Friday, October 30, 2015

Perginya dia....

Assalammualaikum w.b.t..

Semalam 29/10/2015, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari sepupu aku (Fauzi) dia menyatakan yang adik (Azila) dh xde. Aku jawab jangan lah main-main. lepas dengar nada serius tu aku terus tersentak bertuka nada sedih. Rasa mcm main je aku rasa. sebab aku baru jumpa Azila mggu lepas dekat rumah aku.

Azila meninggal kerana semput. Dan semput itu kerana Azila menghidap Anemia, Animia sejenis penyakit yang kekurangan darah merah. Jika tidak makan ubt or tambah darah muka bdan bole jadi pucat lesi. Ini kerana darah merah membawa oksigen. Dan bila kekurangan darah merah maka oksigen jugak dalam badan berkurangan dan menyebabkan semput ini. Itulah punca nya... Azila lame dh menghidap Anemia.. Sejak kecil lagi.

Azila budak yang baik. Sayang dengan budak2. Dedel tak terkecuali. Azila sgt lembut orangnya.. Sekarang Azila dah jadi anak SYURGA. Azila menanti mama di sana ya.. Kak Noi harap Azila gembira disana. Kak Noi akan ingat Azila selalu. Azila ingat tak Kak Noi wassap Azila ucapan Hari Jadi Azila Aritu? Kak Noi nak Azila jadi anak yang solehah dan jangan sia-siakan hidup Azila. Tak sangka ucapan tu last dari Kak Noi utk Azila..

Azila, Moga zila tenang disana ya. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Al-Fatihah.. Azilah Binti Anuar.. 2002-2015... =(

Monday, October 26, 2015

Apa itu TANTRUM

TANTRUM = MENGAMUK bg kanak-kanak.

=========================================================
Situasi 1 
Pernah ke tak anak-anak korang berenang-renang dekat lantai kalau apa yang dia orang nak tak dapat??
Memandang anak aku sekarang usianya 2tahun lebih sekarang itulah perkara paling suka dia buat.
Bila dekat shopping mall. Walau dah aku jegilkan mata aku ni.. dia static je berenang-renang dekat lantai tuh... Itu lah TANTRUM.

Situasi 2
-Kalau dekat kedai makan / restoran kan.. kalau dia tgh main sudu ke garfu ke lepas tu dia ketuk2 meja sampai bingit telinga ni lepas tu aku amek dan sorokkan sudu dan garfu mula lah dia akan menjerittttttt pukul2 aku sebab tak dapat buat apa dia nak. Itu la TANTRUM.

Situasi 3 (Bukan pengalaman aku lg)
-Kalau kejut bangun pagi nak pergi sekolah. kejut suro mandi lpas tu dan start hentak2 kaki mandi sambil menangis. Bila dh sampai sekolah xnak masuk hentak2 kaki jerit xnak pergi sekolah.. Itu lah Tantrum..

Situasi di atas semua parents mesti pernah rasa.. Aku pon rasa cuma skarang bila Adel makin membesar ni takkan tiap kali tantrum nk kene jegil mata or marah2 kan.. Aku masih belajar untuk mencari solution untuk anak2 yang TANTRUM ni..

Hal-hal seperti perlu atasi secara psiko.  Aku nak kongsi beberapa tips yang boleh kita atasi bila anak TANTRUM ni..

1. Cuba memahami apa yang anak kita mahu - cuba tanya apa yang anak kita mahu kemudian kita kene pastikan apa yang dia mahu itu tuntutan atau keinginan. Contoh tuntutan mcm makan mungkin anak kita lapar belum makan jadi itu yang dia mengamuk. Contoh keinginan mcm mainan setiap kali kemana saje hendak mainan itu yang perlu kita elakkan.

2. Berikan Time-out - Bila anak kita suda agak agresif campak2 barang kan. mcm botol susu la mainan lah cuba tenangkan dia contoh macam beritau dia kalau campak botol nanti rosak xde botol mcm mana nk hisap susu? kemudian biar seketika bg dia tenang.

3. Peluk anak jika Time-out tidak berhasil - Kalau ikotkan aku, aku akan terus angkat anak aku dan terus dukung peluk dia, pujuk lagi supaya dia berhenti menangis dan cuba tenang kan dia lagi..

4. Hiraukan seketika & Abaikan tangisan - Ini bukan nak biarkan macam kita ibu bapa yang kejam cuma kadang2 anak2 ni dia kan sengaja berlakon jek menangis bila kehendak dia tak di turuti.


5. Konsisten dengan keputusan - Kalau aku memang sedaya upaya aku xnk layan sgt kehendak anak aku mcam contoh bila dia nak belon. padahal dh ada berlambak dekat rumah tp nk jugak belon yang sama. Aku tetap kata xbole. No means No! *kadang cair gak beli jugak

Ini 5 tips yang aku buat dekat anak aku. Tak semua menjadi tapi at least aku cuba jugak mengatasi nya. Korang pon bole cuba jugak. :)


Sekian.

Arini Adelia 2tahun4bulan (26/10/2015)

Tuesday, October 13, 2015

Resepi: Kek Pandan

Seminggu sebelum puasa memang aku dah janji dengan mak aku nk buat kek. So puas fikir nak buat kek ape jenggggg... Ting! Ting! Kek Pandan!!!! So bahan2 semua dh mmg dh ada. Daun pandan pulak ambil belakang rumah je......  hehehe 
Ok Jom. Aku kongsi resepi aku. Resepi ni aku google byk resepi dan aku olah sendiri je... 


Resepi: Kek Pandan

250g Planta / Mentega
4 Biji Telur Ayam
1cawan Gula kastor
1sudu esen vanilla
11/2cawan Tepung Gandum
2sudu Baking Powder
4helai Daun Pandan dikisar dengan 100ml air di tapis .
Pewarna hijau pandan.


Cara-cara:-
1. Pukul planta bersama gula. pukul sehingga kembang. kemudian masukkan telur + esen vanilla. pukul lagi.
2. Kemudian masukkan tepung + baking powder. pukul lagi. 
3. Masukkan air pandan bersama pewarna pandan pukul lagi.
4. Panaskan oven 10minit 170darjah celcius.
5. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah di sapu mentega / lapik kertas baking.
6. Masuk dalam oven selama 60minit dengan suhu 170darjah celcius.
7. Dh masak sejukkan dan bole dihias dengan butter cream / dihidang bersama air teh minum petang.



Selamat mencuba!