Tuesday, March 8, 2016

Resepi: Pandan Gula Melaka Cupcake

PANDAN GULA MELAKA CUP CAKE

Pandan Cup Cake
Resepi Oleh : Bitter Sweet Spicy
Di kongsi Oleh: Azlita Masam Manis

Bahan-bahan:-
200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder ~ double acting
125 gm unsalted butter ( butter tanpa garam ) ~ lembutkan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau

Cara-cara:-
1. Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
2. Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
3. Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
4. Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan
5. Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
6. Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
7. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
8. Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
9. Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
10. Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
11.0Setelah masak, sejukkan atas redai.


Caramel Gula Melaka
Bahan-bahan:-
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air

1. Satukan adunan dan masak hingga gula larut dan pekat
2. Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh sedikit air
3. Masak semula hingga pekat. Sejukkan
4. Bila dah sejuk baru drizzle atas cup cake tadi


Buttercream Icing
Bahan-bahan:- 
250g Butter'
150g Gula Icing (ayak dulu)

1. Pukul semua bahan dengan kelajuan tinggi hingga adunan tidak lagi rasa berpasir/halus(soft peak).
2. Bole piping atas cupcakes ikot jenis nozel yg sesuai. 
3. Drizzle Caramel gula melaka atas butercream td lepas piping.. macam gambar bawah ni.. 
 
Siap!!
 Selamat mencuba!!!!

No comments:

Post a Comment