Thursday, October 18, 2012

Movie: Aku Terima Nikahnya






aku terima nikahnya Review Filem Aku Terima Nikahnya

filem%2Baku%2Bterima%2Bnikahnya2 Review Filem Aku Terima Nikahnya
 Sinopsis Aku Terima Nikahnya;
Kisah Sepasang kekasih Johan ( AdiPutra ) dan Arlisa ( Nora Danish )  yang disatukan dengan ikatan pernikahan . So, bila dah kawin, melalui detik-detik indah hidup sebagai suami isteri. Tapi satu tragedi berlaku apabila Johan di timpa kemalangan dan disahkan menghadapi Selective Amnesia yang mana Johan hanya ingat perkara yang berlaku ketika dia berusia 31 tahun iaitu 2 tahun sebelum dia mengenali Arlisa.
Aku Terima Nikahnya 06 Review Filem Aku Terima Nikahnya
Johan yang tak ingat langsung dengan Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri . Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha untuk Johan mendapatkan Ingatannya kembali. Perlbagai usaha dan cara yang Arlisa lakukan tapi tidak berhasil. Pertemuan Johan dan Suriya ( Mon Ryanti ) , kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu kerana Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya sebaga isteri kepada Johan.  
Aku Terima Nikahnya 11 Review Filem Aku Terima Nikahnya
Sehingga, suatu hari Arlisa terserempak dengan Johan dan Suriya didalam keadaan mencurigakan. Arlisa sangat kecewa dan berputus asa. Adakah Arlisa akan mengalah ? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali ? Apa akan terjadi dengan perhubungan Johan dan Arlisa ?
Aku Terima Nikahnya 08 Review Filem Aku Terima Nikahnya Review Filem Aku Terima Nikahnya;
Kekuatan filem ni pada aku terletak pada Nora Danish dan jugak Adi Putra. Filem Aku Terima Nikahnya kali ni menampilkan gandingan yang mantap terutama dengan Azizah Mahzan dan jugak Dian P Ramlee. Masa tengok trailer lagi, aku dah eksited menunggu filem ni keluar.
Kalau korang nak tengok filem yang penuh dengan feeling bercinta dan romantik, haaa memang sesuai sebab dari permulaan sampai akhir memang penuh dengan kata – kata. Lebih kurang dengan versi novel gitu. Tapi kalau harapkan jalan cerita macam mana pengakhiran sesebuah novel ha sama jugak dengan filem cinta ni. Ending dia mesti dah boleh tahu dari awal sebab permulaan sampai ending takde apa yang lain sangat. Sama versi dengan filem cinta yang lain.
Apa pun, aku suka dengan lakonan Mon Ryanti kali ni nampak lakonan dia semakin menjadi. Nora Danish dan Adi Putra pun tak kurang hebatnya cuma maybe aku mengharapkan jalan cerita yang tak cliche sangat. Kesan di hati? Huwarghhh Aku telah bergenangkan air mata ku ini......... Apa pun, korang wajib tonton filem ni. Kenapa? Haaaaaaaaa jawapan dia ada kat panggung tuh. Sekian.
P/S: En.laki kata itu pon nk nangis... Eleh... En.laki yang nk sgt tgk movie ni... nk tgk awek dia si Nora Danish tuuuuuuuuuuuuuu.. Pfftttttt~

2 comments: