Wednesday, January 23, 2013

Check Up On 4month

Assalammualaikum w.b.t..

Ini aku nk cerita pasal monthly check up pregnant ni..
This month (January) kandungan aku masuk 4bulan...
Dan ini kali ke-2 aku buat pemeriksaan ibu mengandung...
Aku buat check up di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi je..
Senang.. Dekat dgn umah.. Walaupon dekat dengan rumah aku tetap keluar awal sbb nk dpt no awal..

Sistem yg pihak klinik buat pon dh lain dr tahun lepas (Masa bln12 first aku g check up).
Tahun 2013 ni diorg lebih kepada siapa cpt dtg ikot time appointment yg diorg tetapkan dpt la no awal.
So aku punya appointment pukul 8pagi. Pukul 7.30 keluar rumah sampai dalam pukul 7.45 camtu (jem sikit)  terus ke kaunter pendaftaran.
Masa kt kaunter pendaftaran tu sekarang ni letak jek buku pink kita tu.. xpayah amek no dh... Pembantu jururawat yang akan letakkan no pada buku pink kita tu...
Haaaa gitu sekarang.... Cecanggih sikit la..

So.. Aku tunggu dalam 30-45minit camtu name aku pon dipanggil untuk buat check up (BERAT, BP, DARAH, URINE).
Aku terperanjat bila timbang berat dah naik 3kilo dr bulan lepas (bulan12) means 44kg-47kg Hahahadoiiiiiiiiyaii....
Result semua ok saje kecuali berat tula naik dengan mendadak.. (mampuihhhhhh haku)

So, lepas dh check up semua skali tu masa menunggu giliran untuk berjumpa doctor pula..
Naik je no aku terus masuk bilik doc.. Eh, sebenarnya jumpa jururawat masyarakat dulu...
so aku msuk bilik tu ada la jururawat masyarakat yg tggu aku kan..
Dia pon terperanjat (tanjat gigirl) naik 3kilo dalam masa sebulan..
Ala..... aku baru ada selera makan tau maybe tula sebabnya naik mendadak cmtu... huahuahuahua

Keputusan dari doctor pula, next month check up aku kene minum air gula (bunyik mcm sedap jek)
Huwaaaa!! :'( Tak mau la minum air gula..
Kawan2 cakap xbape sedap.. Perghhhh.... Aku terbayang air gula yg dh masak yg pekat tu.....
Aduh duh duh duh...... (dangdut jap)
So, procedure minum air gula ni kene puasa dari malam kul10mlm cmtu dah xbole makan minum dh..
Hahahaahahdoiiiiiyaiii.....
Kene la aku menahan nafsu makan ku... Kalau ikotkan hati memang lah aku makan xberhenti... Hihi
Pantang nampak makanan... Makannnnn jek kerja aku... Hihihi

Dan oleh kerana kenaikan berat sebanyak 3kilo itu aku terpaksa menjalani normal check up 2x seminggu sehingga tarikh aku check up  semula next month.. Hihihi

Kawan-kawan doakan sy sihat n baby sihat juga ya.. Aminn~

Mummy on  17weeks :)


Wednesday, January 16, 2013

Monday, January 14, 2013

Sakit kepala..

http://www.babycenter.com.my/a1052280/sakit-kepala )


Saya hamil dan mengalami sakit kepala yang teruk. Adakah ini normal?

Sakit kepala semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester pertama. Jika anda sering mengalaminya sebelum hamil, kehamilan boleh membuatkan masalah ini lebih teruk. 

Kita tidak tahu dengan tepat mengapa kehamilan membuatkan anda sakit kepala. Ia mungkin disebabkan oleh kehadiran hormon yang banyak dalam badan anda, serta perubahan dalam kitaran darah anda. 

Anda mungkin sakit kepala pada bahagian-bahagian tertentu atau berlainan. Kesakitannya pula mungkin berbeza, anda mungkin rasa seperti dihentak dengan benda keras, atau berdenyut-denyut. Sakit kepala tidak menyebabkan simptom-simptom lain. 

Migrain pula berbeza. Migrain ialah jenis sakit kepala yang dikatakan disebabkan oleh saluran darah di otak tidak berfungsi dengan betul. Ia boleh menyebabkan sakit kepala dan membuat anda rasa loya dan sensitif terhadap cahaya, bunyi dan bau. 

Jika anda sering mengalami migrain, anda mungkin dapati keadaan ini berkurangan semasa hamil, terutamanya jika migrain itu dikaitkan dengan kitaran haid anda. Malangnya, masalah migrain biasanya kembali kepada corak seperti sebelum anda hamil sebaik sahaja anda bersalin. 

