Monday, February 25, 2013

Resepi: Pavlova

Demikian la seperti tajuk diatas... Percubaan membuat pavlova hampir berjaya walaupon crack di akhir pembakaran...
Rasanya sungguh crunchy tapi sedikit manis mesti mau kurangkan gula lg lepas ini kalo mau repeat buat ya..

Jadi, Resepi pavlova ini di ambil dari kak ana suzana (http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/)

Oleh kerana tiada kesempatan utk snap pic sesatu. Jadi pinjam pakcik Google la ye pic nya...
Jom Tgk bahan2 nya...

Bahan-bahan:
Telur 4biji Tapi PUTIH nya SAHAJA.
Gula Caster 1/2cawan Sahaja. 
Tepung Jagung. 1sudu besar .
Esen Vanilla. 1/2 sudu besar.

Cuka makan / buatan. 1/2 Sudu besar juga.
Cara Buat:
1. Sebelum menyiapkan adunan panaskan oven suhu 140darjah celcius. Guna api bawah sahaja. Bila nak start bakar turunkan suhu ke 110-120darjah celcius.
2. Kemudian asingkan telur kuning. Ambil putih telur nya sahaja.
3. Putar putih telur td dengan kelajuan max sehingga putih telur menjadi gebu (soft peak). Bila ditelangkup mangkuk putih telur xjatuh. tu dh ok dh.
4. Kemudian masukkan gula caster td sedikit demi sedikit dan putar lagi...
5. Kemudian masukkan tepung jagung , esen vanilla, cuka dan putarkan lagi.
6. Sila kacau dgn spatula satu arah sahaja secara perlahan. Jangan ganas2.
7. Sediakan dulang pembakar dan lapikkan baking paper. dan tuangkan adunan td tp tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
8. Pastu masuk kan lah dalam oven yer dengan suhu 120darjah celcius. bakar dalam 1jam ya.

(Peringatan) semasa proses pembakaran jangan ngada nk buka pintu oven tu ya. nanti terbantut ia masak. paham ok!

9. Lepas dh 1jam dh siap. biarkan dulu dlm oven. Jangan keluarkan serta merta. Dalam 15minit camtu bukak sikit pintu oven nya. Sementara tu mari buat topping cream nya pula.

Whipping cream. 1cawan.
10. Kalau beli whipping cream beli yang Non Dairy(Bukan Tenusu) atau yang tulis cake and dessert topping.
11. Jadi mari putar whipping cream ini sehingga kental (kalau ditelangkup bekas xjatuh) dalam 15minit camtu.
12. Kemudian mari potong2 buah. aku guna buah strawberi & blueberry sahaja.

menyelerakan pulak buah ni.. haha
13. Ok. semua dh siap mari hias pavlova kita.
14. Pindahkan pavlova ke bekas cantik dengan berhati2 sebab ianya sgt lembut macam marshmallow.
15. Salut lah whipping cream td di atas pavlova kita ya. dan hiaskan dengan buah2han td ya..
16. Dan hasilnya >>>

Tadaaaaa.... Hasil pavlova saya. Dibantu oleh adik ku yana. =)



Sekian.  Selamat mencuba!

Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday

(Kiri) pic masa aku Darjah 1 tahun 1992.  (Kanan) pic adik bongsu aku Siti Najibah Darjah 1 tahun  2010. 

Ni pula pic aku & en. suami ..  :) comel kannn.... 

Thursday, February 14, 2013

PATUTKAH SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN


Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
  • Meredakan debaran di hati isteri
  • Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
  • Meredakan kesakitan isteri
  • Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
  • Menimbulkan keinsafan di hati suami
  • Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
  • Lebih menyayangi dan menghargai isteri
  • Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.
  • Lebih menghargai keluarga
  • Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
    Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
    Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.
    Suami boleh membantu dengan cara:
    • Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
    • Memberi kata-kate semangat untuk isteri
    • Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
    • Mengelap muka isteri apabila berpeluh
    • Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
    Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?
    Sumber: Harian Islam

    Friday, February 8, 2013

    Khasiat Buah Delima untuk Ibu Mengandung



    Saya pasti ramai yang dah tahu khasiat buah delima kan?  Terutama sekali khasiat untuk wanita mengandung. Ni info yang saya dapat dari dalam internet.

    Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

    sumber mamashealth
     





    Ok ni ada lagi info:

    KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA

      Ni akak opis aku belikan untuk aku jus buah delima.. sedap gak... mau carik lepas ini.... :)
      • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
      • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
      • Menyingkirkan lemak berlebihan
      • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
      • Mencegah rasa mual
      • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
      • Mencantikkan kulit muka
      • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
      • Berupaya menghapuskan kahak
      • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
      • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
      • Meningkatkan peredaran darah
      • Mencegah dan merawat kanser
      • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
      • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
      • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
      • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
      • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
      • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
      • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
      • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
      • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
      • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
      • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
      • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
      • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous

    ADIK ADAM SYUKRI Meninggal Dunia






    ADIK ADAM SYUKRI

    Salam Jumaat...,

    Siapa yang mak mak mesti ramai tahu pasal kes Adik Adam ni...nama sebenar dia ialahAHMAD ADAM SYUKRI  yang lahir secara vacum pada 4/3/2012, masa dilahirkan adik adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen dan  lebih menyedihkan lagi adik adam telah mengalamai BRAIN DAMAGED (SERVE HIE) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada urat saraf otak....serius sangat menyedihkan bila gua baca kisah adik ADAM.

    Otak adik Adam rosak teruk dan dia tak pandai untuk menelan air liur dia sendiri dan bergantung kepada mesin oksigen ketika dia hidup...

    Ketabahan mak kepada adik Adam iaitu NORAISYAH MD MALENA sangat gua kagum kerana lebih kurang dekat setahun dia tabah menjaga adik Adam..dipahamkan lebih kurang 1 jam sehari sahaja tidur kerana menjaga adam...bila baca pasal kes adik adam ni air mata gua mengalir secara tiba-tiba kerana usia adik Adam lebih kurang dengan anak gua ...tak boleh bayangkan perasaan kalau jadi kepada diri sendiri..ya ALLAH berilah keluarga aku kesihatan .

    Adik Adam selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam 7/2/2013 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.., Adik Adam akan dikebumikan hari ini 8/2/2013 di tanah perkuburan Islam Kabong selepas sembahyang jumaat arini..

    Boleh baca kisah adik Adam di facebook dia di SINI <----- p="">





     =(



    Detik-detik sayu ketika pengurusan jenazah Allahyarham Adik Adam sebelum diterbangkan ke hampung halamannya di Sarikei Sarawak semalam.

    Ciuman terakhir dari ibu..semoga adik adam bahagia di sana.. Al-fatihah



    Ke syurga la tempat mu wahai adik ADAM....AL -FATIHAH
      =(

    (dari blog erti kehidupan)

    Wednesday, February 6, 2013

    Wordless Wednesday

    Happy Birthday to my hubby 5/2/2013 yang ke-27!! Semoga dipanjangkan umur syg & dimurahkan rezeki yg melimpah utk kita sekeluarga ok!! muuuuaaah!!! xoxo