Aku xsempat nk snap satu2 bahan2 nya... Aku copy sebijik jek dari Kak Ana ni :-
Layannnnnn~
Huduh tapi sedappppppp giler.. Adik2 aku suka =) |
BAHAN-BAHANNYA :
5 batang sosej Ayamas
5 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
2 putih telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti bewarna kuning)
1 kuning telur
Sos kegemaran anda (mat guna sos cili + sedikit mayonnaise)
CARA MEMBUATNYA :
1.Celur sekejap sosej dalam air mendidih, toskan dan biar sejuk. Roti dibuang sedikit bahagian tepi2nya. Kemudian canai sedikit biar sama saiz dengan ukuran sosej. Buat hingga siap.
2.Ambil sekeping roti, letak sebatang sosej dan gulung ketat. Sapu kuning telur pada hujung roti dan gulung hingga melekat. Buat hingga siap.
3.Celup sosej roll tadi dalam putih telur, golekkan dalam serbuk roti, kemudian celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti.
Buat hingga siap. Kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda....
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda suka salutan nipis, cukup sekadar mencelup sekali sahaja sosej roll tadi dalam adunan telur dan golekkan dalam serbuk roti.

Semalam aku masak 2 peket sosej ayamas (ayam + daging).. masak byk sbb ramai yg tumpang berbuka kat umah aku..
Roti gardenia yg dah di buang kulit tepi dan dah di canai..

Putih telor..
Bread crumbs atau pun serbuk roti warna kuning..
Bg yg tak tau apa itu serbuk roti, korang boleh carik kat pasaraya atau kedai2 yg ada jual.. dia ada 2 jenis tau (putih dan kuning ).. ambik yg kaler kuning..
Sosej yg dah di balut dgn roti di gam dgn kuning telor kemudian di celup dlm putih telor pastu di golek2 atas serbuk roti.. aku golek 2 kali seperti dlm resepi..