Bolehkah saya mendapat sakit kepala atau migrain atas sebab lain?

Sakit kepala atau migrain yang anda alami mungkin hanya diakibatkan oleh hormon kehamilan. Atau ia boleh jadi mempunyai kaitan dengan sesuatu yang lain yang melibatkan gaya hidup anda seperti: 
  • - Berhenti atau mengurangkan pengambilan kafein.
  • - Rasa letih.
  • - Rasa stres, yang mana ini boleh memberi tekanan kepada otot-otot.
  • - Berehat selepas menjalani waktu yang membuatkan anda stres, terutamanya pada hujung
  •   minggu atau semasa bercuti.
  • Masa makan yang tidak menentu dan anda berasa lapar.
  • - Sesetengah makanan yang menyebabkan migrain dalam masa beberapa jam selepas anda
  •   memakannya.
  • Senaman berat jika anda tidak biasa dengannya.
  • - Tidur lebih banyak daripada biasa, atau kurang tidur.

Adakah apa-apa cara yang boleh saya lakukan untuk menghilangkan sakit?

Jika anda biasa mengambil pil tahan sakit, anda boleh ambil paracetamol kerana ia selamat diambil semasa hamil. Ikutlah arahan dos yang terdapat pada bungkusannya atau tanya ahli farmasi atau pakar obstetrik anda jika anda tidak pasti berapa banyak perlu diambil. 

Anda tidak dinasihatkan mengambil aspirin atau ibuprofen semasa hamil, kecuali jika doktor yang menasihatkan anda mengambilnya. Anda tidak sepatutnya mengambil ibuprofen sama sekali dalam trimester ketiga kehamilan, iaitu mulai minggu ke-28 ke atas. 

Anda juga boleh: 
  • - Berhenti seketika dan berehat. Duduk atau baring di tempat yang senyap, dan tidur jika perlu.
  • - Letakkan tuala panas di sekeliling mata dan hidung ataupun tuala sejuk di pangkal leher untuk melegakan sakit kepala akibat ketegangan (tension headaches)
  • - Mintalah seseorang untuk mengurut tengkuk dan bahu anda.

Adakah apa-apa yang boleh saya buat untuk mengelakkan sakit kepala daripada berulang?

Jika anda tidak pasti apa yang menyebabkan sakit kepala atau migrain anda, cuba kenalpasti apakah dalam gaya hidup anda yang boleh menjadi penyebabnya. Apabila anda tahu penyebabnya, anda boleh mengambil langkah untuk mengelakkannya daripada berulang. 

Simpan diari yang merekodkan apa yang berlaku setiap kali sakit kepala atau migrain anda menyerang untuk membantu anda mengenalpasti penyebabnya. Buatlah nota setiap hari dan rekodkan: 
  • - Masa sakit kepala bermula.
  • - Berapa terukkah sakit kepala itu, di mana yang sakit dan berapa lama ia berlangsung.
  • - Apa yang anda makan pada hari itu dan bila.
  • - Adakah anda bergerak aktif pada hari itu.
  • - Adakah anda stres atau dalam keadaan rehat.
  • - Berapa lamakah anda tidur.
  • - Adakah anda mengambil apa-apa ubat.

Selepas lebih kurang seminggu, anda mungkin dapat lihat coraknya, maka anda mungkin boleh mengenalpasti apakah penyebabnya. 

Anda juga boleh menyimpan diari sakit kepala dalam talian di laman web UK Migraine Trust

Jika sakit kepala anda disebabkan faktor-faktor tertentu, cuba cari teknik yang boleh membantu mengelakkan faktor tesebut. Bergantung kepada faktor itu, anda mungkin dapati panduan di bawah boleh membantu:

- Carilah masa untuk berehat dan cubalah tenangkan diri. Di tempat kerja, cari tempat di mana anda boleh duduk dengan meninggikan kaki dan berehat semasa waktu makan tengahari. Di rumah pula, cuba kurangkan membuat kerja-kerja rumah. Teknik-teknik menenangkan diri seperti yoga atau meditasi juga mungkin boleh membantu.
  • - Cuba dapatkan masa tidur yang tetap. Kurang tidur, ataupun lebih tidur walaupun hanya setengah jam daripada biasa boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala. Jika anda mengalami insomnia, cubalah kaedah rawatan tradisional.
  • - Jika sakit kepala anda berkaitan dengan ketegangan otot atau postur, jumpalah ahli fisioterapi. Satu sesi fisioterapi biasanya termasuk urutan, manipulasi, mobilisasi dan senaman yang anda boleh teruskan sendiri di rumah.
  • - Makan sedikit tetapi kerap untuk meningkatkan tahap gula yang rendah dalam darah, dan jangan tinggal waktu makan.
  • - Jika anda fikir sakit kepala atau migrain anda disebabkan oleh makanan tertentu, cuba tinggalkannya selama dua minggu untuk melihat samada ini berkesan. Kemudian, cubalah makan lagi dan lihat jika sakit kepala anda kembali.
  • - Bersenamlah dengan kerap, tetapi jangan terlalu memaksa diri jika anda tidak biasa melakukannya. Bersenam untuk cergas mungkin dapat mengurangkan kekerapan dan tahap kesakitan anda. Senaman membantu mengimbangkan tahap gula dalam darah dan membaiki pernafasan anda. Ia juga menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon endorfin yang membuatkan anda berasa gembira.

Adakah selamat untuk terus mengambil ubat migrain saya semasa hamil?

Lebih baik jika anda kurangkan pengambilan ubat semasa hamil. Jika anda mengambil ubat migrain, beritahu pakar obstektrik anda sebelum mengambilnya semasa hamil. Doktor anda mungkin boleh mengesyorkan paracetamol atau pil tahan muntah sebagai ganti. 

Bolehkah sakit kepala menjadi tanda bagi sesuatu yang lebih serius?

Kadang-kala, sakit kepala boleh jadi satu tanda bagi sesuatu yang lebih serius. Jumpalah pakar obstetrik anda jika anda mengalami sakit kepala dan: 
  • - kabur penglihatan;
  • - kesakitan pada bahagian atas perut;
  • - muntah;
  • - tiba-tiba bengkak pada muka, tangan atau kaki.

Ini boleh jadi tanda-tanda pra-eklampsia. Pra-eklampsia adalah satu bentuk tekanan darah tinggi yang serius. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda perlu menghubung doktor anda segera. 

Adakah saya akan mengalami sakit kepala sepanjang kehamilan?

Mungkin tidak. Bagi kebanyakan wanita, sakit kepala semasa hamil biasanya berkurangan dan hilang terus menjelang trimester kedua. Ini adalah apabila pengeluaran hormon kehamilan mula menstabil, dan badan anda mula biasa dengan perubahan kimia yang berlaku. 

Yakinlah bahawa sakit kepala anda mungkin hanya sementara, walaupun ia adalah kesan sampingan kehamilan yang tidak begitu menyelesakan. 

Semakan terakhir: Mei 2012 

Thursday, January 10, 2013

Mimpi....

Semua orang pernah bermimpi...
Orang kata, mimpi ini mainan tidur sahaja....
Syaitan2 yang cuba mengacau kita tidur.....

Sejak kebelakangan ini aku kerap bermimpi.....
Mimpi yang boleh dikatakan hampir sama ceritanya...
Aku xde lah nk percaya mimpi yang aku alami ni...
Tapi Dalam 2-3hari ni asyik la mimpi yang same...

Sebelum tidur mesti aku g buang air kecik lepas tu basuh kaki skali..
Kat katil lak dh baring aku bace Ayatul-kursi bersama doa tidur..... 
Bila dh bermimpi tu mula lah akan terjaga awal la.. kdg2 kul3am dh terjaga... 
Bila dh terjaga mula lah aku pusing kanan pusing kiri susa ckit nk lelap.
Bila dh dapat lelap balik kang aku susah ckit bangun pagi dek krn mengantukssss......

Aku ada beritahu mak pasal mimpi aku ni... 
Mak kata cuba amalkan sebelum tidur baca surah Al-Fatihah 3x pastu sambung Ayatul-kursi Dan doa tidur..
Urm.. Malam tadi baru aku buat cmtu.. 
Alhamdulilllah, Malam td lena tidur ku... Tapi ada terjaga bangun mau kincing... kemudian sambung lah tidur semula......

-Amin.. Alhamdulillah-



Antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dengan doa ini.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku) 

Keterangan & Petua Beramal

الرؤيا الصالحة من الله والحلم من الشياطين فإذا رأى أحدكم ما يجب
فلا يحدث به إلا من يحب الحديث


Maksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud : “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.

Sekian. 

Wednesday, January 9, 2013

Wordless Wednesday

Mummy on 15weeks... =)
Lokasi: Kedai SUTRA NAQIYYAH @ Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Thursday, January 3, 2013

‎10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU




1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. 

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥ 

dibawa oleh 
Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung .