Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, September 11, 2014

Cirit Birit & Jangkitan ROTAVIRUS.

Bila Adel kene CIRIT BIRIT yang teruk sehingga dia lembik untuk beberapa hari.. Dan apabila ke klinik doctor tahan dia warded untuk check apa yang berlaku. Lalu dah tahu keputusan nya Adel terkena jangkitan ROTAVIRUS.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun.


Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:

Bagaimanakah saya merawat cirit-birit bayi saya?

Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simptom-simptomnya dan mengelakkan daripada ternyahhidrat. Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Anda boleh cuba memberinya beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam.

ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Teruskan memberinya air dan susu badan atau susu formula seperti biasa. Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).
Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir. Dan jangan bawa dia
berenang untuk dua minggu seterusnya.

Adakan bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit?

Ya. Elemen tertentu dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.

Haruskah saya hentikan makanan pepejal?

Tidak. Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya makanan pejal. Jika anak anda berusia enam bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta.

Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi dia minum untuk mengelakkan
nyahhidrat.

Bilakah saya harus menghubungi doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda membuang najis yang cair selama lebih daripada dua hari, jumpalah doktor. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh membawanya kepada doktor atau pakar kanak-kanak jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
  • kulit atau bibir kering;
  • lemah lesu;
  • menangis tanpa air mata;
  • ubun-ubun yang mengecut;
  • tangan dan kaki pucat;
  • air kencing kuning pekat;
  • kurang kencing berbanding biasa.

Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika anak menunjukkan simptom-simptom sekunder, yang agak jarang tetapi perlu diberi perhatian:
  • cirit-birit dan muntah lebih daripada 24 jam;
  • demam lebih daripada 24 jam;
  • enggan minum apa-apa;
  • terdapat darah dalam najisnya;
  • perutnya membuncit.

Bagaimanakah saya dapat melegakan ketidakselesaan bayi saya?

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin kerana mudah untuk punggung bayi menjadipedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah ketidakselesaan jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakinlah bahawa bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa.

Bagaimanakah saya dapat mengelakkan bayi saya mendapat cirit-birit lagi?

Amalan kebersihan yang baik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah dipindahkan daripada tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda bersih-bersih selepas menggunakan tandas atau selepas menukar lampin bayi.
http://www.babycenter.com.my/a1038310/cirit-birit-dan-bayi-anda#ixzz3D1glAeZC

Monday, February 10, 2014

Pertumbuhan gigi bayi anda


Pertumbuhan gigi bayi anda

Pertumbuhan gigi bukan suatu tahap perkembangan yang dicapai oleh bayi sekaligus. Peralihan dari senyuman bergusi ke sebuah mulut penuh dengan gigi adalah perjalanan yang akan mengambil masa tiga tahun pertama anak anda.

Perjalanan itu bermula dari dalam rahim lagi. Ketika anda mengandung, kudup gigi bayi anda telah berkembang. Ini ialah asas bagi gigi bayi (juga dikenali sebagai gigi susu). Kudup-kudup itu akan menembusi permukaan gusi di antara usia tiga bulan dan 12 bulan.

Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang membesar. Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan. Ketika ini jugalah biasanya diet si kecil mula merangkumi makanan pejal.

Apabila dia mencapai usia tiga tahun, dia sudah ada mulut yang dipenuhi gigi yang dia boleh berus (dengan sedikit bantuan daripada anda) – satu langkah asas ke alam penjagaan diri.

Bila pertumbuhan gigi berkembang

Satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua! Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam atau tujuh bulan. Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi, puncak putih (biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga, sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun.

Gigi yang terakhir (gigi geraham kedua, terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua.

Pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi.

Bagaimana ia berkembang

Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.

Anda mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraannya, bayi anda akan mula menggigit, tetapi bukan kerana marah atau bersikap ganas. Berikanlah sesuatu untuk digigitnya atau gosok gusinya dengan jari anda untuk membantunya mengurangkan kesakitan.

Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar.

Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor.

Untuk mereka yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang tidak menyakitkan. Satu minggu bayi anda tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. Raikanlah gigi pertamanya dengan menangkap banyak gambar, dan catatkan tarikh ketibaannya di dalam buku bayi anda.

Gigi tumbuh dengan berturut-turut, mula-mula yang di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga.

Apakah perkembangan seterusnya?

Gigi bayi tidak akan tercabut sehingga gigi tetap anak anda sudah bersedia untuk tumbuh, iaitu sekitar usia enam tahun.

Bagaimana anda boleh membantu

Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula.

Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.

Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam, atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap jangkitan telinga atau penyakit lain.

Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.

Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.

Semak dengan doktor atau doktor gigi sama ada anda perlu memberikan anak anda fluorida (titis pembasmi kaviti ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan fluorida).

Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ini adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.

Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, cubalah jenama yang lain, ataupun lupakannya sama sekali. Anda tidak memerlukan ubat gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus elakkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, misalnya semasa di majlis hari jadi, pastikan dia memberus giginya sejurus selepas makan, atau galakan dia mengakhiri hidangannya dengan makanan masin seperti sekeping keju.

Sekitar hari jadinya yang ketiga, buat temu janji dengan doktor gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi.

Bila anda harus bimbang

Bayi pramatang mungkin akan mendapat gigi mereka lewat beberapa bulan. Jika anda masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi pada penghujung tahun pertamanya, bangkitkan perkara ini semasa pemeriksaan doktor yang akan datang.

Jika anak anda ada semua tanda-tanda pertumbuhan gigi – air liur meleleh, gusi bengkak – tetapi kelihatan dalam kesakitan yang melampau (tangisan yang tidak dapat diredakan adalah petunjuk yang utama), jumpa doktor anda. Pertumbuhan gigi tidak harus menyiksakan seorang bayi.
Yeay! Dedel dh tumbuh gigi!!
sebab dh ada gigi dedel suka main puting cmni.. nyut..nyut.... hihi


Hello shumer...! Ada nampak x gigi dedel tu nk naik dh.. dedel suka gigit jari ummi skang.. hihihi

Thursday, November 28, 2013

Nursing Room / Changing Room At Shopping Mall

Semenjak ada baby macam2 aku belajar.. And since aku still BF anak aku till now kalau nak pergi jalan mane2 shopping mall aku mesti akan search dulu mane tmpt nursing room utk aku susukan anak aku..
Shopping mall yang selalu aku pergi Mid Valley, The Gardens, KLCC, Pavillion, IKEA, Alamanda, The Mines..
Jom Baca My experience:-



--------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Mid Valley - Nursing room dia kt dalam JUSCO. Kalau korang masuk jusco cari bahagian Children & Kids nursing room ada sekitar situ sahaja.

2. The Gardens - Nursing room dia dalam Isetan ada di bahagian children 2nd floor kt belakang jual2 stroller.. 

3. KLCC - Nursing room dia ada 2tempat.
i) Dekat Isetan, Parkson Grand dan Mothercare di Aras 2.
ii) Dekat Concourse Level (level POPCORN GARRET)- Aku suka giler nursing room dia lengkap ada playground kecik, tempat susukan baby pon selesa sofa best.. hahha And tempat tukar pampers seperti biasa.

4. Pavillion - Nursing Room dia dekat every each dekat dengan toilet L/P. Ok gak. Ada sofa, tirai langsir & changing mattress.

5. IKEA - i) Sebelah dekat dengan cafe makan tu ii)dekat dengan toilet bawah.

6. Alamanda - Dekat level MPH dekat toilet L&P. (dulu surau dekat situ skang buat nursing room baby)

7. The Mines - Dekat dengan Toilet jugak sebelah WATSON..

Itu saje yang selalu aku pergi. harap dapat jadi rujukan korang. Sekian.

Friday, October 18, 2013

Info: Breastfeeding while sick with Diarrhea.

Ibu-ibu yang kena cirit-birit jangan risau ye. 
Ibu-ibu semua memang kuat!
 
Breastfeeding while sick with Diarrhea
Diarrhea atau cirit birit adalah pengalaman biasa yang dialami oleh semua orang termasuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Ibu semestinya akan risau jika bayi akan dijangkiti, namun menyusukan anak semasa ibu mengalami cirit-birit adalah selamat. Biasanya cirit-birit akan mula reda selepas beberapa hari dengan penjagaan yang betul.

Ibu adalah selamat untuk menyusukan bayi sepanjang mengalami cirit-birit. Ini kerana badan ibu akan menghasilkan antibodi yang kuat untuk melawan virus tersebut, dan dengan menyusukan bayi, antibodi tersebut akan dipindahkan ke badan bayi.

Antara yang ibu boleh buat jika ibu mengalami cirit-birit adalah:

1. Teruskan penyusuan seperti biasa, penghasilan susu mungkin akan berkurang dari biasa; untuk itu kerapkan menyusu atau mengepam atau boleh berikan bayi hasil perahan susu ibu simpanan anda.

2. Banyakkan minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Tips; minum segelas air setiap kali selepas sesi ke tandas. Ini dapat menggantikan semula air yang hilang dari badan.

3. Ambil makanan yang lembut dan ringan seperti bubur, roti, oat atau buah-buahan yang dikisar. Apabila simptom telah berkurangan, ibu boleh kembali ke diet yang biasa ibu.

4. Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap; sejam sekali untuk membantu ibu mendapatkan tenaga dan mengelakkan stress kepada perut dan usus.
 
 
(Sumber : FB PumpOnTheGo.)