Assalammualaikum w.b.t.....
Lame dah x masak-masak... Semalam tetiba rajin tekak rasa nk mkn bubur kacang hijau plak..
Lepas balik joging aku g pasar jap beli Santan & gula melaka..
Ok.. Jom kita tgk cara aku buat bubur kacang hijau..
(PALING SIMPLE & SENANG U OLLSSSSSSS)
Bahan-bahan yg sgt senang.... |
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 helai daun pandan, disimpul
1 liter santan
Air jika perlu
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/3 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1/4 camca teh garam
Gula pasir jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Rebus kacang hijau hingga kembang. Masukkan air gula merah dan sedikit air jika perlu. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan daun pandan.
2. Tuang santan dan 1/4 camca teh garam. Kacau dan masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalu. Rasa dan jika kurang manis anda boleh tambah gula secukup rasa, tapi seelok2nya biar lah manis sederhana sahaja. Boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau biskut krim kraker jika suka.
**Cicah dengan roti lagik sedap... Kenyang makan berkeping2 roti cicah bubur kacang i olls...
**Buat eskem Malaysia yg panjang2 tu sedapppp jugak.. Tapi plastiknya xde kalau x aku dh buat eskem ni... Hihihi
Rebus bagi Kembang & Lembut kacang hijau.. |
Tadaaaaa.. Dah siap!!! Mak aku cakap sedap. Lulus!! |
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment