Showing posts with label Masak Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak Masak. Show all posts

Tuesday, December 22, 2015

Resepi: Mini Sardin Gulung / Popia Sardin

Assalamualaikum w.b.t...

Bila mood duduk dapur ada.. Ada je kerja nk buat.. Hahaha.. Saje je buat sebab bahan-bahan semua dh ada... Jom tengok resepi versi Cik Shyra.

Resepi- Mini Sardin Gulung / Popia Sardin

Bahan-bahan:-
Bawang besar      1 Biji
Bawang putih       2 Ulas
Halia                    1 Inci lebih.
Sardin                  1 Peket / Tin
Kulit Popia           1peket yg dah siap petak kecik.
Telur                     (untuk lekat kulit popia)

Aku guna Sardin ni... Sardin ni aku beli dengan kawan aku. Sardin ni buatan Malaysia dan Halalan Toyyiban.




Mari masak sardin... Sambil tu hancurkan lah ikan sardin tu yer..... mcm gambo atas tu...

Ini kulit popia yang aku guna. dah siap 4segi kecik. xyah potong lg senang...


Letak la sardin tadi cm gambar atas ni...

Lepas tu lipat cenggitu....

Kemudian gulung sampai hujung calit telur sikit untuk lekat kan kulit popia tuh.

Ni hasilnya.. dapat 50pcs. =) Goreng la apa lagi...
Ok. Ini hasilnya dah goreng. senang ajer kan...


Selamat mencuba.


Sekian.

Monday, December 29, 2014

Resepi: Bubur Kacang Hijau Cik Shyra

Assalammualaikum w.b.t.....
Lame dah x masak-masak... Semalam tetiba rajin tekak rasa nk mkn bubur kacang hijau plak..
Lepas balik joging aku g pasar jap beli Santan & gula melaka.. 
Ok.. Jom kita tgk cara aku buat bubur kacang hijau.. 
(PALING SIMPLE & SENANG U OLLSSSSSSS)

Bahan-bahan yg sgt senang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 helai daun pandan, disimpul
1 liter santan
Air jika perlu
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/3 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1/4 camca teh garam
Gula pasir jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Rebus kacang hijau hingga kembang. Masukkan air gula merah dan sedikit air jika perlu. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan daun pandan. 
2. Tuang santan dan 1/4 camca teh garam. Kacau dan masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalu. Rasa dan jika kurang manis anda boleh tambah gula secukup rasa, tapi seelok2nya biar lah manis sederhana sahaja. Boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau biskut krim kraker jika suka.

**Cicah dengan roti lagik sedap... Kenyang makan berkeping2 roti cicah bubur kacang i olls...
**Buat eskem Malaysia yg panjang2 tu sedapppp jugak.. Tapi plastiknya xde kalau x aku dh buat eskem ni... Hihihi 

Rebus bagi Kembang & Lembut kacang hijau..

Tadaaaaa.. Dah siap!!! Mak aku cakap sedap. Lulus!!

Selamat mencuba!!

Tuesday, December 9, 2014

Resepi: Udang Bercili Cik Shyra

Bahan-bahan:-
Udang Galah/ Harimau (gaul serbuk kunyit & garam sikit)
Cili kisar
Bawang besar potong bulat-bulat
*Bawang besar 1biji
*Bawang putih 2ulas
*Halia 1inci
Serai sebatang(diketuk)
Tomato 1biji potong dadu
Kiub ayam stgh.
Sos tiram 2sudu
Sos cili 4sudu


Cara-cara:-
1. Udang yang dh digaul dengan serbuk kunyit tadi digoreng. dalam 10minit saje.. 
2. Bahan yang bertanda * ditumbuk/dikisar. 
3. Tumiskan bawang yang dipotong bulat kemudian masukan bahan yang dikisar(tggu naik wangi) dan kemudian masukkan cili kisar.....
4. Kacau sehingga naik minyak masukkan sos tiram , sos cili dan kiub ayam td dan garm secukup rasa.
5. Rasa dah ok masukkan udang tadi dan kacau biarkan cili meresap kedalam udang masukkan tomato biarka sebentar. Letak air sedikit dan kacau lagi.. Siap!!
6. Bole dihidang dan makan lah!! 

Selamat mencuba,.


Friday, October 24, 2014

Resepi: Cream Puff Cik Shyra

Resepi: Cream Puff

Bahan-Bahan Untuk puff
1cawan Marjerin/Planta
11/2cawan air
11/2cawan tepung gandum
2sudu baking powder
5biji telur
1sudu esen vanilla
garam secubit. 

Cara membuat:-
1. Marjerin + air dimasak sehingga sebati dgn api yang perlahan. Kemudian masukkan Tepung + baking powder + garam sedikit.
2. Angkat sejukkan adunan.. (kene sejuk betul2) dah sejuk masukkan telur satu persatu. xbole masuk waktu panas-panas takot telur masak xjadik la wey puff nya..
3. Masukkan esen vanilla... gaul sebati....
4. Panaskan oven dahulu. kemudian adunan masuk dalam plastik piping mcm gamba dibawah ni... Piping kene meninggi jangan meleper nanti xjadi xbole nk masukkan filingnya..
5. Masak api 150'darjah selama 20minit.. kalo bole api atas bawah ya. supaya masak sekata...
6. Dah masak tggu sejukk ya.. Potong bahagian tengah puff untuk masukkan kastard filing.  Mari buat Kastard filing nya...

Bahan untuk kastard filingnya:-
11/2 cawan tepung kastard
2cawan air
1sudu marjerin
1cawan gula castor
1cawan susu cair
1biji telur
1sudu esen vanila

Cara membuat:-
1. Air + tepung kastard di masak dahulu sehingga larut. 
2. Masukkan gula . Telur + susu cair pukul bersama dahulu. Kemudian masukkan dalam kastard tadi..
3. Masukkan esen vanila. Kacau sehingga pekat likat. dalam 15minit. Api slow ya.. Tunggu sejuk masuk kastrd dalam piping dan piping ke tengah pudd tadi. Ok. bole hidangkan.....


Sebelum masuk Oven.

Selepas dibakar.

Tadaaaa.. Dah siap letak kastard filing/

Wednesday, October 15, 2014

Resepi : Pajri Nenas ke Nanas

Lame dah entri ni...
Aku suka makan nanas. FIL pon penggemar nanas.. hahaha..
Dari masa bujang sampai skang xpernah xsuka nanas. Haha
So, dulu sblm kawin lagi aku selalu masak ni kt umah sebab family aku mmg penggemar masakan ni..
Resepi ni mak aku yang ajar..


RESEPI PAJRI NENAS:- 
Bahan-bahan
Buah nenas 1biji (dipotong ikot citarasa anda..)
**Udang kering (rendam dahulu)
**Bawang Besar (1biji)/ bawang merah(5bijikecik)
**Bawang putih 2ulas
**Halia 1inci
Serai sebatang (diketuk je)
Serbuk kari 4sudu+serbuk cili 2sudu(gaul dgn air)
Kerisik 3sudu
Santan 1biji kelapa.
Bunga lawang & Kulit kayu manis.

Cara memasak:
1. Tumbuk bahan bertanda **. Kemudian tumis bunga lawang & kulit kayu manis &serai dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
2. kemudian masukkan serbuk kari + serbuk cili yg telah digaul dgn air td. 
tumis sehingga naik minyak. 
3. Masukkan nanas yang dh dipotong tadi. letak air sedikit. biarkan seketika sehingga nanas lembut. Tambah gula sedikit takot nanas anda masammmmm... 
4. setelah nanas lembut masukkan kerisik kacau-kacau dan masukkan santan... kacau dengan api yang perlahan ya..  tambah garam ikot rasa lidah anda ya.
5. Dah rasa menggelegak dan rasa dh ok. angkat la.. Bole hidang makan dgn nasi panans dan ikan masin.. Hahahhaa.. 


Selamat mencuba!!!
Ini lah hasilnyaaaa.... :)

Tuesday, October 7, 2014

Resepi: Choc Moist Kukus versi Cik Shyra

Bahan-bahan kek:-
Bahan A·
1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu cair
· 1 cawan minyak masak
· 1/2 cawan susu pekat
Bahan B
· 11/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh bikarbonat
· 1 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh esen vanilla
· 3 biji telur (suhu bilik)
Cara-cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang tutup pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. Angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..
BAHAN UNTUK TOPPING (ganache) NYUMMMM
Bahan:
400 gm coklat masakan (Milk Compound Beryl's)
1kotak kecik UHT Whipping Cream (jenama ANCHOR)
Cara:
1. Panaskan coklat dan whipping cream sehingga cair sebati.
2. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
3. Panaskan kembali coklat topping tadi.
4. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi semula.
5. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist..



Koko yg dimasak dikacau bersama telur yaaa...
Ini hasilnyaaa.. koko bergabung dengan telur yaa....
Mix.. mixerrrr... mixeresttttt... Hahaha
Siap sedia nk bungkus masuk pengukusssss....
Pengukusssss..... MIl punya.. Byk berjasa.. Hehe

Coklat untuk topping cake...
Tadaaaaaaaaa.... Ini lah hasilnyaaaaaa.... 

Selamat mencuba. Peace Yaw!!!

Resepi: Daging Dendeng versi Cik Shyra

Bahan-bahan:-
500g daging
*10 biji bawang merah (nak lebih pun ok)
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar cili giling/serbuk (tambah lagi kalau nak pedas)
2 batang serai (diketuk)
3 sudu besar kicap manis
sedikit pes asam jawa
bunga lawang, kayu manis , cengkih
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Potong daging nipis-nipis dan rebus sehingga empuk. Simpan air rebusan daging.
2. Tumbuk sedikit daging yang telah direbus (jangan sampai hancur).
3. Tumbuk bahan-bahan bertanda * dan perapkan daging sekejap dengan sedikit bahan yang ditumbuk bersama kicap manis atau kicapm pekat pon bole.
4. Goreng danging tadi sehingga garing, angkat dan ketepikan.
5. Guna setengah dari minyak menggoreng daging dan tumis bunga lawang, cengkih dan kayu manis sehingga wangi.
6. Kemudian masukkan dan tumis bahan2 bertanda *. Setelah wangi masukkan pula serbuk cili dan masak sehingga terbit minyak. Tambahkan air rebusan daging sekiranya tumisan kering.
7. Masukkan serai, kicap dan pes asam jawa.
8. Masukkan daging yang digoreng tadi dan gaul kesemua di dalam kuali. Selalu kacau supaya sambalnya tak hangus. Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehinga sambalnya agak2 kering dan boleh diangkat & dihidang.


Selamat mencuba..


Monday, November 4, 2013

Resepi : Walnut Choc Chip Cake

Saya mmg suka masak2, baking2, pukul2 ni..
So, saya cuba buat 1 resepi kek ni..
Mari lihat resepinya...



Walnut Choc chip cake
Bahan-Bahan:-
Butter 1buku
Gula halus/kastor 1/2cawan
Telur 4biji
1susu Esen vanilla
2sudu susu pekat
2cawan tepung gandum (di ayak dulu)
Kacang walnut (potong kecik2)
Choc chip

Suhubakar: 130darjah celcius (60minit)

Cara Buat:-
(Panaskan oven pembakar dahulu 15minit)
1. Pukul butter + gula hingga sebati
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sampai kembang.
3. Masukkan esen vanilla + susu pekat pukul lagi dan last sekali masukkan tepung. 
4. Pukul sebati bahan tadi kemudian boleh masukkan kacang walnut & choc chip dan kacau lagik..
5. Siap gaul sebati masuk dlm loyang pembakar. Then bakar (Suhubakar: 130darjah celcius)-60minit.

Sekian. Selamat Mencuba!!! 


Thursday, May 2, 2013

Resepi: Lasagna

Sebelum Dibakar....

Hasil slps dibakar.... :)
Ok.. Oleh kerana tekak kepingin lasagna maka terhasil la lasagna ini.. Aku xmkn byk.. janji dpt masuk mulut perot sudeyy~
Mari tengok ape bahan2 utk resepi lasagna ini.. Semua kata aku bole buat tempahan dah ni sbb sedap katanya... Boleh je nak tempah ye kwn2.. :)

Resepi asal ini aku ambil dr blog Kak Ana Suzana (http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/12/resepi-lasagna.html) sila terjah blog Kak Ana utk resepi2 lg..... :


Resepi : Lasagna
Bahan2 utama ada ialah :
Kepingan lasagna..(Brand San Remo)
Bahan2 utk buat inti daging :
1. sos prego . Yg 14oz punya..
2. Cendawan butang ~ di buang airnya dan di potong dadu
3. Daging cincang/kisar 400 gram..
4. Serbuk black pepper dan serbuk oregano
5. Bawang besar dan bwg putih 5 ulas di potong dadu
6. Keju mozarella
7. Keju parmesan.. ~ takde pun takpe.. .
8. Sos cili 1 sudu besar ~ taknak letak pun takpe
9. Garam secukup rasa

Bahan2 utk Sos Putih :
1. 2 sudu besar butter
2. 3kpg Keju cheesdale.. 
3. 250 ml susu full krim.. nak guna fresh milk pun boleh
4. 2 sudu besar tepung gandum
5. garam secukup rasa

Cara Membuat inti Daging :
-Masukkan 4 sudu besar minyak masak.. aku guna minyak zaitun
-Tumis bwg2 yg di cincang td.. tggu sampai naik bau.. bkn naik hantu ye..
-Masukkan pula daging cincang..
-Gaulkan hingga daging berubah jd kaler.
-Kemudian tuang sos prego td.. tuang semua sekali..
-Gaul sebati sampai jd mcm ni..
-Masukkan garam secukup rasa..
-Masukkan serbuk oregano..
-Masukkan pulak cendawan butang..
-Masukkan sesudu besar sos cili..
-Tabur serbuk black pepper

Cara buat Sos Putih pulak :
-Cairkan butter..
-Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik je ye..
-Masukkan susu full krim..
-Masukkan keju cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..
-Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit...
Cara Melapis Lasagna :
-Ambik loyang yg sesuai.. suka hati korang le nak guna loyang apapun.. susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..
-Taburkan dgn inti daging td.. 
-Tuangkan sos putih.. lg banjir lg bagus.. tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..
-Taburkan cheese parmesan dan mozarella
-Ulang balik cara yg sama.. tp standart adalah 3 layer aje..
-Lasagna yg dah siap di tabur dgn keju.. suka byk2 keju.. terbaikkk..
-Masukkan dlm oven..
-Make sure oven dah di panaskan awal2 dgn suhu 180 celsius.. bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 30-40 minit gak kot.. bergantung pd size oven korang.. guna api atas bwh ye..

(Sila cuba ya kawan2.. cara mebuatnya aku xsempat la nk snap gambar.. xde masa.. kuikui.. focus memasak katanya kann.. Hihihi.... )

Monday, February 25, 2013

Resepi: Pavlova

Demikian la seperti tajuk diatas... Percubaan membuat pavlova hampir berjaya walaupon crack di akhir pembakaran...
Rasanya sungguh crunchy tapi sedikit manis mesti mau kurangkan gula lg lepas ini kalo mau repeat buat ya..

Jadi, Resepi pavlova ini di ambil dari kak ana suzana (http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/)

Oleh kerana tiada kesempatan utk snap pic sesatu. Jadi pinjam pakcik Google la ye pic nya...
Jom Tgk bahan2 nya...

Bahan-bahan:
Telur 4biji Tapi PUTIH nya SAHAJA.
Gula Caster 1/2cawan Sahaja. 
Tepung Jagung. 1sudu besar .
Esen Vanilla. 1/2 sudu besar.

Cuka makan / buatan. 1/2 Sudu besar juga.
Cara Buat:
1. Sebelum menyiapkan adunan panaskan oven suhu 140darjah celcius. Guna api bawah sahaja. Bila nak start bakar turunkan suhu ke 110-120darjah celcius.
2. Kemudian asingkan telur kuning. Ambil putih telur nya sahaja.
3. Putar putih telur td dengan kelajuan max sehingga putih telur menjadi gebu (soft peak). Bila ditelangkup mangkuk putih telur xjatuh. tu dh ok dh.
4. Kemudian masukkan gula caster td sedikit demi sedikit dan putar lagi...
5. Kemudian masukkan tepung jagung , esen vanilla, cuka dan putarkan lagi.
6. Sila kacau dgn spatula satu arah sahaja secara perlahan. Jangan ganas2.
7. Sediakan dulang pembakar dan lapikkan baking paper. dan tuangkan adunan td tp tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
8. Pastu masuk kan lah dalam oven yer dengan suhu 120darjah celcius. bakar dalam 1jam ya.

(Peringatan) semasa proses pembakaran jangan ngada nk buka pintu oven tu ya. nanti terbantut ia masak. paham ok!

9. Lepas dh 1jam dh siap. biarkan dulu dlm oven. Jangan keluarkan serta merta. Dalam 15minit camtu bukak sikit pintu oven nya. Sementara tu mari buat topping cream nya pula.

Whipping cream. 1cawan.
10. Kalau beli whipping cream beli yang Non Dairy(Bukan Tenusu) atau yang tulis cake and dessert topping.
11. Jadi mari putar whipping cream ini sehingga kental (kalau ditelangkup bekas xjatuh) dalam 15minit camtu.
12. Kemudian mari potong2 buah. aku guna buah strawberi & blueberry sahaja.

menyelerakan pulak buah ni.. haha
13. Ok. semua dh siap mari hias pavlova kita.
14. Pindahkan pavlova ke bekas cantik dengan berhati2 sebab ianya sgt lembut macam marshmallow.
15. Salut lah whipping cream td di atas pavlova kita ya. dan hiaskan dengan buah2han td ya..
16. Dan hasilnya >>>

Tadaaaaa.... Hasil pavlova saya. Dibantu oleh adik ku yana. =)



Sekian.  Selamat mencuba!

Wednesday, August 1, 2012

Resepi: Kek Batik Special

Resepi asal aku amek kt Kak Ana (http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/search/label/kek%20batik%20special)

Bulan puasa ni rajin jerrr aku ke dapur.. Hikss... Smlm lepas buka aku xmkn nasi terus start buat kek..
Bahan2 nyer sng.. Jom layan..


Bahan-bahan
1. biskut marie 200 gram ~ di patah2kan.. aku patah jd 4 bahagian je..
2. badam keping yg di sangai terlebih dahulu.. ni taknak tambah pun takpe..
3. Susu pekat stgh tin saje.. takmo manis2 sgt..
4. Coklat masakan 300 gram ~ kalau takde gantikan je serbuk milo pun boleh..
5. Butter 3 sudu besar aje..
6. Kacang ~ di kisar kasar.. ~ kalau taknak pun takpe..


Cara2 membuatnya
-Satukan Butter + Susu Pekat + Coklat Masakan dlm periuk..
-Cairkan guna kaedah double boiler.. masak hingga kesemua larut dan cair.. Dah cair sila tutup api..
-Masukkan biskut marie yg di patah2kan td dan jugak kepingan badam ke dalam coklat cair td.. gaul biar keseluruhan biskut kena coklat cair td..
-Taburkan kacang kisar.. gaul rata lg..
-Kemudian masukkan bahan adunan td ke dalam loyang yg dah di balut dgn aluminium foil utk memudahkan proses mengeluarkan dr loyang..
-Tekan2 adunan tersebut sampai kesemua mampat tanpa meninggalkan sebarang ruang kosong.. aku tekan guna sudu aje..
-Last sekali aku taburkan lg sekali kacang kisar td atas permukaan adunan td.. takyah tekan2 pun.. just tabur gitu2 aje..

Pastu apa lg.. sejukkan le dlm peti ais.. biar semalaman.. tak pun biar 4 jam le dlm peti ais kalo dah tak sabar2 sgt nak mkn.. hehhe
Bila dah keras, keluarkan kek dr loyang.. potong guna pisau yg tajam.
Ini Kak Ana nyer pic..  aku nyer belum siap potong sbb nk buat mkn buka ptg ni.. hihihi
(Td sahur mak dh korek2 mkn ckit kek ni.. Mak kata sedap.. jadi korang pon bole cuba jugak..)

Tuesday, July 31, 2012

Resepi: Sosej Roll

Semalam buka puasa aku buat sosej roll sbnar dr Kak Ana (http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/07/resepi-sosej-roll.html)

Aku xsempat nk snap satu2 bahan2 nya... Aku copy sebijik jek dari Kak Ana ni :-
Layannnnnn~

Huduh tapi sedappppppp giler.. Adik2 aku suka =)
BAHAN-BAHANNYA :
5 batang sosej Ayamas
5 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
2 putih telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti bewarna kuning)
1 kuning telur
Sos kegemaran anda (mat guna sos cili + sedikit mayonnaise)




CARA MEMBUATNYA :


1.Celur sekejap sosej dalam air mendidih, toskan dan biar sejuk. Roti dibuang sedikit bahagian tepi2nya. Kemudian canai sedikit biar sama saiz dengan ukuran sosej. Buat hingga siap.


2.Ambil sekeping roti, letak sebatang sosej dan gulung ketat. Sapu kuning telur pada hujung roti dan gulung hingga melekat. Buat hingga siap.


3.Celup sosej roll tadi dalam putih telur, golekkan dalam serbuk roti, kemudian celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti. 


Buat hingga siap. Kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda....


CATATAN MAT GEBU :- Jika anda suka salutan nipis, cukup sekadar mencelup sekali sahaja sosej roll tadi dalam adunan telur dan golekkan dalam serbuk roti.

Semalam aku masak 2 peket sosej ayamas (ayam + daging).. masak byk sbb ramai yg tumpang berbuka kat umah aku..




Roti gardenia yg dah di buang kulit tepi dan dah di canai..




Putih telor..




Bread crumbs atau pun serbuk roti warna kuning..




Bg yg tak tau apa itu serbuk roti, korang boleh carik kat pasaraya atau kedai2 yg ada jual.. dia ada 2 jenis tau (putih dan kuning ).. ambik yg kaler kuning..




Sosej yg dah di balut dgn roti di gam dgn kuning telor kemudian di celup dlm putih telor pastu di golek2 atas serbuk roti.. aku golek 2 kali seperti dlm resepi..




Hasilnya.. diorang tengah bersiap sedia utk mandi minyak panas.. hehehe




Goreng dlm minyak yg banyak dan api sederhana ye.. takyah masak lama2, mende ni kejap je dah masak..


Masa korang goreng sosej ni, korang kena fokus kat beliau aje tau.. jgn nak ngengada nak basuh pinggan ke hape ke.. tampo kang tgn tu.. kang hangit kang baru tau.. so sila fokus..




Ni selepas di goreng dan sesudah di belah 2.. hebat takkkk.. hehehe.. (Ini versi Kak Ana punya.)