Ibu-ibu semua memang kuat!
Breastfeeding while sick with Diarrhea
Diarrhea atau cirit birit adalah pengalaman biasa yang dialami oleh
semua orang termasuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Ibu semestinya akan
risau jika bayi akan dijangkiti, namun menyusukan anak semasa ibu
mengalami cirit-birit adalah selamat. Biasanya cirit-birit akan mula
reda selepas beberapa hari dengan penjagaan yang betul.
Ibu adalah selamat untuk menyusukan bayi sepanjang mengalami cirit-birit. Ini kerana badan ibu akan menghasilkan antibodi yang kuat untuk melawan virus tersebut, dan dengan menyusukan bayi, antibodi tersebut akan dipindahkan ke badan bayi.
Antara yang ibu boleh buat jika ibu mengalami cirit-birit adalah:
1. Teruskan penyusuan seperti biasa, penghasilan susu mungkin akan berkurang dari biasa; untuk itu kerapkan menyusu atau mengepam atau boleh berikan bayi hasil perahan susu ibu simpanan anda.
2. Banyakkan minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Tips; minum segelas air setiap kali selepas sesi ke tandas. Ini dapat menggantikan semula air yang hilang dari badan.
3. Ambil makanan yang lembut dan ringan seperti bubur, roti, oat atau buah-buahan yang dikisar. Apabila simptom telah berkurangan, ibu boleh kembali ke diet yang biasa ibu.
4. Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap; sejam sekali untuk membantu ibu mendapatkan tenaga dan mengelakkan stress kepada perut dan usus.

(Sumber : FB PumpOnTheGo.)
No comments:
Post a Comment