Friday, October 24, 2014

Resepi: Cream Puff Cik Shyra

Resepi: Cream Puff

Bahan-Bahan Untuk puff
1cawan Marjerin/Planta
11/2cawan air
11/2cawan tepung gandum
2sudu baking powder
5biji telur
1sudu esen vanilla
garam secubit. 

Cara membuat:-
1. Marjerin + air dimasak sehingga sebati dgn api yang perlahan. Kemudian masukkan Tepung + baking powder + garam sedikit.
2. Angkat sejukkan adunan.. (kene sejuk betul2) dah sejuk masukkan telur satu persatu. xbole masuk waktu panas-panas takot telur masak xjadik la wey puff nya..
3. Masukkan esen vanilla... gaul sebati....
4. Panaskan oven dahulu. kemudian adunan masuk dalam plastik piping mcm gamba dibawah ni... Piping kene meninggi jangan meleper nanti xjadi xbole nk masukkan filingnya..
5. Masak api 150'darjah selama 20minit.. kalo bole api atas bawah ya. supaya masak sekata...
6. Dah masak tggu sejukk ya.. Potong bahagian tengah puff untuk masukkan kastard filing.  Mari buat Kastard filing nya...

Bahan untuk kastard filingnya:-
11/2 cawan tepung kastard
2cawan air
1sudu marjerin
1cawan gula castor
1cawan susu cair
1biji telur
1sudu esen vanila

Cara membuat:-
1. Air + tepung kastard di masak dahulu sehingga larut. 
2. Masukkan gula . Telur + susu cair pukul bersama dahulu. Kemudian masukkan dalam kastard tadi..
3. Masukkan esen vanila. Kacau sehingga pekat likat. dalam 15minit. Api slow ya.. Tunggu sejuk masuk kastrd dalam piping dan piping ke tengah pudd tadi. Ok. bole hidangkan.....


Sebelum masuk Oven.

Selepas dibakar.

Tadaaaa.. Dah siap letak kastard filing/

Tuesday, October 21, 2014

Makan-Makan: Dip n Dip @ Bangsar

Menu Pencuci Mulut. Richy Chocolate nyummmmm...
Ini je bole makan sbb muak makan chocolate banyak2... Hahahaha...
(DipnDip Stick, dipnDip Freezy, Brownies Crepe)



Address nya :-
  1. Bangsar Jalan Telawi 3, 
  2. Kuala Lumpur, 59100

Wednesday, October 15, 2014

Resepi : Pajri Nenas ke Nanas

Lame dah entri ni...
Aku suka makan nanas. FIL pon penggemar nanas.. hahaha..
Dari masa bujang sampai skang xpernah xsuka nanas. Haha
So, dulu sblm kawin lagi aku selalu masak ni kt umah sebab family aku mmg penggemar masakan ni..
Resepi ni mak aku yang ajar..


RESEPI PAJRI NENAS:- 
Bahan-bahan
Buah nenas 1biji (dipotong ikot citarasa anda..)
**Udang kering (rendam dahulu)
**Bawang Besar (1biji)/ bawang merah(5bijikecik)
**Bawang putih 2ulas
**Halia 1inci
Serai sebatang (diketuk je)
Serbuk kari 4sudu+serbuk cili 2sudu(gaul dgn air)
Kerisik 3sudu
Santan 1biji kelapa.
Bunga lawang & Kulit kayu manis.

Cara memasak:
1. Tumbuk bahan bertanda **. Kemudian tumis bunga lawang & kulit kayu manis &serai dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
2. kemudian masukkan serbuk kari + serbuk cili yg telah digaul dgn air td. 
tumis sehingga naik minyak. 
3. Masukkan nanas yang dh dipotong tadi. letak air sedikit. biarkan seketika sehingga nanas lembut. Tambah gula sedikit takot nanas anda masammmmm... 
4. setelah nanas lembut masukkan kerisik kacau-kacau dan masukkan santan... kacau dengan api yang perlahan ya..  tambah garam ikot rasa lidah anda ya.
5. Dah rasa menggelegak dan rasa dh ok. angkat la.. Bole hidang makan dgn nasi panans dan ikan masin.. Hahahhaa.. 


Selamat mencuba!!!
Ini lah hasilnyaaaa.... :)

Universal Studio Singapore (USS) Trip

Minggu lepas aku g trip ke USS. Office trip. Layan Gamba je laaa... Malas type.. Hahaha.. Overall di USS semua best3!!! Korang kene pergi!! 
Tiket masuk USS + Express Tiket = $104Singapore Dollar. (sila convert sendiri)
Kalo Tiket USS biasa dalam = $50Singapore Dollar. (convert sendiri)
Makan-makan(lunch/kudapan/air mineral) = $30Singapore Dollar
Souvenir = $100 Sinagpore Dollar je. (3Baju Tshirt + Fridge magnet 5biji $20Sing Dollar)
Convert la wey.. darab 2.5 tula harga duit malaysia..  
Korang WAJIB cuba semua yang ada kt situ.. Cuma masa aku pergi roller coster Galactic tutup.. rugi xdpt main)
Mari kumpul duit lagi repeat wey REPEAT!!!! Hahahaha
Ok. Dah Layan gamba lah.. 

Aku stay JB kt Tune Hotel, Danga Bay. Beli tiket BAS ke USS kt situ gak rm25 return. Musah & senang. Tiket USS korang beli ONLINE je sng./

BAru sampai USS xbukak lagi.


Belum bukak dah beratur panjanggggg gilo...


Aku sebenarnya tgh berlari masa ni nk kejar mamsuk Transformer Studio. 

Dalam Transformer Studio. Best2!!



Jurassic Park

Sesame Street Studio



Istana Shrek

Kepenatan nak balik dh ni..



Tempat makan yang halal xbyk. kene cek bebetul.


Ok. Sekian.

Tuesday, October 7, 2014

Resepi: Choc Moist Kukus versi Cik Shyra

Bahan-bahan kek:-
Bahan A·
1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu cair
· 1 cawan minyak masak
· 1/2 cawan susu pekat
Bahan B
· 11/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh bikarbonat
· 1 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh esen vanilla
· 3 biji telur (suhu bilik)
Cara-cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang tutup pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. Angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..
BAHAN UNTUK TOPPING (ganache) NYUMMMM
Bahan:
400 gm coklat masakan (Milk Compound Beryl's)
1kotak kecik UHT Whipping Cream (jenama ANCHOR)
Cara:
1. Panaskan coklat dan whipping cream sehingga cair sebati.
2. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
3. Panaskan kembali coklat topping tadi.
4. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi semula.
5. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist..



Koko yg dimasak dikacau bersama telur yaaa...
Ini hasilnyaaa.. koko bergabung dengan telur yaa....
Mix.. mixerrrr... mixeresttttt... Hahaha
Siap sedia nk bungkus masuk pengukusssss....
Pengukusssss..... MIl punya.. Byk berjasa.. Hehe

Coklat untuk topping cake...
Tadaaaaaaaaa.... Ini lah hasilnyaaaaaa.... 

Selamat mencuba. Peace Yaw!!!

Resepi: Daging Dendeng versi Cik Shyra

Bahan-bahan:-
500g daging
*10 biji bawang merah (nak lebih pun ok)
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar cili giling/serbuk (tambah lagi kalau nak pedas)
2 batang serai (diketuk)
3 sudu besar kicap manis
sedikit pes asam jawa
bunga lawang, kayu manis , cengkih
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Potong daging nipis-nipis dan rebus sehingga empuk. Simpan air rebusan daging.
2. Tumbuk sedikit daging yang telah direbus (jangan sampai hancur).
3. Tumbuk bahan-bahan bertanda * dan perapkan daging sekejap dengan sedikit bahan yang ditumbuk bersama kicap manis atau kicapm pekat pon bole.
4. Goreng danging tadi sehingga garing, angkat dan ketepikan.
5. Guna setengah dari minyak menggoreng daging dan tumis bunga lawang, cengkih dan kayu manis sehingga wangi.
6. Kemudian masukkan dan tumis bahan2 bertanda *. Setelah wangi masukkan pula serbuk cili dan masak sehingga terbit minyak. Tambahkan air rebusan daging sekiranya tumisan kering.
7. Masukkan serai, kicap dan pes asam jawa.
8. Masukkan daging yang digoreng tadi dan gaul kesemua di dalam kuali. Selalu kacau supaya sambalnya tak hangus. Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehinga sambalnya agak2 kering dan boleh diangkat & dihidang.


Selamat mencuba..


Wednesday, October 1, 2014

My 28th Birthday


Alhamdulillah.. Semalam aku genap lah 28tahun... Rasa macam dh tua pulak.. Haha
Di usia ini, aku bersyukur dengan apa aku kecapi sekarang ini... Aku sudah memilik keluarga sendiri, dengan kerjaya yang aku rasa peningkatan untuk diri aku, kawan-kawan yang selalu paham aku ... Sehari sebelum 29/9 aku sambut anniversary ke-2 perkahwinan aku.. 
Kira double celebrattion lah ni.. Haha.. 

So, Mr.A bwk aku g dinner @ Jibby  & Co, Empire Subang. Nak cuba dia kata. So, jom lyn gamba...

*
*
*
*
*

Thanks My GBS.. Love u all!! 

Byknyerrr hadiah!!!

Dinner here.
Husband 


Wife

Me + Adel
Deco inside restaurant.

Inside restaurant.

Boo Boo's Special & Lychee Mint for drinks.

Our Menu

Big Daddy's Pizza

Shoft Shell Crab Burger


Meteor Cake (Paling lazat!!!!!!!!!!!!)

Dessert section




 So, sape nak pergi makan ni alamatnya..

Jibby & Co
GK11, Empire Shopping Gallery, 
Subang Jaya
Tel: 03-5613-7070