Monday, February 25, 2013

Resepi: Pavlova

Demikian la seperti tajuk diatas... Percubaan membuat pavlova hampir berjaya walaupon crack di akhir pembakaran...
Rasanya sungguh crunchy tapi sedikit manis mesti mau kurangkan gula lg lepas ini kalo mau repeat buat ya..

Jadi, Resepi pavlova ini di ambil dari kak ana suzana (http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/)

Oleh kerana tiada kesempatan utk snap pic sesatu. Jadi pinjam pakcik Google la ye pic nya...
Jom Tgk bahan2 nya...

Bahan-bahan:
Telur 4biji Tapi PUTIH nya SAHAJA.
Gula Caster 1/2cawan Sahaja. 
Tepung Jagung. 1sudu besar .
Esen Vanilla. 1/2 sudu besar.

Cuka makan / buatan. 1/2 Sudu besar juga.
Cara Buat:
1. Sebelum menyiapkan adunan panaskan oven suhu 140darjah celcius. Guna api bawah sahaja. Bila nak start bakar turunkan suhu ke 110-120darjah celcius.
2. Kemudian asingkan telur kuning. Ambil putih telur nya sahaja.
3. Putar putih telur td dengan kelajuan max sehingga putih telur menjadi gebu (soft peak). Bila ditelangkup mangkuk putih telur xjatuh. tu dh ok dh.
4. Kemudian masukkan gula caster td sedikit demi sedikit dan putar lagi...
5. Kemudian masukkan tepung jagung , esen vanilla, cuka dan putarkan lagi.
6. Sila kacau dgn spatula satu arah sahaja secara perlahan. Jangan ganas2.
7. Sediakan dulang pembakar dan lapikkan baking paper. dan tuangkan adunan td tp tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
8. Pastu masuk kan lah dalam oven yer dengan suhu 120darjah celcius. bakar dalam 1jam ya.

(Peringatan) semasa proses pembakaran jangan ngada nk buka pintu oven tu ya. nanti terbantut ia masak. paham ok!

9. Lepas dh 1jam dh siap. biarkan dulu dlm oven. Jangan keluarkan serta merta. Dalam 15minit camtu bukak sikit pintu oven nya. Sementara tu mari buat topping cream nya pula.

Whipping cream. 1cawan.
10. Kalau beli whipping cream beli yang Non Dairy(Bukan Tenusu) atau yang tulis cake and dessert topping.
11. Jadi mari putar whipping cream ini sehingga kental (kalau ditelangkup bekas xjatuh) dalam 15minit camtu.
12. Kemudian mari potong2 buah. aku guna buah strawberi & blueberry sahaja.

menyelerakan pulak buah ni.. haha
13. Ok. semua dh siap mari hias pavlova kita.
14. Pindahkan pavlova ke bekas cantik dengan berhati2 sebab ianya sgt lembut macam marshmallow.
15. Salut lah whipping cream td di atas pavlova kita ya. dan hiaskan dengan buah2han td ya..
16. Dan hasilnya >>>

Tadaaaaa.... Hasil pavlova saya. Dibantu oleh adik ku yana. =)



Sekian.  Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment