Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

Resepi: Kuih Keria


Bahan-bahan:-
2 biji keledek(keledek oren sedap)
2 sudu gula halus/pasir
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam

Sira gula:-
4 sudu besar gula
1/2 cawan air masak

Cara-caranya:-
1. Rebus keledek sehingga empuk.. Lembut.... Camput garam sedikit..
2. Dh lembut lenyek2kan keledek campur gula 2sudu td...
3. Campur pula tepung gandum.(ayak dulu tepung)
4. Uli2 bg rata.. Kalo lembik melekat tu ok la tu tp jgn terlalu lembik jgn pula terlalu keras..
5. Buat mcm gelang tu.. Lubang tgh2. Pastu goreng la..
6. Sira gula tu. Gula dan air masak ia sehingga likat pekat lepas tu gaulkan kuih yg dh digoreng tu.
7. Sedia hidang mkn panas2. Huhuhu

Selamat mencuba..

(P/S: ini kuih faberet ayah kesayangan ku)

Tuesday, August 7, 2012

Resepi: Air Asam


Menu berbuka ramadhan ke-14
Published with Blogger-droid v2.0.6




Resepi Air Asam (Sumber: http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/search/label/air%20asam)

Bahan2 di hiris :
~ 2 biji tomato.. di buang biji dalamnya kemudian di hiris atau di dadu.. ikut suka korang le..
~ 2 bawang merah di hiris nipis
~ daun ketumbar di racik2 halus/ kasar.. ikut suka korang
~ cili api kalau nak tambah lebih pedas..

Bahan di kisar :
~ 300 ml air asam jawa ( asam jawa aku ambik 2 sudu besar di gaul dgn air.. ambik air dia sahaja.. biji2 dan sampah sarap dia buang ye.. hehehe)
~ 1 sudu besar sos cili
~ 1 sudu besar sos tomato
~ 1 sudu kecik gula
~ secubit garam
~ 2 biji cili merah
~ 5 biji cili api.. kalau nak pedas tambah le lg

Cara2nya :
~ blend je semua bahan kisar tersebut.. lepas tu tuang dlm mangkuk.. campurkan dgn semua bhn2 yg di hiris tadi.. siapppp..!! mudah je kannn...



Selamat mencuba :)