Thursday, December 29, 2011

Friday, December 23, 2011

KJ

Lelaki Maskulin sangat!!!!! Suka ar KJ!!!!! (Yang lain xsuka blah ekk) Hikssss :)

Wednesday, December 21, 2011

Menipu!

Penipu..
Xbaik tau menipu..
Kalo takat bohong sunat tuh xpe laaaaaaaa.... (tu aku slalu la buat :p)

Masalahnya kau menipu perasaan orang!!!!
Damnn!!!!!
Lelaki macam kau ni takat nk selamatkan diri kau jadi la penipu....
Tapi kau silap laaaaa... Kalau kau tipu dia bole lah.. Tapi kalo tipu aku memang kau silap!!!
Cerita2 kau tuh boleh lah buat dia cair tapi aku dengar sekali pon aku tahu lah kau menipu!!!!
Ptuihhhhhhhhhhhh!!
Sebab dia xpernah bercinta kau goreng cerita kau yang xmunasabah tuh....
Haishhhh... dah tua pon BANGANG!!!!!!!!!
Aku memang suka la dengan kau dah lame-lame aku rase kau ni memang xboleh percayalah!!!!!
Kesian lah aku tgk dgn dia tu kau tipu la bulat2...
Yang dia pon boleh lah percaya.. Mengarut laaa wey!!!!!

Cmni.. semua org xperfect. aku pon cmtu jugak!!!
Aku ni bukan baik sgt.. kadang2 ada yg xkene dengan aku..
Kau tu pulak jgn nak mintak simpati lah dgn cerita2 kau!!
Aku naik muak dengar cerita2 kau...

Haishh.. Emo lah aku dengan perangai kau tuh..
Dengan dia yang percaya bulat2 cerita kau...
Sayanggggg KONON!! Tapi kau salahgunakan sayang tuh!!!!!
Dah la..
Aku malas nk ingat ape laaaaaaaaaaaaa yang sebenarnya lelaki ini mahu drpd perempuan itu!!!!
Aku cume kesiankan perempuan itu..
Sebab dia adalah kawanku...........................................

Monday, December 19, 2011

Mission Impossible: Ghost Protocol (PG13)



Release Date: 15 December 2011
Language: English
Subtitle: Malay / Chinese
Genre: Action
Running Time: 2 Hours 13 Minutes
Director: Brad Bird
Cast: Tom Cruise, Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton, Michael Nyqvist, Vladimir Mashkov, Josh Holloway, Anil Kapoor, Léa Seydoux

Synopsis: This holiday season, two-time Academy Award®-winner Brad Bird directs, with producers Tom Cruise and J.J. Abrams, the action-packed spy adventure MISSION: IMPOSSIBLE - GHOST PROTOCOL. Blamed for the terrorist bombing of the Kremlin, IMF operative Ethan Hunt is disavowed along with the rest of the agency when the President initiates "Ghost Protocol". Left without any resources or backup, Ethan must find a way to clear his agency's name and prevent another attack. To complicate matters further, Ethan is forced to embark on this mission with a team of fellow IMF fugitives whose personal motives he does not fully know. Tom Cruise returns in the starring role as Ethan Hunt and is joined by an international cast that includes Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton, Michael Nyqvist, Vladimir Mashkov, Josh Holloway, Anil Kapoor and Lea Seydoux.

(Source: UNITED INTERNATIONAL PICTURES)


P/S: Sape sukakan filem yg byk action.. Ini the best movie u have to watch!!! Ada Tom Cruise wey!!!! Hahaa

Thursday, December 15, 2011

Azam 2012

Sebenarnya aku memang xde list utk azam baru setiap tahun. Tapi untuk azam 2012, aku ada buat list tau. Selalunya aku pasang niat jek untuk tahun baru. Tapi kali ni aku ada beberapa azam yg disenarai pendekkan untuk azam 2012. (mcm nk cari calon menantu lak ada senarai kan). Hehe
Tahun-tahun yang lepas aku xberape heran sgt pasal azam baru la niat azam baru bagai. Since status ku dari single to in relationship to engaged ni.. I've got a few things to do and i've re-list it as my new 'Azam' for 2012. Xbyk laa tapi ada la listing nya:-

1. Family
- Untuk family aku rase aku cuba untuk jadi anak sulung yg bertanggungjawab & kakak yang bole jd contoh kt adik2 aku. Tapi aku tahu semua orang xperfect kan. Aku cuba semampu yg boleh untuk jadi yg terbaik dimata family aku.

2. Encik Tunang
- Semoga si dia cepat2 dimurahkan rezeki untuk perkahwinan kami. (ayat xbole blah). Dan untuk aku juga semoga aku akan dapat beri komitmen yg terbaik untuk hubungan kami lebih jauh lagik. Yeay Nak kawin!!!! Gatai nye Cik Shyra!!!


