Tuesday, October 7, 2014

Resepi: Daging Dendeng versi Cik Shyra

Bahan-bahan:-
500g daging
*10 biji bawang merah (nak lebih pun ok)
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar cili giling/serbuk (tambah lagi kalau nak pedas)
2 batang serai (diketuk)
3 sudu besar kicap manis
sedikit pes asam jawa
bunga lawang, kayu manis , cengkih
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Potong daging nipis-nipis dan rebus sehingga empuk. Simpan air rebusan daging.
2. Tumbuk sedikit daging yang telah direbus (jangan sampai hancur).
3. Tumbuk bahan-bahan bertanda * dan perapkan daging sekejap dengan sedikit bahan yang ditumbuk bersama kicap manis atau kicapm pekat pon bole.
4. Goreng danging tadi sehingga garing, angkat dan ketepikan.
5. Guna setengah dari minyak menggoreng daging dan tumis bunga lawang, cengkih dan kayu manis sehingga wangi.
6. Kemudian masukkan dan tumis bahan2 bertanda *. Setelah wangi masukkan pula serbuk cili dan masak sehingga terbit minyak. Tambahkan air rebusan daging sekiranya tumisan kering.
7. Masukkan serai, kicap dan pes asam jawa.
8. Masukkan daging yang digoreng tadi dan gaul kesemua di dalam kuali. Selalu kacau supaya sambalnya tak hangus. Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehinga sambalnya agak2 kering dan boleh diangkat & dihidang.


Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment