Monday, October 22, 2012

Diet Tinggi Protein, Rendah Karbohidrat


Ramai yang ingin diet utk kuruskan badan tapi kdg2 makanan yg di ambil tu xde khasiat... Means dr segi protein, karbohidrat tu kurang.... Berikut beberapa fakta mengenai diet yg tinggi protein, dan rendah karbohidrat....


  1. Berat turun cepat: Penurunan berat badan drastrik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3-4kg pada minggi pertama (sahaja)
  2. Berat naik drastik semula: Now katakan anda amalkan diet high protein, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali kepada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan etc, berat air dan nak dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung kepada hubungan glukosa dan insulin.
  3. Kurang lapar. Memang. Ini kerana insulin levels memang rendah dan tidak mempengarahi nafsu makan.
  4. Jangka masa panjang: Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bi-hun, roti dan buah?
  5. Turun air je ke? Tak jugak. Kalau lah anda betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600-1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci kepada penurunan berat badan.
  6. Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperolehi daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
  7. Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD,  ketosis dikategorikan sebagai unhealthy metabolic state di mana ketones boleh merosakan fungsi organ dan menjadi pencetus kepada penyakit seperti gout (uric acid tinggi), kidney stones or kegagalan ginjal (kidney). Ketones juga kurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
  8. Bahaya Lain? Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan kepada fungsi ginjal (kidneys) badan. Lebih protein tingkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih wear-n-tear akan berlaku kalau ia berteruskan untuk jangka masa berpanjangan.
  9. Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”? Itu bergantung. Diet seimbang pesan 30% pengambilan kalori seharian. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.
  10. Berapa gram pulak dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”? Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2x potong roti atau 4x paket gula meja kecil.
P/S:  Tidak kira diet apa pun, kalau nak kurangkan berat badan wajib ada defisit kalori …


Sumber: KevinZahri.com

No comments:

Post a Comment