3. Office
- Aku kt Ikram ni hampir 4tahun, Bekerja sebagai receptionist xde byk kerenah.. Moga2 dapat la naik gaji ke naik gred ke.. Kalau dapat naik ke bahagian lain pon ok gak.. Hehehe Semoga murah rezeki yer Cik Shyra.


4. Kawan-kawan
- Dikalangan kawan-kawan aku just berharap hubungan kami kekal selamanya. Xkira susa & senang.

5. Kewangan
- Kewangan aku cm biase jek. Tapi skang gaji jek aku akan cari ape yang patut aku cari.. lepaskan dulu kepentingan sendiri. Dapat setel semua List2 Hantaran aku tu aku dah lega. Bole aku setelkan yang lain2 pulak.

Semoga azam baru  aku tercapai. sumer xsusa.. asalkan ada usaha & dimurahkan rezeki.. Aminnnnnnnnn~

(P/S: Nak buat part time nk dapat duit lebih. Nak kawin ni wey!!)

Tuesday, December 13, 2011

Just DOME!!!

Last weekend En.tunang bawak aku jenjalan KLCC. Tujuan utama adalah nak cari barang dalam MY LIST tuh.. So, jalan punya jalan punya jalan. Perot lapa!! So pergi makan kt DOME.
Makan kt Dome bole tahan la.. Same je kalo makan @ pizza san francisco tu.. Harga nye pon lebih kurang jek...
Taraf makanannya aku bg Dome paling terbaek lah dr pizza san Francisco.. Sebenarnya last 2weeks aku g makan pizza san francisco same jek cm Dome. Italian food.. Tapi taraf pemakanannya xbrape menyelerakan aku.. Naseb baik Dome x menghampakan aku.. En.tunang kata "lepas ni bole la makan cni lagi.. band pizza san francisco.." Huhu..
Aku order Spicy Chicken & Mushroom Pasta. Harganya RM23.00. En.tunang order Calamari & Chips. Harganya RM26.00. Untuk drinks aku order Lemonade Berry (RM11.50). En.tunang order Cranberry Cooler (RM11.50). Rase dua2 air ni same je berry kan.. Tapi akunyer masam sbb campur lemon.. Sluuuurppp...
Makanan dh sampai.. JOM makan!!!!!!!!!! Sampai licin kami makan.. Hihihi... Berbaloi2... Jom layan gambar..

Menu

Drinks

Makanan sy dh sampai!

Ni Calamari en.tunang. sutun dia besau2 n fresh.

muka nk start makan. hihi

muka lapa si dia. hihi

Ok. muka kenyang :)

xbole cover perot lagi dh en.tunang sy ni.
Korang cuba lah DOME. Sape2 yang suka Italian Food.. Ada byk lagi menu mcm sandwich, burger, soup dia pon terbaik!! cubalah2!!!

Sekian. TQ

Friday, December 9, 2011

puisi kepada isteri tersayang - Zahiril Adzim

"Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

Tuesday, December 6, 2011

Otak & Pelangi

TQ. en.google :)

Otak...
Sila guna dengan sebaiknya..
Sila guna dengan perkara2 yang elok...
Jangan dipengaruhi otak dengan perasaan-perasaan jahat...
Jangan buat akal tercemar..
Hampir semua manusia akalnya sudah tercemar...
Begitu jugak otak ku..
Otak dan perasaan aku tercemar juga..
Ada macam2 dalam otak aku dan perasaan aku..
Aku mahu positif agar aku tidak terpengaruh dengan perasaan-perasaan jahat yg datang..
Panjang akal??
Ya, kadang kala memang aku panjang akal..
Gelak seketika mengenangkan panjang akal yang cuba aku buat..
Akal sempit atau Otak sempit???
Keliru aku..
Mungkin lagi 'selesa' dengan otak sempit..
Kesian yang ber'Otak' sempit...
Dalam sesetengah perkara perlu ada sikap keterbukaan..
Buat ape nk terlalu jadi katak bawah balang kaca tempurung...??
Hidup ini kalo xde corak-corak yang warna warni x indah tau x??
Sekurang-kurangnya 'play with the color like rainbow'...
Ia akan buat hidup seindah pelangi..
TRUST ME. WITH YOUR OWN COLOR. JUST PLAY !!!
TQ en.google.

Monday, December 5, 2011

Kahwin Lagik!

Tahniah kepada kawan kembar ku (lahir 30/9/86) haha  
Man & Yani atas perkahwinan kamu berdua.
Cam biasa aku & en.tunang amek berkat kt pengantin2 ni laaaa..  :p

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu

Semalam aku, en.tunang, 2org akak ipar angah & kak b & amir & eishah p tgk wayang movie 'Ombak Rindu'.. Last minutes join siorg sebenarnye. Hihihi.. So amek halfday semalam pastu straight Alamanda layan movie.. Hihihi
Ombak Rindu ni dari citer sebuah novel. Jom layan sinopsis nya yer....


"Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin."