Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, April 14, 2016

Latih Anak Tak Pakai Diaper / Pampers

Assalamualaikum w.b.t...
Hari ini Cik Shyra nak kongsikan tips nak latih anak tak pakai diaper/pampers. kalo bahasa omputih 'Potty Train'. Cik Shyra dapat tips dari Facebook mybabycomel.blogspot.com. 
Cik Shyra nk latih anak Cik Shyra sebenarnya.. Anak Cik Shyra tahun ni 3tahun jadi kene latih sikit-sikit dari sekarang kang KALAU ada adik nanti senang.. Eh, Cik Shyra ngandong ke??? Tak... KALAU jek.. hahaha
Sekiranya sibuk, latih mereka pada hari-hari cuti. Macam Cik Shyra ni bekerja weekdays rasa susah nak latih anak. So, tunggu sabtu / ahad lah untuk Cik Shyra latih anak. So, marilah start latih ngajar anak Cik Shyra tak pakai pampers.
Pasti berjaya walaupun mengambil masa yang lama. CHAIYOKK!!
===================================================================








Sekian. Terima Kasih.. =)

Monday, October 26, 2015

Apa itu TANTRUM

TANTRUM = MENGAMUK bg kanak-kanak.

=========================================================
Situasi 1 
Pernah ke tak anak-anak korang berenang-renang dekat lantai kalau apa yang dia orang nak tak dapat??
Memandang anak aku sekarang usianya 2tahun lebih sekarang itulah perkara paling suka dia buat.
Bila dekat shopping mall. Walau dah aku jegilkan mata aku ni.. dia static je berenang-renang dekat lantai tuh... Itu lah TANTRUM.

Situasi 2
-Kalau dekat kedai makan / restoran kan.. kalau dia tgh main sudu ke garfu ke lepas tu dia ketuk2 meja sampai bingit telinga ni lepas tu aku amek dan sorokkan sudu dan garfu mula lah dia akan menjerittttttt pukul2 aku sebab tak dapat buat apa dia nak. Itu la TANTRUM.

Situasi 3 (Bukan pengalaman aku lg)
-Kalau kejut bangun pagi nak pergi sekolah. kejut suro mandi lpas tu dan start hentak2 kaki mandi sambil menangis. Bila dh sampai sekolah xnak masuk hentak2 kaki jerit xnak pergi sekolah.. Itu lah Tantrum..

Situasi di atas semua parents mesti pernah rasa.. Aku pon rasa cuma skarang bila Adel makin membesar ni takkan tiap kali tantrum nk kene jegil mata or marah2 kan.. Aku masih belajar untuk mencari solution untuk anak2 yang TANTRUM ni..

Hal-hal seperti perlu atasi secara psiko.  Aku nak kongsi beberapa tips yang boleh kita atasi bila anak TANTRUM ni..

1. Cuba memahami apa yang anak kita mahu - cuba tanya apa yang anak kita mahu kemudian kita kene pastikan apa yang dia mahu itu tuntutan atau keinginan. Contoh tuntutan mcm makan mungkin anak kita lapar belum makan jadi itu yang dia mengamuk. Contoh keinginan mcm mainan setiap kali kemana saje hendak mainan itu yang perlu kita elakkan.

2. Berikan Time-out - Bila anak kita suda agak agresif campak2 barang kan. mcm botol susu la mainan lah cuba tenangkan dia contoh macam beritau dia kalau campak botol nanti rosak xde botol mcm mana nk hisap susu? kemudian biar seketika bg dia tenang.

3. Peluk anak jika Time-out tidak berhasil - Kalau ikotkan aku, aku akan terus angkat anak aku dan terus dukung peluk dia, pujuk lagi supaya dia berhenti menangis dan cuba tenang kan dia lagi..

4. Hiraukan seketika & Abaikan tangisan - Ini bukan nak biarkan macam kita ibu bapa yang kejam cuma kadang2 anak2 ni dia kan sengaja berlakon jek menangis bila kehendak dia tak di turuti.


5. Konsisten dengan keputusan - Kalau aku memang sedaya upaya aku xnk layan sgt kehendak anak aku mcam contoh bila dia nak belon. padahal dh ada berlambak dekat rumah tp nk jugak belon yang sama. Aku tetap kata xbole. No means No! *kadang cair gak beli jugak

Ini 5 tips yang aku buat dekat anak aku. Tak semua menjadi tapi at least aku cuba jugak mengatasi nya. Korang pon bole cuba jugak. :)


Sekian.

Arini Adelia 2tahun4bulan (26/10/2015)

Thursday, September 11, 2014

Cirit Birit & Jangkitan ROTAVIRUS.

Bila Adel kene CIRIT BIRIT yang teruk sehingga dia lembik untuk beberapa hari.. Dan apabila ke klinik doctor tahan dia warded untuk check apa yang berlaku. Lalu dah tahu keputusan nya Adel terkena jangkitan ROTAVIRUS.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun.


Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:

Bagaimanakah saya merawat cirit-birit bayi saya?

Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simptom-simptomnya dan mengelakkan daripada ternyahhidrat. Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Anda boleh cuba memberinya beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam.

ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Teruskan memberinya air dan susu badan atau susu formula seperti biasa. Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).
Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir. Dan jangan bawa dia
berenang untuk dua minggu seterusnya.

Adakan bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit?

Ya. Elemen tertentu dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.

Haruskah saya hentikan makanan pepejal?

Tidak. Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya makanan pejal. Jika anak anda berusia enam bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta.

Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi dia minum untuk mengelakkan
nyahhidrat.

Bilakah saya harus menghubungi doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda membuang najis yang cair selama lebih daripada dua hari, jumpalah doktor. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh membawanya kepada doktor atau pakar kanak-kanak jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
  • kulit atau bibir kering;
  • lemah lesu;
  • menangis tanpa air mata;
  • ubun-ubun yang mengecut;
  • tangan dan kaki pucat;
  • air kencing kuning pekat;
  • kurang kencing berbanding biasa.

Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika anak menunjukkan simptom-simptom sekunder, yang agak jarang tetapi perlu diberi perhatian:
  • cirit-birit dan muntah lebih daripada 24 jam;
  • demam lebih daripada 24 jam;
  • enggan minum apa-apa;
  • terdapat darah dalam najisnya;
  • perutnya membuncit.

Bagaimanakah saya dapat melegakan ketidakselesaan bayi saya?

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin kerana mudah untuk punggung bayi menjadipedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah ketidakselesaan jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakinlah bahawa bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa.

Bagaimanakah saya dapat mengelakkan bayi saya mendapat cirit-birit lagi?

Amalan kebersihan yang baik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah dipindahkan daripada tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda bersih-bersih selepas menggunakan tandas atau selepas menukar lampin bayi.
http://www.babycenter.com.my/a1038310/cirit-birit-dan-bayi-anda#ixzz3D1glAeZC

Monday, February 10, 2014

Pertumbuhan gigi bayi anda


Pertumbuhan gigi bayi anda

Pertumbuhan gigi bukan suatu tahap perkembangan yang dicapai oleh bayi sekaligus. Peralihan dari senyuman bergusi ke sebuah mulut penuh dengan gigi adalah perjalanan yang akan mengambil masa tiga tahun pertama anak anda.

Perjalanan itu bermula dari dalam rahim lagi. Ketika anda mengandung, kudup gigi bayi anda telah berkembang. Ini ialah asas bagi gigi bayi (juga dikenali sebagai gigi susu). Kudup-kudup itu akan menembusi permukaan gusi di antara usia tiga bulan dan 12 bulan.

Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang membesar. Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan. Ketika ini jugalah biasanya diet si kecil mula merangkumi makanan pejal.

Apabila dia mencapai usia tiga tahun, dia sudah ada mulut yang dipenuhi gigi yang dia boleh berus (dengan sedikit bantuan daripada anda) – satu langkah asas ke alam penjagaan diri.

Bila pertumbuhan gigi berkembang

Satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua! Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam atau tujuh bulan. Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi, puncak putih (biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga, sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun.

Gigi yang terakhir (gigi geraham kedua, terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua.

Pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi.

Bagaimana ia berkembang

Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.

Anda mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraannya, bayi anda akan mula menggigit, tetapi bukan kerana marah atau bersikap ganas. Berikanlah sesuatu untuk digigitnya atau gosok gusinya dengan jari anda untuk membantunya mengurangkan kesakitan.

Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar.

Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor.

Untuk mereka yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang tidak menyakitkan. Satu minggu bayi anda tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. Raikanlah gigi pertamanya dengan menangkap banyak gambar, dan catatkan tarikh ketibaannya di dalam buku bayi anda.

Gigi tumbuh dengan berturut-turut, mula-mula yang di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga.

Apakah perkembangan seterusnya?

Gigi bayi tidak akan tercabut sehingga gigi tetap anak anda sudah bersedia untuk tumbuh, iaitu sekitar usia enam tahun.

Bagaimana anda boleh membantu

Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula.

Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.

Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam, atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap jangkitan telinga atau penyakit lain.

Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.

Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.

Semak dengan doktor atau doktor gigi sama ada anda perlu memberikan anak anda fluorida (titis pembasmi kaviti ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan fluorida).

Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ini adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.

Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, cubalah jenama yang lain, ataupun lupakannya sama sekali. Anda tidak memerlukan ubat gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus elakkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, misalnya semasa di majlis hari jadi, pastikan dia memberus giginya sejurus selepas makan, atau galakan dia mengakhiri hidangannya dengan makanan masin seperti sekeping keju.

Sekitar hari jadinya yang ketiga, buat temu janji dengan doktor gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi.

Bila anda harus bimbang

Bayi pramatang mungkin akan mendapat gigi mereka lewat beberapa bulan. Jika anda masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi pada penghujung tahun pertamanya, bangkitkan perkara ini semasa pemeriksaan doktor yang akan datang.

Jika anak anda ada semua tanda-tanda pertumbuhan gigi – air liur meleleh, gusi bengkak – tetapi kelihatan dalam kesakitan yang melampau (tangisan yang tidak dapat diredakan adalah petunjuk yang utama), jumpa doktor anda. Pertumbuhan gigi tidak harus menyiksakan seorang bayi.
Yeay! Dedel dh tumbuh gigi!!
sebab dh ada gigi dedel suka main puting cmni.. nyut..nyut.... hihi


Hello shumer...! Ada nampak x gigi dedel tu nk naik dh.. dedel suka gigit jari ummi skang.. hihihi

Thursday, February 6, 2014

23 Incredibly Helpful Diagrams For Moms-To-Be





1. Use this chart to gauge how much exercise is appropriate during pregnancy.

Use this chart to gauge how much exercise is appropriate during pregnancy.

2. Practice your posture.

Practice your posture.

4. The bare necessities (also, what to ask for on your baby registry).

The bare necessities (also, what to ask for on your baby registry).

5. Learn how to swaddle the babe.

Learn how to swaddle the babe.

6. What to eat while breast-feeding:

What to eat while breast-feeding:
Because certain foods can cause indigestion and gas for baby AND mom.

7. A simple child-harness safety guide:

A simple child-harness safety guide:

8. More tips for a rear-facing car seat:

More tips for a rear-facing car seat:

9. Know your infant CPR.

Know your infant CPR.

10. Baby reflexology guide:

Baby reflexology guide:
Even if you don’t believe in this stuff, it never hurts to try when you’re at wits’ end.

11. Sizing charts for popular baby clothing brands makes shopping infinitely easier:

Sizing charts for popular baby clothing brands makes shopping infinitely easier:

12. A simple nutrition guide:

A simple nutrition guide:

13. Teething chart:

Teething chart:
Now you know what those teeth are/should be doing.

15. What your baby is communicating to you:

What your baby is communicating to you:

16. A newborn survival guide:

A newborn survival guide:

18. The formula feeding guide:

The formula feeding guide:

19. What to feed your baby at different ages:

What to feed your baby at different ages:

20. Print out this weaning chart…

Print out this weaning chart...
It will help you keep track of foods you’re introducing to your child. Download the full chart here.

21. Use this handy chart to determine how much sleep is appropriate for your child.

Use this handy chart to determine how much sleep is appropriate for your child.

22. How to sleep-train your baby:

How to sleep-train your baby:
Get the full infographic here.

23. What to expect from your baby’s development:

What to expect from your baby's development:

Friday, December 13, 2013

Apa Bayi Perlukan Untuk Berkembang Maju?

Anda tidak memerlukan menjadi pakar dalam perkembangan bayi untuk memberikan bayi anda satu permulaan hidup yang terbaik baginya. Kasih sayang, perhatian dan penjagaan asas adalah perkara-perkara utama yang perlu dan diinginkan oleh bayi anda. Untuk membantu bayi anda mencapai potensinya secara penuh, ikutilah langkah-langkah yang mudah ini. 

She's on the way to 6months. She already eat bubur blended. I hope she's like it. I love u dotter!!


1. Tunjukkan kasih sayang anda

Kanak-kanak perlukan kasih sayang. Penjagaan dan sokongan anda memberikan anak anda asas yang terselamat yang membolehkan dia boleh menerokai dunia. Ini bukan merupakan nasihat bercorak demonstratif semata-mata. Kasih sayang, perhatian dan kemanjaan semasa tahun-tahun pertama kehidupan boleh mendatangkan impak atas pertumbuhan fizikal, mental dan emosi bayi anda secara langsung dan boleh diukur.

Bagaimana anda menunjukkan kasih sayang? Peluklah dia, sentuh, senyum, beri galakan, dan beri perhatian kepada apa yang dia perkatakan dan mainlah dengan si kecil anda seberapa kerap yang mungkin. Anda tidak akan memanjakannya jika anda terus memberi perhatian apabila dia menangis, terutama sekali di sekitar usia enam bulan pertama. Sebenarnya, pakar-pakar menyatakan bahawa memberi respon kepada bayi anda apabila dia terganggu (dan juga apabila dia gembira) membantu anda membina kepercayaan dan ikatan emosi yang kuat. Satu kajian berpendapat bahawa jika anda memberi respon yang cepat kepada tangisan bayi anda dalam bulan-bulan pertama dia tidak akan menangis sangat apabila dia lebih besar.

2. Menjaga keperluan asas bayi

Bayi anda memerlukan kesihatan dan tenaga untuk belajar dan membesar, dan anda boleh membantu dengan menyediakan keperluan asasnya. Bawa dia ke klinik bayi untuk memeriksa berat badannya secara kerap dan berbincanglah dengan doktor keluarga anda jika anda mempunyai sebarang keraguan. Jangan lupa menyimpan rekod imunisasi atau pemvaksinan dalam keadaan kemaskini.

Tidur
Tidur bukan sesuatu yang membuang masa bagi bayi anda, jadi bantulah dia untuk mendapat tidur yang banyak. Semasa tidur REM (gerak mata cepat) sel-sel otak bayi anda giat membuat hubungan-hubungan penting. Sinaps-sinaps, namanya, ini adalah laluan-laluan yang membolehkan semua pembelajaran, pergerakan dan pemikiran. Ianya adalah kunci kepada pemahaman bayi anda tentang segala yang dia nampak, dengar, rasa, sentuh, dan bau semasa dia menerokai dunia.

Pemakanan
Susu ibu atau susu formula akan menyediakan semua nutrien yang diperlukan bayi anda bagi enam bulan pertama, dan akan menjadi bahagian penting dietnya sehingga usia satu tahun. Menyusu badan adalah paling baik untuk bayi - antara faedahnya, kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang disusukan oleh ibu mempunyai kadar rendah bagi:
Walaupun susu formula tidak boleh menyamai kesemua ciri-ciri unik susu ibu, bayi yang menerima susu formula juga berkembang maju, jadi janganlah terlalu kesal jika anda tak dapat menyusukan bayi anda.

(Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang pola tidur atau pemakanan bayi anda, bercakaplah dengan doktor keluarga anda atau pakar pediatrik.

Penjagaan harian
Beri perhatian kepada keselesaan fizikal bayi anda dengan pantas. Jika dia terlalu panas atau lampinnya basah, bertindaklah dengan menanggalkan satu lapis bajunya atau menukar lampinnya. Anda dan bayi anda merupakan satu pasukan, dan satu daripada tugas anda ialah bagi menguruskan perkara-perkara asas supaya dia boleh meneruskan tugas-tugasnya yang mencabar!

3. Bercakap dengan bayi anda

Cara paling baik untuk merangsang otak bayi anda ialah dengan berbual dengannya. Anda boleh mulakan ini semasa kehamilan anda - ianya cara yang baik bagi memulakan proses pengikatan. Bercakap dengan kanak-kanak akan membuatkan mereka komunikator yang baik, dan ini akan membantu mereka belajar dengan baik di sekolah dan mempunyai hidup yang bahagia dan memuaskan.

Sebaik saja anak anda dilahirkan, bercakaplah dengan dia semasa anda menukar lampinnya, memberi dia makan dan menukarkan bajunya. Dia akan memberi reaksi jika dia tahu yang kata-kata anda itu ditujukan kepadanya, jadi lihatlah mukanya semasa anda bercakap.

Jangan bimbang jika apa yang diperkatakan itu bukan sesuatu yang bernas. Memadailah bagi anda menceritakan apa yang anda sedang lakukan dan apa bayi anda sedang lakukan. Sebagai contoh, "Mak sedang menuangkan air suam ke dalam besen mandi supaya kamu menjadi cantik dan bersih." Jangan cuba mengelakkan daripada mengguna tutur bayi semasa bayi anda masih muda. "Pertuturan bayi", nama baginya, digunakan di seluruh dunia. Kajian menunjukkan bahawa bayi muda sebenarnya lebih suka percakapan ini yang bernada tinggi dan perlahan digunakan oleh ibubapa apabila berkomunikasi dengan bayi mereka.

4. Membaca kepada bayi anda

Membaca secara kuat adalah antara perkara penting yang anda boleh lakukan untuk membina himpunan perkataan yang dimilikinya, merangsang imaginasi dan meningkatkan kemahiran bahasanya. Ia juga memberi kesempatan bagi anda memeluknya dan berinteraksi sosial. Cerita sebelum tidur adalah cara baik bagi memulakan rutin waktu tidur bagi bayi anda, dan sememangnya kanak-kanak sudah dapat menikmati cerita mudah dari buku diperbuat kertas keras seawal usia enam bulan.

5. Meransang derianya

Untuk bayi anda belajar tentang manusia, tempat-tempat dan perkara-perkara tertentu, dia perlu didedahkan kepadanya. Setiap interaksi baru memberi dia informasi tentang dunia ini dan tempatnya di dalamnya.

Kanak-kanak boleh menjadi terlalu terangsang; jangan pula anda membedil bayi anda 24 jam sehari atau cuba merangsang kesemua derianya pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, apabila dia berminat untuk bermain, sediakan beberapa mainan dan objek-objek lain. Pilihlah benda-benda yang mempunyai bentuk, tekstur, warna, bunyi dan berat yang berlainan. Belajarlah tentang kesan muzik atas perkembangan anak anda pada usia-usia tertentu, dan nyanyikan lirik dodoi-dodoi yang digemari. Main mainan interaktif seperti ba cak dan mainan tepuk tangan pat-a-cake, pergi berjalan-jalan dan membeli-belah bersama-sama, dan beri peluang untuk bayi anda menemui orang-orang baru. Aktiviti-aktiviti harian yang paling mudahpun akan merangsang perkembangan otak bayi anda. (Jika anda mahu mencari idea-idea mainan yang mudah untuk bermain di rumah dengan bayi, pergilah ke bahagian Mari bermain!) kami.

6. Berilah anak anda ruang untuk merayau.

Untuk membina otot-otot kuat, imbangan dan koordinasi yang baik, dia memerlukan banyak rang untuk merangkak, menjelajah, dan akhirnya berjalan. Dia juga akan mendapat faedah jika disediakan tempat-tempat selamat di mana dia boleh meneroka persekitarannya dengan tidak ditegur "Jangan" atau "Jangan sentuh". Cara paling senang untuk melakukan ini ialah dengan membuatkan rumah anda selamat untuk bayi seberapa yang boleh. Jauhilah objek bahaya daripada capaian bayi anda dan pastikan yang selamat itu boleh dicapai olehnya. Contohnya, dalam dapur, pasangkan kunci selamat bayi pada semua kabinet kecuali satu. Penuhkan yang itu dengan mangkuk-mangkuk plastik, cawan sukat, sudu kayu dan periuk belanga yang bayi anda boleh bermain dengan selamat.

7. Dedahkan kepada cabaran-cabaran baru

Elakkan daripada mengecewakan anak anda dengan mainan dan aktiviti yang terlalu sukar bagi dia memahami. Walau bagaimanapun, sedikit cabaran adalah baik untuk kemajuan diri. Apabila sesuatu aktiviti itu tidak difahami oleh bayi dengan senang, dia akan terpaksa mencari jalan baru untuk menyelesaikannya. Menyelesaikan masalah cara ini adalah caranya untuk meningkatkan kepintaran otak. Jika dia cuba membuka kotak, misalnya, bersabarlah dan jangan cuba menolong dia. Biar dia mencubanya dahulu. Jika dia masih bergelut-gelut, tunjukkan dia bagaimana ia dilakukan, kemudian, berikan kembali kotak tertutup kepadanya supaya dia boleh mencuba dengan sendiri.

8. Jagalah diri anda

Jika anda terasa murung atau terganggu, anda akan mendapati sukar untuk bertindak secara pantas dan sensitif terhadap keperluan bayi anda. Kemurungan akan memberi kesan terhadap kebolehan anda untuk berinteraksi dengan bayi anda dan boleh mendatangkan kesan jangka panjang atas perlakuan dan pembelajaran bayi anda, mengikut beberapa kajian. Jika anda bergelut dengan kemurungan posnatum, dapatkan pertolongan. Beritahu doktor anda bila-bila masa anda merasakan yang anda mungkin mengalami kemurungan.

Jika anda merasa tersangat letih, carilah jalan untuk membahagikan tanggungjawab rumahtangga dan keibubapaan dengan suami anda. Jika anda ibu tunggal, kelilingilah diri anda dengan orang-orang yang boleh memberi bantuan dan sokongan. Dan jangan lupa untuk melayan diri anda secara istimewa sekali sekal. Menjadi ibubapa - terutama sekali ibubapa yang betul-betul terlibat dan aktif - amat meletihkan, dan anda perlukan masa untuk mendapatkan kembali tenaga anda.

9. Carilah pengasuh bayi yang baik

Jika anda bekerja dan tidak dapat menjaga bayi anda semasa siang hari atau perlukan pengasuh secara kerap, pengasuhan bayi yang berkualiti tinggi adalah penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Anda mahukan seorang yang boleh melakukan kesemua yang disebut di atas apabila anda tiada bersama bayi anda.
Samada orang yang menjaga anak anda itu seorang pengasuh bayi, saudara atau pengasuh di taman asuhan, dia mestilah berpengalaman, penyayang, mempunyai reputasi yang baik, dan betul-betul sukakan kanak-kanak dan mempunyai cukup tenaga untuk membantu anak anda berkembang maju.

(P/S: Terbaca 1 entry smlm tajuk : 10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak) Klik dan baca)

Friday, November 22, 2013

Bagaimana mendidik bayi dan anak yang gembira

Anda telah memastikan bahawa anak anda sihat, disayangi dan mempunyai banyak aktiviti-aktiviti untuk mengisi masanya setiap hari. Tetapi adakah masa-masanya anda bertanya diri anda sama ada anak anda itu gembira?

Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada anak saya gembira?

Dalam tempoh enam bulan pertama kehidupannya, bayi anda akan menjadi sangat mahir tentang memberitahu anda jika ada sesuatu yang membuatnya gembira atau mengganggunya. Mukanya akan bersinar dengan senyuman ketika anda masuk ke dalam bilik dan dia akan meraung jika seseorang mengambil mainan kegemarannya. Dia akan beralih daripada bersenyum kepada menangis, dan kembali semula dengan cepat secara tidak dapat dijangkakan.

Cuba jangan bimbang sangat jika bayi anda kelihatan seperti dia menghabiskan lebih banyak masa meraung daripada ketawa ceria. Ini disebabkan bayi pada peringkat awal lebih cenderung mengalami kesusahan daripada kebahagiaan. Tangisan dan ekspresi muka sedih adalah satu sahaja cara bayi dapat berkomunikasi dengan anda. Ini memberitahu anda yang lampin bayi anda itu sudah kotor, dia lapar atau dalam kesakitan.

Apabila anak anda membesar, dia akan dapat menyampaikan perasaannya dengan lebih mudah dengan kata-kata dan bahasa gerak-geri badan.

Bagaimana saya boleh pastikan dia berseronok?

Walaupun mainan gantungan yang berwarna-warni untuk katil bayi dan gimnasium bayi boleh mendatangkan senyuman baginya, apa yang membuat bayi anda gembira adalah lebih mudah: anda sendiri. Jalinkan hubungan dengan bayi anda dengan permainan dan bermain-main, sebab jika anda seronok, dia juga seronok!

Bermain juga satu cara yang baik untuk anak anda membangunkan kemahiran yang akan menjadi penting untuk kebahagiaannya pada masa depan. Apabila dia membesar, permainan yang tidak berstruktur akan membantunya menentukan apakah kehidupan yang dia mahukan di zaman dewasa. Mainan membina rumah dengan blok, bereksperimen di dapur mainan dia dan menghantuk-hantuk kuali dengan sudu semuanya akan dapat menunjukkannya ke arah kerjayanya di masa depan (atau sebaliknya!).

Bagaimana saya boleh membantu dia mengekspresikan perasaan?

Untuk bayi muda, satu-satunya cara yang mereka tahu bagaimana untuk mengekspresikan perasaan ialah melalui tangisan. Tetapi apabila anak anda menjadi lebih besar, anda boleh menggalakkan dia untuk mengenalpasti perasaan dan menyatakannya kepada anda dengan kata-kata. Anak-anak kecil dapat menangkap perkataan-perkataan berhubung emosi-emosi seperti "bahagia" atau "marah" dengan cepat.

Pada masa dia masih belum boleh bercakap, anda sudah boleh menunjukkan gambar-gambar ekspresi muka dan bertanya dia yang mana satu menunjukkan apa yang dirasainya.

Ingatlah bahawa adalah perkara biasa untuk anak anda untuk menjadi terlalu sensitif, tak mahu berenggang atau kadangkala gementar. Ini mungkin disebabkan rutinnya telah bertukar atau dia kecewa dengan sesuatu. Ini akan lebih kerap berlaku apabila dia lebih tua. Apabila anak anda merajuk di sudut bilik semasa majlis hari jadi seseorang atau menangis sebab dia tidak dijemput ke sesuatu majlis, jangan menafikan perasaannya itu. Dia perlu tahu bahawa adalah OKEY jika berasa kurang gembira di satu-satu masa, itu adalah sebahagian daripada kehidupan.

Bagaimana saya boleh melindungi anak saya semasa dia kurang gembira?

Sepanjang tahun pertama bayi, dia sedang belajar banyak perkara: bagaimana nak duduk, merangkak, genggam objek, berjalan dan bercakap. Kemahiran-kemahiran ini mengambil masa untuk dibina.

Adalah penting bagi anda membiarkannya melakukan kesilapan dalam tempoh itu, sementara menggalakkannya untuk terus mencuba. Dia akan berasa bermacam-macam perasaan, daripada kekecewaan dan juga pada mulanya, kemarahan, terus kepada perasaan kejayaan dan keyakinan apabila dia telah pandai melakukan semua ini dengan baik.

Membenarkan anak anda berasa semua emosi ini akan membantu dia membina daya ketahanan dalam dirinya yang akan membawa kepada kebahagiaan apabila dia meningkat usia lebih tua.

Bagaimana saya boleh membantu anak membesar dan berkembang?

Orang-orang yang paling gembira selalunya adalah orang-orang yang telah menguasai sesuatu kemahiran. Adalah mengambil masa dan memerlukan usaha untuk menjadi benar-benar mahir dalam sesuatu. Oleh itu, apabila anak anda berjaya menulis namanya buat kali pertama, berilah dia banyak pujian. Dia boleh menikmati kejayaannya sebab dia telah bekerja keras untuk mencapaikannya. Beliau juga akan berasa bangga apabila ada orang lain yang mengheboh-hebohkan pencapaiannya.

Apa yang lebih penting, dia akan memahami bahawa dia mempunyai sedikit kawalan atas hidupnya. Jika dia memberikan fokus kepada sesuatu, sudah tentu dia akan berjaya. Ini akan terus menjadi faktor penting dalam mencapai kebahagiaan apabila dia dewasa kelak.

Adakah kesihatan beliau mempunyai kesan ke atas kebahagiaan?

Banyak tidur, senaman dan diet yang sihat adalah penting untuk kesejahteraan bagi semua orang, terutama sekali mereka yang masih sedang membesar. Memberi si kecil banyak ruang untuk melepaskan tenaganya akan membantu dia menjadi ceria. Biarkan dia menendang kaki ke atas, merangkak ke arah bola yang tercinta, atau berlari-lari keliling taman.

Beri perhatian juga kepada keperluan anak anda untuk ada struktur dalam hidupnya. Walaupun sesetengah bayi dan kanak-kanak mempunyai personaliti senang, kebanyakan mereka lebih cepat berkembang jika mempunyai satu rutin yang tepat.

Adakah anak saya dipengaruhi oleh mud saya?

Ya. Sama ada baik atau buruk, kanak-kanak boleh merasakan mud ibu bapa mereka. Malah, bayi muda meniru gaya emosi ibu bapa mereka. Apabila anda senyum, bayi anda turut senyum dan otaknya "diaturkan" untuk bersenyum.

Di masa keluarga masih muda, adalah perkara biasa untuk anda berasa letih dan cemas. Tetapi jika anda selalu mendapati diri anda sentiasa tidak mempu menguruskan hidup atau murung, sudah tiba masanya untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimana saya boleh mengajar dia untuk membuat orang lain gembira?

Seawal usia 10 bulan, bayi anda boleh diajar betapa baiknya jika dia membantu orang lain. Jika anda memberinya secubit pisang, biarkan dia juga menyuapkan anda secubit. Tunjukkan dia betapa gembira anda merasakan dengan perbuatannya itu. Jika anda menyikat rambutnya, biarkan dia menyikat rambut anda juga. Detik-detik kecil seperti ini boleh membuatkannya suka berkongsi dan prihatin terhadap orang lain.

Apabila bayi menjadi anak kecil, memberikannya kerja-kerja yang mudah, seperti meletakkan pakaian kotor ke dalam bakul kain kotor, boleh membantu dia merasakan bahawa dia membuat sumbangan yang berguna.

(Sumber: babycenter.com)

Monday, November 4, 2013

Keperluan yang perlu ada jika anak anda Demam,Selsema, Batuk.

Minggu lepas Adelia xbrapa sihat.. Dengan demam.. Selsema..  & batuk kahak lagik...
Kecian tgk anak kecil baby2 ni bila sakit.. lagik2 kalau kene batuk selsema.. alahai... kecian kalau kahak byk cmne la si kecil nk btau kan tekak xselesa ke kan kan kan...

Ini aku punya tips sendiri cmne aku nk handle kalau anak2 sakit:-
1. Thermometer (aku pakai jenama ni rasa beli RM250 cmtu.. Tapi bole je beli ape2 jenis yang ada kt farmasi tu)

2. Cool Fever (kene spare kt rumah takot malam2 cek temp anak tggi ada nk tepek la kt dahi anak kan..)

3. baby vicks ni.. elok xpanas sgt cm vicks yg biasa tu.. nk pkai yg vicks biasa tu pon bole jugak.. sapu la sikit2..

4. Minyak yuyi.. same je cm vicks utk sapu kt dada & belakang baby.. tapak kaki & betis baby pon sapu  jugak..

5. Yang ini aku rasa utk baby yang alami selsema sampai tersumbat hidung tu patut ada ni. penyedut hingus.. sangat bagus.. ada jenis pam jugak tapi aku prefer ni.. Aku beli kat kedai baby kt SERI BANGI name KASEH IBU.
Setakat ni aku rasa semua benda ni sgt penting.. Kalau dh teruk / memudaratkan sila ke hospital dengan segera ya ibu2..

(Gambar 1) - hari khamis (Gambar 2) - hari isnin (Gambar 3) - Adel kene amek neb sobbbss :'( (Gambar 4) - Baru lepas muntah 3x.. kecian anak ummi....

Friday, October 18, 2013

Info: Breastfeeding while sick with Diarrhea.

Ibu-ibu yang kena cirit-birit jangan risau ye. 
Ibu-ibu semua memang kuat!
 
Breastfeeding while sick with Diarrhea
Diarrhea atau cirit birit adalah pengalaman biasa yang dialami oleh semua orang termasuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Ibu semestinya akan risau jika bayi akan dijangkiti, namun menyusukan anak semasa ibu mengalami cirit-birit adalah selamat. Biasanya cirit-birit akan mula reda selepas beberapa hari dengan penjagaan yang betul.

Ibu adalah selamat untuk menyusukan bayi sepanjang mengalami cirit-birit. Ini kerana badan ibu akan menghasilkan antibodi yang kuat untuk melawan virus tersebut, dan dengan menyusukan bayi, antibodi tersebut akan dipindahkan ke badan bayi.

Antara yang ibu boleh buat jika ibu mengalami cirit-birit adalah:

1. Teruskan penyusuan seperti biasa, penghasilan susu mungkin akan berkurang dari biasa; untuk itu kerapkan menyusu atau mengepam atau boleh berikan bayi hasil perahan susu ibu simpanan anda.

2. Banyakkan minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Tips; minum segelas air setiap kali selepas sesi ke tandas. Ini dapat menggantikan semula air yang hilang dari badan.

3. Ambil makanan yang lembut dan ringan seperti bubur, roti, oat atau buah-buahan yang dikisar. Apabila simptom telah berkurangan, ibu boleh kembali ke diet yang biasa ibu.

4. Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap; sejam sekali untuk membantu ibu mendapatkan tenaga dan mengelakkan stress kepada perut dan usus.
 
 
(Sumber : FB PumpOnTheGo.)

Thursday, September 19, 2013

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK

 
gambar hiasan


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Friday, September 13, 2013

Tips Pemakaian Sunglasses


Assalammualaikum w.b.t....
Arini 13/9/13 Jumaat.. Aku xde mood la nk kije pasal weekend cuti panjang, sabtu , ahad, isnin cuti.. hahahaha Isnin cuti hari malaysia (16/9 setiap tahun..)

Nak merapu jap kt entri arini.. aku teringin nk beli sunglasess baru la.. Usha kt Aldo xde yang berkenan.. Usha kt Charles & Keith la cm biasa kan.. ado yang berkenan dh.. byk sbnrnya.. hIhihihi.. Tapi bak kata suami aku kene cari yg kene dengan muka kita kalo harap sunglasses je yg cantik tp xkene kt muka kita pon xguna gak kan.. kene la ada pemilihan yg tepat utk nampak sesuai dengan muka kita ni....

Aku pon google la cari tips pemakaian sunglasess (Kaca Mata Hitam) lalu terjumpa kt http://www.raybanspec.com/2012/04/tips-pemakaian-kaca-mata-hitam.html .. So, aku bole la buat rujukan bentuk yang macam mana yang sesuai dengan muka aku kan kan..

Ini aku bg pulak kt korang sebagai rujukan. At least xde la orang mengata spec tu xkene dengan muka korang kan kan kan.....

Tips Pemakaian Kaca Mata Hitam
  • Periksa labelnya - Kaca mata hitam yang baik bertanda menyerap 99 sehingga 100 peratus sinar UV, terutama UVB. Lapisan penahan sinar UV boleh didapati pada semua jenis lensa dan warna. Frekuensi cahaya yang pada keadaan tertentu membuat pemandangan menjadi kabur. Kebanyakan jenama tampil dengan rekaan dan pilihan warna kaca mata hitam yang mampu melindungi mata daripada masalah berkenaan.
  • Selesa dipakai - Ada kaca mata hitam yang menyebabkan rasa sakit pada sisi wajah dan hidung.
  • Tentukan tujuan membeli kaca mata hitam - Jika untuk beriadah atau bersukan ada kaca mata hitam disediakan khusus bagi pengguna yang aktif.
  • Elak beli jenama tiruan - Kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami barah mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen. Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang.
     
 INFO: Penyesuaian Bentuk Muka


Bentuk muka terbahagi kepada lima iaitu
bujur sirih, panjang, bulat, empat segi dan berbentuk hati.
  • Mereka yang memiliki bentuk muka bujur sirih amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah.
  • Muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Ini bererti, bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang itu. 
  • Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau bumi juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.
  • Wajah berbentuk empat segi, pilihan bingkai sesuai ialah berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.
  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur sirih sesuai sekali untuk wajah empat segi.
  • Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.

Ok. Inilah sedikt sebanyak tips nya.. jadi lepas ni korang kalau nk beli sunglasses baru sng ok.. Jadi lepas gaji ni aku nk rembat la 1buah kaca mata hitam sunglasses utk diri aku.. Hihihi

Bye.. :)