Showing posts with label Noor Adelia. Show all posts
Showing posts with label Noor Adelia. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

My Little Angel.. (1y6m)


susa nk selfie dgn anak ummi ni skang...
Belajar benda baru.. 
Suka explore benda baru....
Sungguh manja...... Bijak.. Bijak....
Bergaya no.1.. Hahahha


Bulan 12 ni Adel masuk 1tahun6bulan. Makin besar, makin berat skang, makin bijak, makin banyak gigi, makin, potpet potpet, makin kuat makan......
Semoga anak ummi sihat selalu yer sayang.. Minta dijauhkan dari segala keburukan ya.. Amin...

Thursday, September 11, 2014

Cirit Birit & Jangkitan ROTAVIRUS.

Bila Adel kene CIRIT BIRIT yang teruk sehingga dia lembik untuk beberapa hari.. Dan apabila ke klinik doctor tahan dia warded untuk check apa yang berlaku. Lalu dah tahu keputusan nya Adel terkena jangkitan ROTAVIRUS.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun.


Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:

Bagaimanakah saya merawat cirit-birit bayi saya?

Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simptom-simptomnya dan mengelakkan daripada ternyahhidrat. Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Anda boleh cuba memberinya beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam.

ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Teruskan memberinya air dan susu badan atau susu formula seperti biasa. Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).
Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir. Dan jangan bawa dia
berenang untuk dua minggu seterusnya.

Adakan bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit?

Ya. Elemen tertentu dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.

Haruskah saya hentikan makanan pepejal?

Tidak. Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya makanan pejal. Jika anak anda berusia enam bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta.

Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi dia minum untuk mengelakkan
nyahhidrat.

Bilakah saya harus menghubungi doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda membuang najis yang cair selama lebih daripada dua hari, jumpalah doktor. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh membawanya kepada doktor atau pakar kanak-kanak jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
  • kulit atau bibir kering;
  • lemah lesu;
  • menangis tanpa air mata;
  • ubun-ubun yang mengecut;
  • tangan dan kaki pucat;
  • air kencing kuning pekat;
  • kurang kencing berbanding biasa.

Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika anak menunjukkan simptom-simptom sekunder, yang agak jarang tetapi perlu diberi perhatian:
  • cirit-birit dan muntah lebih daripada 24 jam;
  • demam lebih daripada 24 jam;
  • enggan minum apa-apa;
  • terdapat darah dalam najisnya;
  • perutnya membuncit.

Bagaimanakah saya dapat melegakan ketidakselesaan bayi saya?

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin kerana mudah untuk punggung bayi menjadipedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah ketidakselesaan jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakinlah bahawa bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa.

Bagaimanakah saya dapat mengelakkan bayi saya mendapat cirit-birit lagi?

Amalan kebersihan yang baik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah dipindahkan daripada tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda bersih-bersih selepas menggunakan tandas atau selepas menukar lampin bayi.
http://www.babycenter.com.my/a1038310/cirit-birit-dan-bayi-anda#ixzz3D1glAeZC

Wednesday, August 20, 2014

Live update: Adel warded.. 20082014

Berkampung di Hospital Islam Az-Zahrah.
Adel dh 5hari ciri birit sejak ari jumaat sampai skang. Mmg xkerap dia cirit birit tp bila kene cirit birit najis dia hanya kuar mcm air tu.. kesia sgt.. dah la cirit birit perut kembung plak tu.. Haish.. Kesian anak ummi...

Friday, August 8, 2014

Akhirnya pecah gak rekod 'admitted'

Kisah berlaku minggu lepas bila Adelia ken admitted hospital di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah sebab demam terlalu panas+tonsil bengkak bernanah.. Aduhai anak...  Dari jumaat 4/7 tu masa lepas aku ambil Adelia dari School dia aku dh rasa panas badan dia.. Lepas tu aku ikot Aboy pergi kedai jaga kedai kejap masa tu pon aku rasa lagi panas badan dia..


Balik dari kedai aku cek temperature dia 37.8darjah celcius. Wohooo .. demam lah anak aku.. aku bagi makan ubat demam bukak baju dia bagai lap2 badan dia lepas tu basahkan rambut dia aku lumur dengan air daun bunga raya... sampai pukul12 tu aku cek dh turun suhu bdan dia.. Tapi aku continue bg ubat demam..


Keesokan pagi sabtu tu aku cek lagi suhu Adelia tengok2 panas lagi.. So aku pon siap2 terus ke Klinik Azzahrah... Lame jugak menunggu sampai giliran aku masuk bilik doc then doc cek batuk selsema Adelia sgt worse dan doc suggest amek Nebulizer (NEB). Ingat takde la dia kene neb tengok2 kene jugak.. Demam masih tinggi sampai 39.3 masa kt klinik dan doc masukkan ubat bontot.


Aku Tanya doc tekak dia merah ke x. xde bg ubat antibiotic ke doc jawab" tekak dia merah je xputih lagi".. (WTF sgt jawpan doc tu). So balik rumah continue mkn ubat, lap2 badan Adelia.. Time bagi makan & minum susu Adelia dh refuse xnak makan dan minum.. Aduhai.. berlarutan sampai ke malam... Cek lagi suhu masih tinggi sampai 38.9 terus aku masukkan ubat bontot lagi.. dalam 3/4jam demam dah kebah Adelia pon boleh tidur. Waktu pukul 12mlam tu aku nak tidur tengok Adelia dah mengigil 1badan.. ALLAH!! kenapa pulak anak aku ni.. Cek sushu xdemam tapi mengigil.. Terus aku selimut dia xsampai 10minit demam dia dah tinggi sampai 39.5darjah celcius.. Ya Allah.. Aboy panggil MIL & SIL ajak ke Klinik.. Terus kami semua ke hospital Azzharah...


Sampai kt hospital terus ke bahagian kecemasan sebab badan Adelia panas sangat. Nurse cek suh mandikan kesian menggigil menangis tunggu beberapa minit tengok cek balik masih tinggi nurse suro mandikan kali ke-2.. nurse & doc cuba nk cucuk jarum nk amek draah Adelia tp xdapat katanya badan terlalu panas sampai xnampak urat nk cucuk jarum,.. Aku pulak ngeri sekejap tengok diorg buat anak aku cucuk tangan lah kaki lah.... Aduhai... kesian anak aku.. :-(
Kemudian doctor suggest Adelia for admitted dan tunggu PAKAR pulak.. Aduhai... Dugaan sungguh.. So, masa tu dah pukul 3pagi ok.. nak xnak kami pon check in lah HOSPITAL AZ-ZAHRAH.. So, pecahlah rekod terpaksa "ADMITTED' AKHIRNYA...... Masa ni Adelia dah dapat tidur setelah xdpt tidur nyenyak. lembik badan dia.. dehydrated sbb xmkn & minum...


Keesokkan paginya aku tunggu Doc PAKAR Dr. NIK... Dia sampai je cek mulut Adelia lepas tu Dr NIK cakap tonsil bengkak bernanah.. ADUHAI.. Sadissss nya dengar... lepas tu Dr panggil untuk amek darah.. menangis lagi lah anak aku kene cucuk 3/4 kt kaki & tangan sebab cucuk2 darah xde and last2 kt kaki baru dapat.. Haiiiiiisssssh laaa.... Selepas dh ambil darah kemudian balik bilik nk rehat kan Adelia nurse datang nk masuk air pulak.. 2pine gak air masuk kt Adelia.. so nurse pantau je lah dia..  Tengahari tu family2 aku pon dtg melawat Adelia.. Berkampung lah aku dan Aboy 2hari di hospital.. Esoknya demam Adelia pon dh surut.. Xdemam.. Just kene abiskan Antibiotic aku mintak discharged sebab boring sangat kt bilik.. Hahaha. So maka dengan itu baliklah kami ke rumah..
Adelia kene abiskan Antibiotic sampai Hari Jumaat. Follow up check up Isnin lepas 14/7 Dr NIK kata semua dah ok. cume Adelia ada batuk2 sikit2.... Itu saje untuk entry ini...

Still active walaupon demam kaki tu sakit tu kene cucuk amek darah...

Masa mula2 dapat cucuk amek darah.. kt kaki baru dapat ...

Nurse Az-Zahrah

keboringan.. Dia nak dengan ayah dia je..

Selepas dapat bilik masa ni kul4am...
 
cian anak ummi....

Atok datang!!! lawat adel.. suka sangat dengan atok Din.. Manja.. tu bg mainan makan pen. sabo je lah anak.....


Ok.. ini saje entry kali ini... Daaa.....





Friday, June 27, 2014

Noor Adelia Turn's One

26/6/2014 genap lah setahun umur anakku Noor Adelia..

Sekarang Adelia dh pandai nak mula berjalan. cuma kita kene pegang dia lagik la.. kira tateh gitu..
Sekejap masa berlalu setahun sudah Adelia..
MAcam-macam yang dilalui. Ini kerana Adelia sering sakit, demam.. Biasalah, kata orang itu sebab proses nk besar gitu..

Macam2 peel nya.. aku dan suami setia melayan kerenah dia. Gigi dh banyak tumbuh.. gigi atas ada 4btg dah tumbuh.. bawah baru 2batang.. bercakap belum lagi... Setiap budak lain2 perkembangannya.. JADI TOLONG JANGAN SAMAKAN ANAK ANDA DENGAN ANAK SAYA.

Sejak Adelia 2bulan aku dah hantar dia ke pengasuh. Alhamdulillah xde masalah.. cuma BIASA lah bila di tinggal dengan pengasuh jugak Adelia sering selsema. Well, pengasuh jaga bukan takat Adelia saje tapi ada lagi anak kecil yg lain.

Bagi aku ini lah dugaan untuk membesarkan anak. Cuma ni dia sudah setahun aku berharap dia akan sihat selalu.. sihat tubuh badan dr mcm2 penyakit....  AMIN..

Semalam Adelia cucuk untuk setahun di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Budak yg baik sebab menangis sikit saja... Hihi.. Good Girl Adelia... So, lepas dar klinik aku terus ke rumah mak di KDABB. Bagi Adelia tidur sebab bangun pagi awal sampaim kul2 ptg tu dia xtdo lagi... Sampai rumah mak terus masuk buaian terus tidur... Hihi..

Aku pulak meneruskan usaha nak cari hadiah untuk anak tersayang ni... dan dah jumpa!! Nak tahu ape???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 
Tadaaaaaaa.... Comel x shaye bersama hadiah saya!!
 
 
 
 
Lepas dapat hadiah. Adelia sangat EXCITED dapat basikal.. Lepas ni bole lah bawak Adelia jenjalan naik basikal kannnnnnnn... Ok.. Sesi untuk tipu lilin & potong kek!!! I OLLS BUAT KECIL2LAN SAJA....
Jom layan gambo je lah yer...
 
Kek for birthday girl.

Muka Adelia excited ke apa sebenarnya ni???

Puhhhhh.. Ummi tolong tiupkan ok! Hihihi

Look at her face like she's so excited to touch the cake.. Hahahaha

Simple2 aja... (lepas raya aku repeat besar-besaran)

With her atok suap2 time...
 
her cute face always makes me melt...

With her  nenek.. Nenek layan princess...
 
Happy Birthday My Princess Noor Adelia Binti Muhammad Azizi.. Semoga jadi anak solehah ya anakku saying....


Ok. Sekian..



(P/S: Oh selamat berpuasa kepada muslimin & muslimat sekalian...)
 
 

Thursday, December 26, 2013

Monday, November 4, 2013

Keperluan yang perlu ada jika anak anda Demam,Selsema, Batuk.

Minggu lepas Adelia xbrapa sihat.. Dengan demam.. Selsema..  & batuk kahak lagik...
Kecian tgk anak kecil baby2 ni bila sakit.. lagik2 kalau kene batuk selsema.. alahai... kecian kalau kahak byk cmne la si kecil nk btau kan tekak xselesa ke kan kan kan...

Ini aku punya tips sendiri cmne aku nk handle kalau anak2 sakit:-
1. Thermometer (aku pakai jenama ni rasa beli RM250 cmtu.. Tapi bole je beli ape2 jenis yang ada kt farmasi tu)

2. Cool Fever (kene spare kt rumah takot malam2 cek temp anak tggi ada nk tepek la kt dahi anak kan..)

3. baby vicks ni.. elok xpanas sgt cm vicks yg biasa tu.. nk pkai yg vicks biasa tu pon bole jugak.. sapu la sikit2..

4. Minyak yuyi.. same je cm vicks utk sapu kt dada & belakang baby.. tapak kaki & betis baby pon sapu  jugak..

5. Yang ini aku rasa utk baby yang alami selsema sampai tersumbat hidung tu patut ada ni. penyedut hingus.. sangat bagus.. ada jenis pam jugak tapi aku prefer ni.. Aku beli kat kedai baby kt SERI BANGI name KASEH IBU.
Setakat ni aku rasa semua benda ni sgt penting.. Kalau dh teruk / memudaratkan sila ke hospital dengan segera ya ibu2..

(Gambar 1) - hari khamis (Gambar 2) - hari isnin (Gambar 3) - Adel kene amek neb sobbbss :'( (Gambar 4) - Baru lepas muntah 3x.. kecian anak ummi....

Friday, August 23, 2013

2Month

Salam..
Untuk Check up 2bulan ni adelia kene cucuk skali..
Nurse kata kali ni mesti demam kalau x demam badan xselesa mungkin anak akan meragam..
Sebelum check up Adelia kene timbang, ukur panjang badan, ukur lilit kepala...

Berat: 4.8kg , Panjang: 54cm, Ukur lilit kepala: 36cm, BMI utk umur: 16.4 (semua OK nurse kata.. normal)

Ni lepas balik dr Klinik... Letih + Ngantok + sakit kene cucuk . cian anak ummi.. (kene cucuk nangis sikit je.. strong girl betul)

Ni muka dh bangun setelah beberapa jam tidur... Gembira as usual la kann.. that's my princess!!

(p/s: aduhai.. next monday 26/6 dh naik kerja.. )

Tuesday, July 16, 2013

Noor Adelia hari ke-20

Semalam baby adel timbang.. Now berat baby adel dh cecah 3.8kg..
Fuyyyoooo... Patut la lenguh tgn masa nyusukan baby adel... Hihihi

Friday, July 12, 2013

Welcome to the World

Tanggal 26 Jun 2013, Jam 1140pagi lahir lah puteri kami seberat 2.8kg...
Dan kami beri nama puteri kami Noor Adelia Binti Muhammad Azizi.