Wednesday, July 16, 2014

Kerja Baru Ditempat Lame??

Lame dh aku nk buat entry ni.. Tergendala je... Dah sebulan lebih sebenarnya aku berpindah ke department lain. Sekarang aku di department Company Secretarial sebagai Admin Assistant. (naik tarap jawatan katanyaaaa). Aku last di CCD 15/6/2014. Walaupun aku dah tidak sama department dengan CCD lagi CCD tetap dihati aku... Jawatan baru dengan skop kerja pon baru..
 
Inilah tempat kkerja baru aku


Cerita ini bermula bila BOS HR panggil aku mengatakan tawaran kepada aku untuk menjadi pembantu kepada BOS aku sekarang.. Pada mulanya, aku mcm xmahu sbb hati berbelah bahagi dengan kerja aku masa tu RECEPTIONIST. Aku bekerja sebagai Receptionist dh 6tahun masuk tahun 2014 ini. Sebab itu lah hati berbelah bahagi.. Antara MAHU atau TAK MAHU.. Tapi aku xpk lame, bila BOS HR kata bole cuba dulu aku terus terima tawaran itu.. Aku bukan xsayang kerja lame aku tapi aku rasa aku mahu setapak langkah lagi dalam kerjaya dan bila ada peluang ini tak mungkin aku mau menolakkan.. Jadi aku terima tawaran yg di beri dan aku mula belajar kerja admin. (tah kan kerja2 admin xyah cerita panjang lebar lah). Orang yang mengajar aku si ADLIN  tu. Dia ok la bab mengajar.. Aku paham je.. Walaupon kadang-kadang suka ikut MOOD dia je. Tapi takpe.. Janji kerja ku beres....

sebahagian kerja2ku...


So, 16/6/2014 bermula lah kerja ku yang baru!! Yeah!! Sebagai Admin Assistant kepada COMPANY SECRETARY. Skop kerja aku senang saje & banyak benda yg P&C. tu lah yang amat penting... Kalau ada kerja typing2 ke kerja scan Photostat Filing tu je kerja aku.. Oh Oh lagi 1 aku akan berurusan dengan AHLI LEMBAGA PENGARAH (BOD). Waaah!! Kerlass kan.. Since aku lame dah bekerja disini dan kenal semua BOD sbb tu Bos aku pilih aku untuk buat kerja2 admin dia..

Dah sebulan aku dengan kerja baru aku  dan aku amat berpuas hati dengan kerja baru aku.. Prinsip Kerja Aku.. BUAT KERJA SAMPAI SIAP! Hahaha.. Aku akan belajar sedikit demi sedikit apa yang aku xtahu dan xpaham... Harapan aku agar dapat lah naik gred & gaji (Harapan UTAMA) AMIN....



Ape lagi nk ngomel ek??? Hurm.. itu saje dulu lah... 






Sekian..