Tuesday, March 21, 2017

Perut mengeras semasa hamil @ Braxton’s Hicks



Sejak kandungan da masuk 30 minggu ni, mula la terasa perut kerap mengeras..time malam mmg toksah cite la susah nak tido, nafas pn sekat2, golek ke kanan x kene golek ke kiri ok la ckit..klu terlentang lg la rase sesak...dekat nak pagi baru la leh lelap..bile kt opis mule la mate mcm mate garfield...ngantoksss...

Apsal ye perut kite mengeras bile hamil...jom kite share info ni sesame...hope membantu mommy2 lain jugak..
 




Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung : 

1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi

Cara menangani perut mengeras semasa hamil

1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan

Braxton’s Hicks
 atau nama popular bagi orang melayu adalah ”kekejangan perut” atau ”kontraksi”. Ia merupakan salah satu tanda kehamilan yang kerap berlaku pada bakal ibu pabila usia kandungannya semakin meningkat terutama ketika di trimester ketiga.

Mesti sahabat-sahabat tertanya-tanya macam mana rasanya apabila BH ni terjadi. Nak tau ke? Ok2, saya cuba cerita serba sikit. Bukan niat nak takut-takutkan ke ape, hanya sekadar berkongsi pengetahuan dengan sahabat-sahabat yang masih bujang dan sebagai persediaan awal buat bakal ibu. Sama-sama kita berkongsi.
Sesetengah bakal ibu tak merasai BH ni, dan sesetengahnya pula dapat merasainya seawal minggu ke 30 dan pada bakal ibu seperti saya pula sepatutnya rasa bertuah dapat merasainya, (walaupun sakit..adui) kerana hikmah disebalik sakit BH ni terlalu banyak.

Semasa BH ni terjadi, perut menjadi tegang dan keras dan kadang-kadang ia menyakitkan dari tengah perut hingga ke ari-ari dan kadang-kadang ia disusuli dengan kekejangan kaki dan sakit dibahagian pinggang. Itu lah yang kerap saya rasai sejak 4 hari lalu.

Biasanya BH ni akan dirasai apabila bayi bergerak aktif, ketika mengangkat berat, mengurut perut atau ”dehidrasi” ( kurang air dalam badan ). Kalau saya, paling kerap terasa ketika baby bergerak aktif. Kadang-kadang tu, perut dah keras pun masih rasa baby tendang dan bergerak,. Alhamdulillah baby saya semakin aktif saban hari dan senang kata setiap jam pasti akan terasa pergerakannya.^^

Hikmah Di Sebalik Braxton’s Hicks (BH)

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya yang Allah sembunyikan, itu kita semua dah sedia maklum. Begitu jugalah dengan hikmah disebalik kesakitan BH ni. Ia adalah latihan awal sebelum saat kelahiran tiba. Kebiasaannya orang tua-tua akan cakap ” alah bisa tegal biasa”. Saya setuju sangat-sangat dengan ungkapan tersebut.

Disamping itu juga, BH ini membantu melembutkan serviks dan memudahkan ‘pembukaan’ semasa proses kelahiran nanti. Itulah hikmah yang Allah sediakan pada bakal-bakal ibu seperti kita. Oleh sebab itu, janganlah asyik mengeluh dan merungut ketika BH ini terjadi tetapi saya sarankan amalkanlah beberapa tips di bawah ni bagi mengekalkan keselesaan dan mengurangkan kesakitan.

Tips Untuk Menambah keselesaan dan Mengurangkan Kesakitan :

Tips ini ada yang saya perolehi hasil pembacaan dan ada yang disarankan oleh ibu saya sendiri. Terpulanglah pada sahabat-sahabat mahu lakukan yang mana mengikut keselesaan kalian.

1- Ubah posisi sekiranya kalian rasa Braxton’s Hicks akan datang.

2- Rehat lebih lama, minum air masak dan baring mengiring ke sebelah kiri.

3- Minum air dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi kerana ia akan menyebabkan otot mengecut dan mengakibatkan kontraksi BH.

4- Buang air kecil dengan kerap kerana ia akan mengelakkan kontraksi berlaku.

5- Amalkan teknik pernafasan dengan menarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Tempoh menarik nafas pula mestilah lebih pendek daripada hembus. Ia akan menambahkan keselesaan pada kalian.
Pada saya pula, saya amalkan tips ketiga, keempat dan kelima sekaligus sambil diikuti dengan selawat didalam hati. Alhamdulillah cara tu berkesan untuk mengurangkan rasa sakit BH.

Akhir kalam
Begitulah yang saya rasai sejak dua minggu kebelakangan ni, dan harapnya entri ini dapat membantu bakal-bakal ibu dalam menghadapi waktu2 tersebut.


Sekian. Terima kasih

Sumber: Google

Thursday, January 26, 2017

21weeks of Pregnant


Assalamualaikum.....

Sabtu lepas (21/12017) aku buat appointment untuk detail scan untuk 2nd baby aku ni... Alhamdulillah semua bahagian dalaman baby OK. Normal. Tiada masalah... Syukur...
Detail scan ni bagus untuk kita cek cukup tak injap jantung baby..  Tulang membesar dengan ok ke x.. Kalau ada pape masalah kiranya bole jugak la detect semasa buat details scan baby ni..
Jom layan gambar my 2nd baby.

Bahagian otak baby

Bahagian tulang belakang baby

Bahagian jantung & perut baby


Tulang kaki baby

Tangan baby


Layan Video baby tengah isap jari.. Hehehehe


Ok. Aku buat details scan ni dekat Klinik Jameaton, Seri Kembangan. Masa Adel dulu pon aku buat dekat sini. Untuk Details Scan skarang Cas nya RM150. Kene buat appointment dulu sebelum datang nya.. Boleh call (03-8944 2270) Ada juga Scan untuk 2D, 3D & 4D.. 




Sekian. Terima kasih.