Monday, September 23, 2013

Wedding Adik Ke2 Ku...

31/8/2013 di ijab kabulkan dengan sekali lafaz adikku Noor Liyana bersama pasangannya Shahrul Nizam..
Alhamdulillah.. adikku telah bergelar isteri orang.. Tahniah! Upacara pernikahan berlangsung lepas Asar itu disaksikan oleh kaum keluarga dan sahabat handai (selain saksi tok kadi.. huhuhu)..
Esoknya pulak majlis persandingan pengantin..
Layan gambo je la... Lame sgt kt draft... Xigt...

Thursday, September 19, 2013

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK

 
gambar hiasan


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

KEBAIKAN KEBAIKAN MEMBEDUNG BAYI

KEBAIKAN KEBAIKAN MEMBEDUNG BAYI

~ membantu bayi tidur lebih lena
~ meluruskan kaki bayi
~ mengelakkan dari bayi terkejut dan tersentak akibat bunyi bising sekeliling mereka
~ membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa – bayi merasa hangat seperti didalam kandungan ibunya
~ mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sekiranya tidak dipakaikan sarung tangan
~ mengelakkan selimut biasa menutupi muka bayi yang boleh menghalang bayi untuk bernafas..


Ini Cara membedung guna kain bedung...

Noor Adelia : 3Bulan..


Sunday, September 15, 2013

Resepi: Kuih Keria


Bahan-bahan:-
2 biji keledek(keledek oren sedap)
2 sudu gula halus/pasir
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam

Sira gula:-
4 sudu besar gula
1/2 cawan air masak

Cara-caranya:-
1. Rebus keledek sehingga empuk.. Lembut.... Camput garam sedikit..
2. Dh lembut lenyek2kan keledek campur gula 2sudu td...
3. Campur pula tepung gandum.(ayak dulu tepung)
4. Uli2 bg rata.. Kalo lembik melekat tu ok la tu tp jgn terlalu lembik jgn pula terlalu keras..
5. Buat mcm gelang tu.. Lubang tgh2. Pastu goreng la..
6. Sira gula tu. Gula dan air masak ia sehingga likat pekat lepas tu gaulkan kuih yg dh digoreng tu.
7. Sedia hidang mkn panas2. Huhuhu

Selamat mencuba..

(P/S: ini kuih faberet ayah kesayangan ku)

Friday, September 13, 2013

Tips Pemakaian Sunglasses


Assalammualaikum w.b.t....
Arini 13/9/13 Jumaat.. Aku xde mood la nk kije pasal weekend cuti panjang, sabtu , ahad, isnin cuti.. hahahaha Isnin cuti hari malaysia (16/9 setiap tahun..)

Nak merapu jap kt entri arini.. aku teringin nk beli sunglasess baru la.. Usha kt Aldo xde yang berkenan.. Usha kt Charles & Keith la cm biasa kan.. ado yang berkenan dh.. byk sbnrnya.. hIhihihi.. Tapi bak kata suami aku kene cari yg kene dengan muka kita kalo harap sunglasses je yg cantik tp xkene kt muka kita pon xguna gak kan.. kene la ada pemilihan yg tepat utk nampak sesuai dengan muka kita ni....

Aku pon google la cari tips pemakaian sunglasess (Kaca Mata Hitam) lalu terjumpa kt http://www.raybanspec.com/2012/04/tips-pemakaian-kaca-mata-hitam.html .. So, aku bole la buat rujukan bentuk yang macam mana yang sesuai dengan muka aku kan kan..

Ini aku bg pulak kt korang sebagai rujukan. At least xde la orang mengata spec tu xkene dengan muka korang kan kan kan.....

Tips Pemakaian Kaca Mata Hitam
  • Periksa labelnya - Kaca mata hitam yang baik bertanda menyerap 99 sehingga 100 peratus sinar UV, terutama UVB. Lapisan penahan sinar UV boleh didapati pada semua jenis lensa dan warna. Frekuensi cahaya yang pada keadaan tertentu membuat pemandangan menjadi kabur. Kebanyakan jenama tampil dengan rekaan dan pilihan warna kaca mata hitam yang mampu melindungi mata daripada masalah berkenaan.
  • Selesa dipakai - Ada kaca mata hitam yang menyebabkan rasa sakit pada sisi wajah dan hidung.
  • Tentukan tujuan membeli kaca mata hitam - Jika untuk beriadah atau bersukan ada kaca mata hitam disediakan khusus bagi pengguna yang aktif.
  • Elak beli jenama tiruan - Kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami barah mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen. Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang.
     
 INFO: Penyesuaian Bentuk Muka


Bentuk muka terbahagi kepada lima iaitu
bujur sirih, panjang, bulat, empat segi dan berbentuk hati.
  • Mereka yang memiliki bentuk muka bujur sirih amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah.
  • Muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Ini bererti, bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang itu. 
  • Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau bumi juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.
  • Wajah berbentuk empat segi, pilihan bingkai sesuai ialah berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.
  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur sirih sesuai sekali untuk wajah empat segi.
  • Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.

Ok. Inilah sedikt sebanyak tips nya.. jadi lepas ni korang kalau nk beli sunglasses baru sng ok.. Jadi lepas gaji ni aku nk rembat la 1buah kaca mata hitam sunglasses utk diri aku.. Hihihi

Bye.. :)

Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday

Emerald green. Mak jemah teringat bersanding dulu. Nk setahun dh ropanya... Hihihi

Wednesday, September 4, 2013

DIY: Anugerah Cinta Buat Dia

Anugerah Cinta Untuk Dia
Anugerah Cinta Untuk Dia




Bahan-bahan:
Wang kertas, Pita pelekat, Dawai dan Gunting

Langkah-langkah:
1.  Sediakan bahan-bahan.
2. Untuk membuat bunga ros yang masih kudup cara-caranya, lipat wang kertas menjadi dua bahagian.
3. Kemudian, buat lipatan tiga segi ditengah-tengah wang tersebut.
4. Buat lipatan sekali lagi sebagaimana gambar. Seterusnya ikat dengan pita pelekat dan dawai.
5. Untuk membuat bunga ros yang telah berkembang pula, cara-caranya buat gulungan di setiap bucu wang kertas.
6. Lipat wang tersebut seperti gambar. Kemudian renyukkan di bagaian tengahnya.
7. Ikat dengan menggunakan dawai. Buat langkah yang sama dan susun pada wang kertas tadi.
8. Jika anda mahu ia berkembang lebih mekar, tambahkan wang sebanyak mungkin.



Selamat mencuba.

25 Tip Rumahtangga Layarkan Bahtera Bahagia

Oleh: Editorial Pesona Pengantin

TIP RUMAHTANGGA
Jika matlamat anda untuk kerukunan rumahtangga yang berpanjangan, pastikan anda memainkan peranan penting dalam perhubungan sama ada baik atau buruk. Saat anda bertanggungjawab dalam peranan tersebut, anda pasti mampu melestarikan hubungan dengan pasangan dalam cara yang matang dan penuh keintiman.
 
Namun, andai anda masih kurang yakin, kami bawakan 25 tip untuk anda amalkan.
1. Kajian membuktikan bahawa sentuhan kulit boleh mewujudkan jalinan yang lebih erat kerana tubuh merembeskan hormon ‘oxytocin’. Lakukan lah apa sahaja yang boleh membuatkan anda bersentuh kulit dengan pasangan seperti berpegangan tangan, gosokan lembut di bahu, pelukan dan ciuman.
2. Belajar untuk menerima perbezaan pasangan terutamanya jika dia tidak sependapat dengan anda dalam hal-hal tertentu.
3. Ambil waktu untuk menghargai pasangan bukan sekadar dengan hadiah tetapi dengan ingatan yang tulus ikhlas. Selitkan nota-nota cinta untuk si dia sebagai kejutan yang manis. Pasti si dia akan mengukir senyuman sepanjang hari.
4. Untuk suami – dengarkan luahan rasa si isteri. Untuk si isteri pula – berikan sedikit ruang dan masa peribadi untuk suami anda.
5. Jangan cuba untuk mengubah pasangan anda. Terima setiap kelebihan dan kekurangannya. Belajar untuk bertolenrasi.
6. Prihatin pada setiap masalah terutamanya masalah di bilik tidur. Cubalah sedaya upaya untuk mencegah dan menyelesaikan masalah walaupun dengan cara yang paling tidak munasabah.
7. Sentiasa berlaku adil terutamanya dalam menguruskan hal rumah tangga seperti kerja rumah, menjaga anak-anak, hal-hal kewangan dan keperluan masing-masing.
8. Tiada yang lebih penting dalam perkahwinan selain daripada hubungan mesra antara suami dan isteri. Pastikan hubungan suami isteri menjadi keutamaan.
9. Fokuskan kepada cara terbaik untuk melayan pasangan dengan baik dan mesra. Anda juga akan mendapat layanan yang sama.
10. Jangan mulakan ayat dengan menyebut ‘awak’ tetapi lebihkan ‘saya’. Berkongsi perasaan anda dan bukannya pandangan anda.
11. Jangan mudah menyalahkan dan mengkritik pasangan. Ia terapi terbaik untuk diri anda juga.
12. Teruskan acara ‘dating’. Janganlah kerana sudah tinggal sebumbung, anda lupa untuk berdua-duaan dengan pasangan. Tetapkan waktu atau hari untuk keluar ‘dating’ sebagai mengingati momen-momen mesra semasa berpacaran.
13. Peruntukkan waktu walau sekejap untuk bercerita tentang diri anda berdua seperti saat bercinta. Elakkan bercakap tentang anak, keluarga dan kerja.
14. Sayangi perkahwinan anda dengan mengutamakan kesihatan diri dahulu. Jika anda sihat, pasangan anda juga akan sihat dan gembira. Pastinya anda boleh menjaga keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga.
15. Anda adalah cermin pasangan anda. Apa sahaja yang anda lakukan akan memberikan impak pada pasangan.
16. Dengan rutin seharian yang sibuk, sedikit sebanyak akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan. Peruntukkan masa untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama.
17. Buat senarai saat-saat indah bersama. Peruntukkan beberapa minit setiap hari untuk mengingati saat-saat itu. Anda pasti terkejut dengan hasilnya.
18. Sentiasa ucapkan sayang dan cinta kepada pasangan untuk menyemarakkan lagi perhubungan. Minta maaf jika anda berbuat salah dan maafkan pasangan jika dia pula yang bersalah.
19. Hargai pasangan anda sekurang-kurangnya lima kali sehari dengan penuh keikhlasan. Pelbagai cara boleh anda lakukan. Gunakan kreativiti anda!
20. Komunikasi dan masa adalah elemen terpenting dalam perhubungan.
21. Hormat pasangan anda dan sentiasa berlembut dalam perbualan. Bercakap kasar dengan pasangan umpama memicit ubat gigi, sekali sudah terkeluar, tidak mungkin boleh dimasukkan semula.
22. Pastikan anda bercakap dengan pasangan anda walaupun sekadar 10 minit sehari. Lakukan semasa makan malam, sebelum tidur atau bila-bila masa sahaja asalkan ia konsisten setiap hari.
23. Cara terbaik untuk mengeratkan perhubungan ialah dengan sokongan dan saling membantu. Ikatan perkahwinan yang kuat apabila kedua-duanya saling memahami keperluan masing-masing.
24. Rasa cinta sudah mula pudar? Atasinya dengan 1: tuliskan 10 kualiti yang anda suka pada pasangan anda ketika mula-mula berkenalan. 2: senaraikan 10 aktiviti seronok yang anda lakukan bersama ketika bercinta – lakukan satu persatu setiap minggu dan bawa kembali keseronokan itu.
25. Anda berhak untuk berasa ‘moody’ tetapi anda tidak berhak untuk melepaskannya kepada pasangan anda. Cari masa bersendirian untuk menenangkan diri.