Thursday, March 28, 2013

JANGAN AMBIL RINGAN HB RENDAH SEMASA HAMIL


*image googled

Apakah itu ANEMIA?

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merahHemoglobinmerupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobin anda semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?

a) Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
  • Kelihatan pucat
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas
  • Loya
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
  • Sakit kepala dan pening
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
  • Mudah lupa

b) Gejala yang jarang berlaku :
  • Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen

Kenapa berlakunya anemia?

a) Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian.

b) Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid.

c) Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.

d) Thalassemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Siapa yang berisiko mengalami anemia?

-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :

[KEPADA IBU]
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian

[KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN]
-Kematian janin
-Kelahiran bayi kurang berat badan

#Nota : Perasan tak kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??

Seriuskah masalah anemia saya?

Tahap anemia adalah seperti berikut:
  • < 6.9 : SANGAT TERUK
  • 6.9 < 8.0 : TERUK
  • 8.0 < 9.5 : SEDERHANA
  • 9.5 - 10.5 : RINGAN (Saya ditahap ini.. Doktor kata walaupon di tahap ringan tapi ada kemungkinan ianya bole menjadi TERUK kalo dibiarkan!!!! *shyra*)
Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini..


Sekian. Terima kasih..

(Sumber Info: www.rahsiavitamin.com)

No comments:

Post a Comment