Friday, June 29, 2012

(DIY) Bunga Tisu

Ini yang aku baru try buat td.... Aku rujuk pd tutorial yg berlambak2 kt internet ni..... Aku guna tisu mkn biasa jek ni... then, colorkan dgn maker tepi2 nya tu... Ape pendapat u olls pulak???

Aku nk bunga tisu tu jd cmni... comel belaka......

Mana Nak Dapatkan Kertas Tisu Berwarna?

Lately ni, lepas saya buat entri pasal DIY bunga tisu, ramai yang bertanya pada saya dekat mana nak cari kertas tisu dan kertas crepe ni. Enti ni khas untuk mereka yang bertanya.  Kedua-dua kertas ni berbeza teksturnyer. Kertas crepe teksturnya kasar tapi agak lembut dan lebih mudah untuk dibentuk. Yang xbest, kertas crepe ni mudah terpenyek. Kertas tisu pulak lebih keras, licin dan kemas. Susah sikit nak terpenyek or terkoyak. Tapi, masa korang buat bunga Carnation, nak lipat tu susah sikitlah sebb kertas keras sikit kan. 
1. Kertas Crepe
Korang boleh dapatkan dekat Mydin. Tapi dia jual satu paket yang ada bermacam warna. Harga sepeket dalam RM 3.20 kot. Dalam tu ada 10 keping crepe paper bermacam warna. Untuk praktis & cuba-cuba buat bunga, korang boleh beli yang jenis macam ni dulu. Sebab murah.
Satu lagi korang boleh jugak beli dekat POPULAR. Sekeping dalam 80 sen tak silap. Crepe paper ni jenis yang panjang sikit. Ada bermacam warna yang dijual dekat situ. Cari jer dekat area kertas pembalut hadiah, manila card, mesti ada dekat situ.
Dekat kedai yang jual barang-barang hiasan pengantin, bunga telur pun ada jual. Korang cakap je nak beli kertas ni. Mesti dia tahu.
Ini kertas crepe
2. Kertas Tisu
Yang ini memang saya jumpa jual dekat kedai bunga, kedai jual bunga telur dan hantaran pengantin jer. Kalu korang duduk dekat area Shah Alam, korang boleh beli dekat kedai bunga seksyen 9 (sorry nama xingat) yang sederet dengan bank Al-Rajhi. Lagi satu kedai bunga yang dekat deretan kedai sebelah Plaza Shah Alam. Dekat dengan kedai perabot dan klinik (nama kedai xingat jugak.Huhuhu..) Dua2 kedai ni ada jual. Harga area 90 sen ke 1 ringgit sekeping.
Kedai bunga dekat tempat lain saya tak pasti. Lepas ni saya nak try tengok2 dekat kedai bunga dalam Semua House pulak. Kot2 ada jual dekat situ. Sebab situ banyak kedai barang2 pengantin yang murah. Mana tahu harga kertas tisu dekat sana lebih murah kan?hehehe… Kalau ada, nanti saya update dekat sini ok!
Harap info di atas ni dapat menjawab soalan korang semua.






(Sumber: http://menjaringimpian.blogspot.com/2012/01/mana-nak-dapatkan-kertas-tisu-berwarna.html)

3 comments:

  1. mlas nak buat bnda gini..hehe

    p/s: jom join bloglist kiter

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy juga malas sbnrnya..
      tapi sbb ini comel...
      kalo buat sesambil pon mesti dpt hasil yg puas hati..
      :)

      Delete