Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada anak saya gembira?
Dalam tempoh enam bulan pertama kehidupannya, bayi anda akan menjadi sangat mahir tentang memberitahu anda jika ada sesuatu yang membuatnya gembira atau mengganggunya. Mukanya akan bersinar dengan senyuman ketika anda masuk ke dalam bilik dan dia akan meraung jika seseorang mengambil mainan kegemarannya. Dia akan beralih daripada bersenyum kepada menangis, dan kembali semula dengan cepat secara tidak dapat dijangkakan.Cuba jangan bimbang sangat jika bayi anda kelihatan seperti dia menghabiskan lebih banyak masa meraung daripada ketawa ceria. Ini disebabkan bayi pada peringkat awal lebih cenderung mengalami kesusahan daripada kebahagiaan. Tangisan dan ekspresi muka sedih adalah satu sahaja cara bayi dapat berkomunikasi dengan anda. Ini memberitahu anda yang lampin bayi anda itu sudah kotor, dia lapar atau dalam kesakitan.
Apabila anak anda membesar, dia akan dapat menyampaikan perasaannya dengan lebih mudah dengan kata-kata dan bahasa gerak-geri badan.
Bagaimana saya boleh pastikan dia berseronok?
Walaupun mainan gantungan yang berwarna-warni untuk katil bayi dan gimnasium bayi boleh mendatangkan senyuman baginya, apa yang membuat bayi anda gembira adalah lebih mudah: anda sendiri. Jalinkan hubungan dengan bayi anda dengan permainan dan bermain-main, sebab jika anda seronok, dia juga seronok!Bermain juga satu cara yang baik untuk anak anda membangunkan kemahiran yang akan menjadi penting untuk kebahagiaannya pada masa depan. Apabila dia membesar, permainan yang tidak berstruktur akan membantunya menentukan apakah kehidupan yang dia mahukan di zaman dewasa. Mainan membina rumah dengan blok, bereksperimen di dapur mainan dia dan menghantuk-hantuk kuali dengan sudu semuanya akan dapat menunjukkannya ke arah kerjayanya di masa depan (atau sebaliknya!).
Bagaimana saya boleh membantu dia mengekspresikan perasaan?
Untuk bayi muda, satu-satunya cara yang mereka tahu bagaimana untuk mengekspresikan perasaan ialah melalui tangisan. Tetapi apabila anak anda menjadi lebih besar, anda boleh menggalakkan dia untuk mengenalpasti perasaan dan menyatakannya kepada anda dengan kata-kata. Anak-anak kecil dapat menangkap perkataan-perkataan berhubung emosi-emosi seperti "bahagia" atau "marah" dengan cepat.Pada masa dia masih belum boleh bercakap, anda sudah boleh menunjukkan gambar-gambar ekspresi muka dan bertanya dia yang mana satu menunjukkan apa yang dirasainya.
Ingatlah bahawa adalah perkara biasa untuk anak anda untuk menjadi terlalu sensitif, tak mahu berenggang atau kadangkala gementar. Ini mungkin disebabkan rutinnya telah bertukar atau dia kecewa dengan sesuatu. Ini akan lebih kerap berlaku apabila dia lebih tua. Apabila anak anda merajuk di sudut bilik semasa majlis hari jadi seseorang atau menangis sebab dia tidak dijemput ke sesuatu majlis, jangan menafikan perasaannya itu. Dia perlu tahu bahawa adalah OKEY jika berasa kurang gembira di satu-satu masa, itu adalah sebahagian daripada kehidupan.
Bagaimana saya boleh melindungi anak saya semasa dia kurang gembira?
Sepanjang tahun pertama bayi, dia sedang belajar banyak perkara: bagaimana nak duduk, merangkak, genggam objek, berjalan dan bercakap. Kemahiran-kemahiran ini mengambil masa untuk dibina.Adalah penting bagi anda membiarkannya melakukan kesilapan dalam tempoh itu, sementara menggalakkannya untuk terus mencuba. Dia akan berasa bermacam-macam perasaan, daripada kekecewaan dan juga pada mulanya, kemarahan, terus kepada perasaan kejayaan dan keyakinan apabila dia telah pandai melakukan semua ini dengan baik.
Membenarkan anak anda berasa semua emosi ini akan membantu dia membina daya ketahanan dalam dirinya yang akan membawa kepada kebahagiaan apabila dia meningkat usia lebih tua.
Bagaimana saya boleh membantu anak membesar dan berkembang?
Orang-orang yang paling gembira selalunya adalah orang-orang yang telah menguasai sesuatu kemahiran. Adalah mengambil masa dan memerlukan usaha untuk menjadi benar-benar mahir dalam sesuatu. Oleh itu, apabila anak anda berjaya menulis namanya buat kali pertama, berilah dia banyak pujian. Dia boleh menikmati kejayaannya sebab dia telah bekerja keras untuk mencapaikannya. Beliau juga akan berasa bangga apabila ada orang lain yang mengheboh-hebohkan pencapaiannya.Apa yang lebih penting, dia akan memahami bahawa dia mempunyai sedikit kawalan atas hidupnya. Jika dia memberikan fokus kepada sesuatu, sudah tentu dia akan berjaya. Ini akan terus menjadi faktor penting dalam mencapai kebahagiaan apabila dia dewasa kelak.
Adakah kesihatan beliau mempunyai kesan ke atas kebahagiaan?
Banyak tidur, senaman dan diet yang sihat adalah penting untuk kesejahteraan bagi semua orang, terutama sekali mereka yang masih sedang membesar. Memberi si kecil banyak ruang untuk melepaskan tenaganya akan membantu dia menjadi ceria. Biarkan dia menendang kaki ke atas, merangkak ke arah bola yang tercinta, atau berlari-lari keliling taman.Beri perhatian juga kepada keperluan anak anda untuk ada struktur dalam hidupnya. Walaupun sesetengah bayi dan kanak-kanak mempunyai personaliti senang, kebanyakan mereka lebih cepat berkembang jika mempunyai satu rutin yang tepat.
Adakah anak saya dipengaruhi oleh mud saya?
Ya. Sama ada baik atau buruk, kanak-kanak boleh merasakan mud ibu bapa mereka. Malah, bayi muda meniru gaya emosi ibu bapa mereka. Apabila anda senyum, bayi anda turut senyum dan otaknya "diaturkan" untuk bersenyum.Di masa keluarga masih muda, adalah perkara biasa untuk anda berasa letih dan cemas. Tetapi jika anda selalu mendapati diri anda sentiasa tidak mempu menguruskan hidup atau murung, sudah tiba masanya untuk mendapatkan bantuan.
Bagaimana saya boleh mengajar dia untuk membuat orang lain gembira?
Seawal usia 10 bulan, bayi anda boleh diajar betapa baiknya jika dia membantu orang lain. Jika anda memberinya secubit pisang, biarkan dia juga menyuapkan anda secubit. Tunjukkan dia betapa gembira anda merasakan dengan perbuatannya itu. Jika anda menyikat rambutnya, biarkan dia menyikat rambut anda juga. Detik-detik kecil seperti ini boleh membuatkannya suka berkongsi dan prihatin terhadap orang lain.Apabila bayi menjadi anak kecil, memberikannya kerja-kerja yang mudah, seperti meletakkan pakaian kotor ke dalam bakul kain kotor, boleh membantu dia merasakan bahawa dia membuat sumbangan yang berguna.
(Sumber: babycenter.com)
No comments:
Post a Comment