang kene buat tak tahu nanti baik lah sendiri perangai tuh!

Eh, dah la.. Tak nak bebel lagi....

ISTIGFAR BANYAK-BANYAK CIK SHYRA.......








Sekian.

p/s: tengah mabuk alahan sekarang ni...... :(

Friday, October 7, 2016

Hadiah Anniversary ke-4

Assalammualaikum... Lame sgt Cik Shyra tak update belog yang hampir bersarang nih...
Hari ni sebenarnya Cik Shyra nk citer pasal tajuk atas ni la.... Tak payah cerita mesti korang dah tahu kot... Haha...

Tahun ni Adelia dh 3tahun.. Besar dh kakak Adel.. Ceritanya dari bulan 4 lagi aku dengan husband try to conceive.. Orang kata belum ada rezeki lagi... Sebaik2 perancangan Allah kan....

So, untuk bulan 9 ni Cik Shyra dh lewat period 6hari sebenarnya. Mula2 masa bru lewat 3hari Cik Shyra relak je sbb kadang2 normal la lewat dr time period biasa kan sbb Cik Shyra mengalami symptom2 nak dekat period mcm sakit breast, sakit pinggang... So, masa hari ke 4 lewat period tu Cik Shyra mengalami sakit kepala yang amattttt sangat tapi Cik Shyra rasa sakit biasa je.. cuma Cik Shyra tak makan ubat pon menahan sakit sampai xtdo semalaman, tdo pon xnyenyak sgt la kot sebab sakit ya amat kepala sampai nk hantuk kepala kt dinding tuh... Esok paginya, mcm dah ok sikit Cik Shyra pon g kerja seperti biasa, balik kerja rasa nak singgah farmasi nk beli UPT. Kekonon saje nk standby la kalo xperiod dah 1/2minggu nk cek laaa... So, balik rumah terus la Cik Shyra simpan.. Tapi semalam Cik Shyra gatai.... tak sabar sgt nk tggu 1/2minggu so apa lagi kita pon g buat UPT. Dan keputusan nya adalah.......................

Yeay.. Alhamdulillah.. Berkat bersabar....

So Cik Shyra nak suprisekan En.Aboy masa kami pergi bercuti last week ke Trader Hotel KL. Layan video ni ek... Heeee
                                                           Tengok siapa excited??? :D


Hadiah paling best untuk EN. Aboy =)

So, Cik Shyra dah pergi jumpa doctor untuk sahkan pregnant & its about 6weeks. Yaw!
Estimate Due Date next year 28/5/2017. Insha Allah...
Alhamdulillah... Dah ada kantung....

Now, everyone is soo happy. ALHAMDULILLAH.....

Sekian.....








Friday, June 3, 2016

Bake2BakeByBFF

Assalammualaikum.....
Dipersembahkan kepada tuan puan bisnes kecilan cik shyra dengan partner Ayn. Mulanya idea ni sebab salah seorang kawan sekolah cik shyra buka cafe dekat Bandar Baru Banting. Lepas tu dia tanya lah Ayn nk letak kek x dekat cafe dia.. Dah tu Ayn bincang dgn cik shyra so cik shyra setuju lah utk JV dengan Ayn utk buat Brownies & Congo bars. Untuk pengetahuan korang, Cik shyra mmg suka buat kek kuih muih ni... Tapi sebab Oven dekat rumah cik shyra kecik molek sgt tu sbb cik shyra lame xbaking. Ayn plak ada oven kira besar jugak yang bole buat satu kek besar gitu... So baking membaking cik shyra akan ke rumah Ayn. So, Dah sebulan penjualan online & offline brownies cik shyra ni, Alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan....

So, kawan2 yang nak cuba boleh order dekat cik Shyra (0126613451) & Ayn (0123467572)


Whole brownies 10 x 10 (RM40)


Mini packs (3pcs - RM4.50)



Untuk yang walk-in nk rasa terus xyah order & minum plak dengan air sedap g singgah Border's Tea Banting. FB (https://www.facebook.com/borders.teabanting)
Alamat: No 8, Jalan BB 1/7, Banting Baru, Jugra, 42700 Banting, Selangor

Sekian

Thursday, May 5, 2016

(Video) Spicy Korean Ramen Challenge



Cabaran makan maggi korea yang pedas tuh... marilah saksikan... tapi version chipmunk ok!!



Thursday, April 14, 2016

Latih Anak Tak Pakai Diaper / Pampers

Assalamualaikum w.b.t...
Hari ini Cik Shyra nak kongsikan tips nak latih anak tak pakai diaper/pampers. kalo bahasa omputih 'Potty Train'. Cik Shyra dapat tips dari Facebook mybabycomel.blogspot.com. 
Cik Shyra nk latih anak Cik Shyra sebenarnya.. Anak Cik Shyra tahun ni 3tahun jadi kene latih sikit-sikit dari sekarang kang KALAU ada adik nanti senang.. Eh, Cik Shyra ngandong ke??? Tak... KALAU jek.. hahaha
Sekiranya sibuk, latih mereka pada hari-hari cuti. Macam Cik Shyra ni bekerja weekdays rasa susah nak latih anak. So, tunggu sabtu / ahad lah untuk Cik Shyra latih anak. So, marilah start latih ngajar anak Cik Shyra tak pakai pampers.
Pasti berjaya walaupun mengambil masa yang lama. CHAIYOKK!!
===================================================================








Sekian. Terima Kasih.. =)

Tuesday, April 12, 2016

Jalan-Jalan Ke Melaka

Assalamualaikum...  Cik Shyra pergi bercuti ke Melaka... Saja bawak anak Cik Shyra nk mandi swimming pool katanyaa.. Cik Shyra stay dekat Swiss Garden Hotel & Residences Melaka. Sebab Cik Shyra bawak sini sebab hotel ni ada children water playground. Syok main air sesambil main playground gitu...

Tengok tu.. Syok kan... Masa Cik Shyra pergi ni ramai org dah.. 


Tu muka seronok sgt dapat berendam.. Hahha

Peace yo!
Adel sambung swimming dekat bathtab pulak kt bilik.. Haha


Ni kali kedua Cik Shyra stay sini.. Masa pertama kali stay sini Cik Shyra dapat bilik Residences.. Kali ni Cik Shyra dapat bilik Hotel. Beza dr segi ID & bilik air nya.. But so far semua ok bg Cik Shyra. Puas hati gitu.. Tapi Cik Shyra Tak ambik breakfast malas.. Kalau breakfast dewasa RM40person xsilap kanak-kanak RM35 xsilap.. kalau silap maafkan Cik Shyra.. Untuk Harga bilik Cik Shyra rasa berbaloi jugak sebab almaklum lah hotel ni baru kan di tengah2 bandar so berbaloi lah kiranya.... 

Di bahagian Residences naik tingkat 42 (kalo xsilap dh lupo) ada THE SHORE SKY TOWER. Masuk kena bayar dewasa RM 18 kanak2 xingat. hahaha pelupa lah Cik Shyra ni... Gayat sangat bila ada laluan untuk naik paling atas macam jambatan gitu... Menggigil kaki Cik Shyra.. Ada jugak tempat untuk ambil gambar yang disediakan oleh Sky Tower ni... Lupe nk amek gambar sbb ketaq kaki....

Sila byr tiket ya.. boleh beli makanan ikan skali sebab ada fish pond kt atas tuh.....

Ada restaurant gak tp buka petang xsilap..

Ni lah jambatan yg buat lutut menggigil....

Haaaa nampak pemandangan dari atas sky tower ni...
Kaki Cik Shyra masih ketaqq sbnenyaa...

Angin kuat masa ni.... Syok....
Feeding fish... Syok lah Adel tengok Ikan oii... Hahaha
Sebenarnya.. Kalau ikotkan kampung Cik Shyra dekat Melaka.. Kt Ayer Keroh tu Kg Durian Tunggal.. Setahun sekali je balik time Raya.. tu pon kg nenek aku.. tapi nenek Cik Shyra dah duduk sini kan so nenek je balik selalunya sebab sedara mara nenek masih ada lagi dekat sini.. 

Dah sampai Melaka kita jalan-jalan sekali lah kan.. Actually cuaca sangat panas... Kesian kt Adel so xbyk tempat kami jalan pon.. jalan kt Shopping Complex Dataran Pahlawan jek. Haha

Naik Menara Taming Sari

Jalan-jalan sekitar Bangunan Merah Stadhuys.

Kubu A Famosa



Cuaca panas singgah pekena Cendol Jam Besar & Air Buah tembikai... Comel jek air dalam bauh tembikai tuh.....
Ok. Aku singgah makan Asam Pedas.. Ala.. Kalau melaka ni similar lah mesti menu Asam Pedas nya terkenal kan.. So aku g makan area Dataran Pahlawan tu jugak.. Nama Restoran nya Restoran 35.. Sedap jugak lagi-lagi sambal belacan mangga dia.. perghhhh..... PADU PEDASS.. haha.. Lepas tu kalau g Melaka xsah xsinggah Klebang Coconut Shake & beli kuih Keria Haji Jalil Limbongan yg super femes tuh... Haha..
Akhir skali.. On the way balik aku singgah Freeport A'Famosa Outlet dekat A'Famosa Resort masuk toll Alor Gajah. Saje je cuci MATA.. Hehe

Ok. Sekian saje review pasal hotel & tempat menarik di Melaka..

Bye!!

Tuesday, March 8, 2016

Resepi: Kuih Lopes (Senang & Mudah)

Hari minggu lepas.. Aku memang dh niat nak buat kuih lopes sebabnya mak aku beli gula melaka yg sedap tu dr johor. So oleh sebab bahan nya senang. Marilah kita buat.. Yehaaaa...

Resepi Kuih Lopes
Resepi Oleh: Facebook Azlina Ina

Bahan-bahan:-
2 cawan beras pulut rendam 30 mnt - 1jam (tos kan)
1 cawan santan pekat
1 cawan setengah air masak
2sk garam
Pes pandan sedikit
Pewarna hijau sedikit
1 helai daun pandan simpul

Cara-cara:-
1. Satukan semua bahan dan kacau atas api perlahan.
2. Ttup dan buka sekali sekala kacau dan bia tanak mcm nasik smpai air kering..biar sejuk kejap. (aku guna rice cooker je agak2 sendiri)

3. Ok sediakan loyang kalau xrajin hehe alas plastik bawah loyang sapu minyak atas plastik tu ye dan masuk pulut td tekan sket dan kukus kukus 20 mnt.
4. Biar sejuk kuarkan dan golek atas kelapa yg dah diletak sikit garam.



Tanak pulut dalam periuk nasi je sng...

Lepas masak pulut masuk dlm loyang.. tekan-tekan bg mampat...  lapik plastik cm gambar ni...

Kukus lah dlm 20 minit....

Kuah Lopes 
250g gula melaka
4 sudu gula pasir 
1 helai daun pandan 
1cawan air masak

1. Masuk semua dalam periuk masak sampai larut.. Kalau cair sgt tambah sedikit air tepung jagung. kemudian tapis.. dan boleh curah dekat kuih lopes tadi.. 
   
Sedap bau gula melaka & pandan.. wangi.....     



Poyong pulut yang telah dikukus...


Curah kuah lopes yg mabeles... Nyummmmmm


 Sekian. Selamat mencuba..


Resepi: Pandan Gula Melaka Cupcake

PANDAN GULA MELAKA CUP CAKE

Pandan Cup Cake
Resepi Oleh : Bitter Sweet Spicy
Di kongsi Oleh: Azlita Masam Manis

Bahan-bahan:-
200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder ~ double acting
125 gm unsalted butter ( butter tanpa garam ) ~ lembutkan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau

Cara-cara:-
1. Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
2. Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
3. Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
4. Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan
5. Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
6. Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
7. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
8. Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
9. Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
10. Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
11.0Setelah masak, sejukkan atas redai.


Caramel Gula Melaka
Bahan-bahan:-
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air

1. Satukan adunan dan masak hingga gula larut dan pekat
2. Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh sedikit air
3. Masak semula hingga pekat. Sejukkan
4. Bila dah sejuk baru drizzle atas cup cake tadi


Buttercream Icing
Bahan-bahan:- 
250g Butter'
150g Gula Icing (ayak dulu)

1. Pukul semua bahan dengan kelajuan tinggi hingga adunan tidak lagi rasa berpasir/halus(soft peak).
2. Bole piping atas cupcakes ikot jenis nozel yg sesuai. 
3. Drizzle Caramel gula melaka atas butercream td lepas piping.. macam gambar bawah ni.. 
 
Siap!!
 Selamat mencuba!!!!

Resepi: Brownies Cik Kedut

Assalammualaikum... 
Lame pending nk update blog ni.. Kali ni resepi ni semua orang trend sekarang nak buat. So, aku dengan BFF aku (AYN) nk buat jugak untuk BFF kami sorang lagi untuk hantran tunang dia, ni kes nk jimat malas nk order sebab kalau order harga nya agak mahal ya. So kami decide buat sendiri sahaja tawakal uollss... Haha.. Jom tengok resepinya... 


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan:-
400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 
Kacang Walnut (potong kecik)
Coklat (Kit Kat/Kinder Bueno/Toblerone) *Hiasan

Cara-cara:-
1. Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya.
2. Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
4. Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
5. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
6.  Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Masukkan kacang walnut dan gaul rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter. (mcm gambar dibawah)

 8. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.



9. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati. Tapi aku & Ayn buat untuk hantaran tunang BFF kami si Safia. Kami buat Brownies Tower.

Cantik tak?? hehehe

Sekian. Selamat mencuba juga.. :)