Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, March 8, 2016

Resepi: Kuih Lopes (Senang & Mudah)

Hari minggu lepas.. Aku memang dh niat nak buat kuih lopes sebabnya mak aku beli gula melaka yg sedap tu dr johor. So oleh sebab bahan nya senang. Marilah kita buat.. Yehaaaa...

Resepi Kuih Lopes
Resepi Oleh: Facebook Azlina Ina

Bahan-bahan:-
2 cawan beras pulut rendam 30 mnt - 1jam (tos kan)
1 cawan santan pekat
1 cawan setengah air masak
2sk garam
Pes pandan sedikit
Pewarna hijau sedikit
1 helai daun pandan simpul

Cara-cara:-
1. Satukan semua bahan dan kacau atas api perlahan.
2. Ttup dan buka sekali sekala kacau dan bia tanak mcm nasik smpai air kering..biar sejuk kejap. (aku guna rice cooker je agak2 sendiri)

3. Ok sediakan loyang kalau xrajin hehe alas plastik bawah loyang sapu minyak atas plastik tu ye dan masuk pulut td tekan sket dan kukus kukus 20 mnt.
4. Biar sejuk kuarkan dan golek atas kelapa yg dah diletak sikit garam.



Tanak pulut dalam periuk nasi je sng...

Lepas masak pulut masuk dlm loyang.. tekan-tekan bg mampat...  lapik plastik cm gambar ni...

Kukus lah dlm 20 minit....

Kuah Lopes 
250g gula melaka
4 sudu gula pasir 
1 helai daun pandan 
1cawan air masak

1. Masuk semua dalam periuk masak sampai larut.. Kalau cair sgt tambah sedikit air tepung jagung. kemudian tapis.. dan boleh curah dekat kuih lopes tadi.. 
   
Sedap bau gula melaka & pandan.. wangi.....     



Poyong pulut yang telah dikukus...


Curah kuah lopes yg mabeles... Nyummmmmm


 Sekian. Selamat mencuba..


Resepi: Pandan Gula Melaka Cupcake

PANDAN GULA MELAKA CUP CAKE

Pandan Cup Cake
Resepi Oleh : Bitter Sweet Spicy
Di kongsi Oleh: Azlita Masam Manis

Bahan-bahan:-
200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder ~ double acting
125 gm unsalted butter ( butter tanpa garam ) ~ lembutkan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau

Cara-cara:-
1. Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
2. Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
3. Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
4. Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan
5. Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
6. Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
7. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
8. Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
9. Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
10. Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
11.0Setelah masak, sejukkan atas redai.


Caramel Gula Melaka
Bahan-bahan:-
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air

1. Satukan adunan dan masak hingga gula larut dan pekat
2. Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh sedikit air
3. Masak semula hingga pekat. Sejukkan
4. Bila dah sejuk baru drizzle atas cup cake tadi


Buttercream Icing
Bahan-bahan:- 
250g Butter'
150g Gula Icing (ayak dulu)

1. Pukul semua bahan dengan kelajuan tinggi hingga adunan tidak lagi rasa berpasir/halus(soft peak).
2. Bole piping atas cupcakes ikot jenis nozel yg sesuai. 
3. Drizzle Caramel gula melaka atas butercream td lepas piping.. macam gambar bawah ni.. 
 
Siap!!
 Selamat mencuba!!!!

Resepi: Brownies Cik Kedut

Assalammualaikum... 
Lame pending nk update blog ni.. Kali ni resepi ni semua orang trend sekarang nak buat. So, aku dengan BFF aku (AYN) nk buat jugak untuk BFF kami sorang lagi untuk hantran tunang dia, ni kes nk jimat malas nk order sebab kalau order harga nya agak mahal ya. So kami decide buat sendiri sahaja tawakal uollss... Haha.. Jom tengok resepinya... 


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan:-
400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 
Kacang Walnut (potong kecik)
Coklat (Kit Kat/Kinder Bueno/Toblerone) *Hiasan

Cara-cara:-
1. Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya.
2. Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
4. Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
5. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
6.  Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Masukkan kacang walnut dan gaul rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter. (mcm gambar dibawah)

 8. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.



9. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati. Tapi aku & Ayn buat untuk hantaran tunang BFF kami si Safia. Kami buat Brownies Tower.

Cantik tak?? hehehe

Sekian. Selamat mencuba juga.. :)

Tuesday, December 22, 2015

Resepi: Mini Sardin Gulung / Popia Sardin

Assalamualaikum w.b.t...

Bila mood duduk dapur ada.. Ada je kerja nk buat.. Hahaha.. Saje je buat sebab bahan-bahan semua dh ada... Jom tengok resepi versi Cik Shyra.

Resepi- Mini Sardin Gulung / Popia Sardin

Bahan-bahan:-
Bawang besar      1 Biji
Bawang putih       2 Ulas
Halia                    1 Inci lebih.
Sardin                  1 Peket / Tin
Kulit Popia           1peket yg dah siap petak kecik.
Telur                     (untuk lekat kulit popia)

Aku guna Sardin ni... Sardin ni aku beli dengan kawan aku. Sardin ni buatan Malaysia dan Halalan Toyyiban.




Mari masak sardin... Sambil tu hancurkan lah ikan sardin tu yer..... mcm gambo atas tu...

Ini kulit popia yang aku guna. dah siap 4segi kecik. xyah potong lg senang...


Letak la sardin tadi cm gambar atas ni...

Lepas tu lipat cenggitu....

Kemudian gulung sampai hujung calit telur sikit untuk lekat kan kulit popia tuh.

Ni hasilnya.. dapat 50pcs. =) Goreng la apa lagi...
Ok. Ini hasilnya dah goreng. senang ajer kan...


Selamat mencuba.


Sekian.

Tuesday, October 13, 2015

Resepi: Kek Pandan

Seminggu sebelum puasa memang aku dah janji dengan mak aku nk buat kek. So puas fikir nak buat kek ape jenggggg... Ting! Ting! Kek Pandan!!!! So bahan2 semua dh mmg dh ada. Daun pandan pulak ambil belakang rumah je......  hehehe 
Ok Jom. Aku kongsi resepi aku. Resepi ni aku google byk resepi dan aku olah sendiri je... 


Resepi: Kek Pandan

250g Planta / Mentega
4 Biji Telur Ayam
1cawan Gula kastor
1sudu esen vanilla
11/2cawan Tepung Gandum
2sudu Baking Powder
4helai Daun Pandan dikisar dengan 100ml air di tapis .
Pewarna hijau pandan.


Cara-cara:-
1. Pukul planta bersama gula. pukul sehingga kembang. kemudian masukkan telur + esen vanilla. pukul lagi.
2. Kemudian masukkan tepung + baking powder. pukul lagi. 
3. Masukkan air pandan bersama pewarna pandan pukul lagi.
4. Panaskan oven 10minit 170darjah celcius.
5. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah di sapu mentega / lapik kertas baking.
6. Masuk dalam oven selama 60minit dengan suhu 170darjah celcius.
7. Dh masak sejukkan dan bole dihias dengan butter cream / dihidang bersama air teh minum petang.



Selamat mencuba!







Monday, May 11, 2015

Resepi : Homemade Ice-Cream (Nyummy)

Bila ada masa terluang baru bole nk buat resepi homemade ice-cream ni. Selalu aku tengok kt youtube saje. Korang search Gemma Stafford kt Youtube. Byk resepi dia ajar.. *Thumbs Up!! 
So, Bebanyak resepi dia aku pilih la buat Ice -Cream ni. Sebab Bahanya mudah 2bahan saje.  
Officemate aku yang bg tau pasal resepi ni.. Dan terus aku terpikat sbb senang buatnya.. 

Yang Ini la hasil Ice cream yg aku buat. Oreo Ice Cream. 
Sini aku kongsi bahan serta caranya,.. Senang sgt!


Gemma's Homemade Two-Ingredient, No Machine Ice Cream

INGREDIENTS
14 ounces (1 can/ 400ml) sweetened condensed milk (fat-free or regular) cold
2 cups (16oz/450 ml ) whipping cream, cold

DIRECTIONS:
1. Place sweetened condensed milk in the fridge to keep cold
2. Beat cold heavy cream on medium in a stand mixer fitted with the whisk attachment (or using a hand mixer) until stiff peaks form.
3. Turn down the speed a little and pour the condensed milk into the whipped cream. (Stir in vanilla extract now if desired). 
4. Now you have your ice cream base you can add in your desired flavors and fixing. GO NUTS! experiment and enjoy creating something that is all you. 
5. Place in a large resealable container and freeze at least 6 hours or overnight before eating. 

How to flavor your ice cream base: 
* Strawberry cheesecake Ice Cream: Mix 1 cup cheesecake into 2 cups ice-cream base and add strawberry puree
* Honeycomb Ice Cream: Mix ½ cup crushed Honeycomb into 2 cups ice-cream base link for honeycomb recipe (http://www.nigella.com/recipes/view/h...) don't add too much as it will make your ice-cream soft, but very yummy. 
* Cookies and Cream Ice cream: Mix ⅔ cup crushed Oreo Cookies into 2 cups ice-cream base 
* Mango Ice cream: Swirl ¼ cup mango puree into 2 cups ice-cream base 
* Rainbow Cake Ice Cream: Mix 1 cup frosted Rainbow cake into 2 cups ice-cream base 
* Birthday Cake Ice Cream: Mix 1 cup frosted Funfetti cake (or cupcake) into 2 cups ice-cream base 


Ini Video dari You Tube:-




Sekian. Selamat Mencuba!!!!

Monday, January 26, 2015

Resepi: Rainbow Cookies.

Dah lama buat draft ni hahaha.. Baru sekarang ada masa nak sambung semula.. Ok.. Resepi ni resepi cookies yang aku google sahaja.. Ceritanya bila mak aku dah banyak kali cakap nk buat biskut rainbow atau bahasa pasarnya biskut lidah kucing.. Aku pun minta mak aku cari loyang lidah kucing tu.. Ada, jumpa tapi besar sangat xmuat masuk oven aku yang comelllllll kt rumah tu... jadi aku decide nk ammek loyang bulat sahaja... So, xde lah biskut lidah cookies.. Jadi lah Rainbow Cookies. Mari kita buat resepi mudah ini!!

Resepi Rainbow Cookies
Bahan-bahan:-
250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza (merah,oren,kuning,hijau,biru,purple)

Dulang khas bulat Rainbow Cookies. (aku cari dekat Yummie Bakeri, Bandar Baru Bangi)


Cara Membuat:-
1. Griskan loyang dengan sedikit butter

2. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.


5. Bakar dalam masa 10minit-15minit sahaja. (120darjah)

******************************************************************


Jadilah macam gambar di atas selepas siap dibakar. 



Sekian. Selamat mencuba!

Monday, December 29, 2014

Resepi: Bubur Kacang Hijau Cik Shyra

Assalammualaikum w.b.t.....
Lame dah x masak-masak... Semalam tetiba rajin tekak rasa nk mkn bubur kacang hijau plak..
Lepas balik joging aku g pasar jap beli Santan & gula melaka.. 
Ok.. Jom kita tgk cara aku buat bubur kacang hijau.. 
(PALING SIMPLE & SENANG U OLLSSSSSSS)

Bahan-bahan yg sgt senang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 helai daun pandan, disimpul
1 liter santan
Air jika perlu
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/3 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1/4 camca teh garam
Gula pasir jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Rebus kacang hijau hingga kembang. Masukkan air gula merah dan sedikit air jika perlu. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan daun pandan. 
2. Tuang santan dan 1/4 camca teh garam. Kacau dan masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalu. Rasa dan jika kurang manis anda boleh tambah gula secukup rasa, tapi seelok2nya biar lah manis sederhana sahaja. Boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau biskut krim kraker jika suka.

**Cicah dengan roti lagik sedap... Kenyang makan berkeping2 roti cicah bubur kacang i olls...
**Buat eskem Malaysia yg panjang2 tu sedapppp jugak.. Tapi plastiknya xde kalau x aku dh buat eskem ni... Hihihi 

Rebus bagi Kembang & Lembut kacang hijau..

Tadaaaaa.. Dah siap!!! Mak aku cakap sedap. Lulus!!

Selamat mencuba!!

Tuesday, December 9, 2014

Resepi: Udang Bercili Cik Shyra

Bahan-bahan:-
Udang Galah/ Harimau (gaul serbuk kunyit & garam sikit)
Cili kisar
Bawang besar potong bulat-bulat
*Bawang besar 1biji
*Bawang putih 2ulas
*Halia 1inci
Serai sebatang(diketuk)
Tomato 1biji potong dadu
Kiub ayam stgh.
Sos tiram 2sudu
Sos cili 4sudu


Cara-cara:-
1. Udang yang dh digaul dengan serbuk kunyit tadi digoreng. dalam 10minit saje.. 
2. Bahan yang bertanda * ditumbuk/dikisar. 
3. Tumiskan bawang yang dipotong bulat kemudian masukan bahan yang dikisar(tggu naik wangi) dan kemudian masukkan cili kisar.....
4. Kacau sehingga naik minyak masukkan sos tiram , sos cili dan kiub ayam td dan garm secukup rasa.
5. Rasa dah ok masukkan udang tadi dan kacau biarkan cili meresap kedalam udang masukkan tomato biarka sebentar. Letak air sedikit dan kacau lagi.. Siap!!
6. Bole dihidang dan makan lah!! 

Selamat mencuba,.