Showing posts with label Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Pregnant. Show all posts

Tuesday, March 21, 2017

Perut mengeras semasa hamil @ Braxton’s Hicks



Sejak kandungan da masuk 30 minggu ni, mula la terasa perut kerap mengeras..time malam mmg toksah cite la susah nak tido, nafas pn sekat2, golek ke kanan x kene golek ke kiri ok la ckit..klu terlentang lg la rase sesak...dekat nak pagi baru la leh lelap..bile kt opis mule la mate mcm mate garfield...ngantoksss...

Apsal ye perut kite mengeras bile hamil...jom kite share info ni sesame...hope membantu mommy2 lain jugak..
 




Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung : 

1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi

Cara menangani perut mengeras semasa hamil

1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan

Braxton’s Hicks
 atau nama popular bagi orang melayu adalah ”kekejangan perut” atau ”kontraksi”. Ia merupakan salah satu tanda kehamilan yang kerap berlaku pada bakal ibu pabila usia kandungannya semakin meningkat terutama ketika di trimester ketiga.

Mesti sahabat-sahabat tertanya-tanya macam mana rasanya apabila BH ni terjadi. Nak tau ke? Ok2, saya cuba cerita serba sikit. Bukan niat nak takut-takutkan ke ape, hanya sekadar berkongsi pengetahuan dengan sahabat-sahabat yang masih bujang dan sebagai persediaan awal buat bakal ibu. Sama-sama kita berkongsi.
Sesetengah bakal ibu tak merasai BH ni, dan sesetengahnya pula dapat merasainya seawal minggu ke 30 dan pada bakal ibu seperti saya pula sepatutnya rasa bertuah dapat merasainya, (walaupun sakit..adui) kerana hikmah disebalik sakit BH ni terlalu banyak.

Semasa BH ni terjadi, perut menjadi tegang dan keras dan kadang-kadang ia menyakitkan dari tengah perut hingga ke ari-ari dan kadang-kadang ia disusuli dengan kekejangan kaki dan sakit dibahagian pinggang. Itu lah yang kerap saya rasai sejak 4 hari lalu.

Biasanya BH ni akan dirasai apabila bayi bergerak aktif, ketika mengangkat berat, mengurut perut atau ”dehidrasi” ( kurang air dalam badan ). Kalau saya, paling kerap terasa ketika baby bergerak aktif. Kadang-kadang tu, perut dah keras pun masih rasa baby tendang dan bergerak,. Alhamdulillah baby saya semakin aktif saban hari dan senang kata setiap jam pasti akan terasa pergerakannya.^^

Hikmah Di Sebalik Braxton’s Hicks (BH)

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya yang Allah sembunyikan, itu kita semua dah sedia maklum. Begitu jugalah dengan hikmah disebalik kesakitan BH ni. Ia adalah latihan awal sebelum saat kelahiran tiba. Kebiasaannya orang tua-tua akan cakap ” alah bisa tegal biasa”. Saya setuju sangat-sangat dengan ungkapan tersebut.

Disamping itu juga, BH ini membantu melembutkan serviks dan memudahkan ‘pembukaan’ semasa proses kelahiran nanti. Itulah hikmah yang Allah sediakan pada bakal-bakal ibu seperti kita. Oleh sebab itu, janganlah asyik mengeluh dan merungut ketika BH ini terjadi tetapi saya sarankan amalkanlah beberapa tips di bawah ni bagi mengekalkan keselesaan dan mengurangkan kesakitan.

Tips Untuk Menambah keselesaan dan Mengurangkan Kesakitan :

Tips ini ada yang saya perolehi hasil pembacaan dan ada yang disarankan oleh ibu saya sendiri. Terpulanglah pada sahabat-sahabat mahu lakukan yang mana mengikut keselesaan kalian.

1- Ubah posisi sekiranya kalian rasa Braxton’s Hicks akan datang.

2- Rehat lebih lama, minum air masak dan baring mengiring ke sebelah kiri.

3- Minum air dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi kerana ia akan menyebabkan otot mengecut dan mengakibatkan kontraksi BH.

4- Buang air kecil dengan kerap kerana ia akan mengelakkan kontraksi berlaku.

5- Amalkan teknik pernafasan dengan menarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Tempoh menarik nafas pula mestilah lebih pendek daripada hembus. Ia akan menambahkan keselesaan pada kalian.
Pada saya pula, saya amalkan tips ketiga, keempat dan kelima sekaligus sambil diikuti dengan selawat didalam hati. Alhamdulillah cara tu berkesan untuk mengurangkan rasa sakit BH.

Akhir kalam
Begitulah yang saya rasai sejak dua minggu kebelakangan ni, dan harapnya entri ini dapat membantu bakal-bakal ibu dalam menghadapi waktu2 tersebut.


Sekian. Terima kasih

Sumber: Google

Tuesday, June 4, 2013

Pergerakan bayi dalam kandungan

Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?
Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:
  • Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
  • Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.
  • Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.
  • Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
  • Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.
Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab. Seperti anda juga, ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.

Bagaimanakah pergerakan bayi saya dari minggu ke minggu?

Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32

Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.

Mulai kira-kira minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana untuk tahu bila sudah tiba masa bersalin.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi kini  lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesarannya juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan

Pada minggu-minggu terakhir, kedudukan bayi akan tetap dalam mangkuk pelvis anda, sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, dapatkan nasihat mengenai bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.)

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati ketika hendak duduk.

Apabila kepala bayi turun lagi ke dalam pelvis, anda akan rasa "ringan", kerana tekanan pada bawah tulang rusuk anda kini tidak begitu kuat.

Pada peringkat ini juga, anda tidak akan merasa pergerakan keseluruhan badan bayi. Sebaliknya, anda mungkin menerima tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, berdasarkan posisi bayi. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masanya bayi anda akan diam dan berehat dan ada masanya dia sangat aktif, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!

Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan. Tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata. Namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir kehamilan, anda mungkin sudah mengenal pasti dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda.

Saya tidak merasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Jika anda mahukan kepastian, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
  • Baring mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks.
  • Mainkan muzik kepada perut anda.
Tidak lama dahulu, wanita hamil sering dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, sebaik-baiknya pada masa yang sama setiap hari.

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular kerana penyimpanan rekod seperti ini kurang efektif. Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.


(SUMBER: http://www.babycenter.com.my/a1028705/pergerakan-bayi-dalam-kandungan )

36weeks pregnant.. Another a few weeks to go bebeh!!!

Perkembangan fetus - hamil 36 minggu


uteruskepalakulit Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna kami.

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

I'm still can walk but i'm so tired. kahkahkah

Tuesday, May 7, 2013

32weeks pregnant

Lepas makan dh xsanggup nk berjalan.. Sbb penat makan!!! kakakakaka

Tuesday, April 30, 2013

4D Scan @ Klinik Jameaton, Taman Equin Seri Kembangan

28/4/2013 - Saya dan suami ke Klinik Jameaton, Taman Equin tu utk appointment 4D Scan..
Antara perkhidmatan Klinik ini:-

PERKHIDMATAN

1. Rawatan Ibu Mengandung
2. Scan Ibu Mengandung - 3D dan 4D
3. Rawatan Sakit Puan
4. Kaunseling Merancang Keluarga
5. Rawatan Pesakit Dewasa
6. Rawatan Pesakit Kanak-Kanak


PERKHIDMATAN 4D SCAN & DETAIL SCAN

Perkhidmatan 4D SCAN dan DETAIL SCAN kini boleh dibuat di Klinik Jameaton.

Nama Perkhidmatan :
i. Scan 4D
ii. Detail Scan

Pakej Scan:
a. Scan 4D
b. Detail scan
c. Scan 4D + detail scan
d. Scan 2D ( biasa )

Waktu Operasi :
Sabtu: 6.00 petang - 9.00 malam
Ahad : 10.00 pagi - 4.00 petang

Perkhidmatan scan biasa 2D dibuat pada setiap hari waktu rawatan ( 9.00 pagi - 10.00 malam )

Perkhidmatan 4D scan & detail scan dengan temujanji. Sila hubungi Klinik Jameaton 03-89442270 untuk maklumat lanjut.

*********************************************************************************************

So, mari layan gambar 4D anak saya...




Sekian.. Klinik Jameaton sy recommend kepada ibu-ibu sekalian... :)

Monday, April 29, 2013

Set Bersalin Air Mancur Menjadi Pilihan..Kenapa?


Seperti aku war warkan...untuk set bersalin aku memilih AIR MANCUR...yer oldskool bebeh benda ni...berkurun lama...apa tak nya set bersalin turun temurun emak aku tu...dari zaman 80an..ntah ntah 70 an dah ada kot...giler lama tul...set ni dulu mak aku kata kena bancuh ...uwekkk tak lalu...konon aku nak try ala ala bancuh jamu...sekali emak aku cakap..ko jangan kang...tak tertelan...dah la air tak leh minum sekaligus...sikit per sikit...erkkk hati besar kan aku.....

Sekarang dah moden sikit takde bancuh bancuh...dah ada set pilihan untuk pil jugak...owh senang la ek..telan aje dah selamat masuk perut...emak aku suh aku beli jenis pil..beza harga pun dalam 5 hengget je...yang serbuk bancuhan dalam RM50..kalau pil RM55... Nasib g beli kat kedai area Chow Kit... Kalau kt WARTA tu mahei.. sampai RM90.. kuikui


Eh kenapa aku beli ni...first opcos sebab ikut cakap emak aku..emak aku try dulu murah nya..lagipun dia pakai dah 6org anak ok je...takde masalah...air susu badan pun banyak...second..sebab murah..hahhh berkira la tu....lalala...kira la gak...kos anak lagi penting...kalau jumpa yang murah dan elok wat pe nak ke benda mahal...cuba dulu yang murah...kalau tak ok baru beli yang mahal...bak kata emak aku...Nona Roguy pun ok gak...tapi ko makan la lepas bersalin..benda tu mahal..kecik la packagingnya..lepas bersalin baru ko makan apa bahan yang patut dalam tu...ni dalam tempoh bersalin 44 hari jek...baik lah apa yang baik cakap orang tua aku follow jek...lagipun dia yang uruskan aku dalam pantang nanti...




Ada 2 jenis..putih untuk bancuhan..biru untuk pil....mana satu ko mampu??


kengkonon nak power nak yang bancuhan....nan hado la ko..tak cuba lagi...at last kena pilih biru sebab pil senang nak telan... Huahahaha


Inilah bahan bahan dalam ni...simple je tak banyak bahan..dia banyak bahan tradisional....cara penggunaan seperti selepas gambar ni eh...ok sila la ko habis kan segala mala benda alah ni..tak kurus tak tau la nak cakap...haishh



Bersalin Lengkap Selapan (Air Mancur)

1. Jamu Bersalin 1
Dimakan mulai hari ke 4 sampai hari ke 8 sehabis bersalin.

2. Pil Jamu Bersalin 2
Diminum mulai hari ke 9 sampai hari ke 28 sehabis bersalin

3. Pil Jamu Bersalin 3
Diminum mulai hari ke 29 sampai hari ke 38 sehabis bersalin.

4. Tapel
Dihancurkan dengan air suam dan boleh ditambahkan Minyak Telon. Sapukan pada perut dan lakukan setiap pagi dan petang. Disarankan memakai bengkung/korset pada waktu pemakaian tapel ini selama 30 hari bagi mempercepatkan kecutan bahagian perut dan kembali sihat dan langsing.

5. Pilis
Dihancurkan dengan air suam dan sapukan pada dahi dan lakukan setiap pagi dan petang hari.

6. Bedak Dingin
dihancurkan dengan air sejuk atau air mawar. Oleskan pada wajah/kulit. Lakukan pagi dan petang

7. Minyak Telon - (2 botol)
Disapu pada dada, perut, punggung dan telapak kaki baby, terutama sehabis mandi

8. Param Beras Kencur
Dihancurkan dengan air sejuk secukupnya dan lumurkan pada diseluruh tubuh. Lakukan setiap pagi dan petang.


Lepas tu aku beli skali Bengkung Bersalin.. Yang ikat cm tali kasut tu... yg moden..  kuikui... 


Ni hah la aku beli.. Mak kata ok je.. so.. Nanti guna ini la ya... janji selim melim.. Ahaksssss.......
Ok Tu je la nk kongsi... Sekian... :)

Gamba: Google...