Assalammualaikum...
Lame pending nk update blog ni.. Kali ni resepi ni semua orang trend sekarang nak buat. So, aku dengan BFF aku (AYN) nk buat jugak untuk BFF kami sorang lagi untuk hantran tunang dia, ni kes nk jimat malas nk order sebab kalau order harga nya agak mahal ya. So kami decide buat sendiri sahaja tawakal uollss... Haha.. Jom tengok resepinya...
CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Azlita Masam Manis
Bahan-bahan:-
400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
Kacang Walnut (potong kecik)
Coklat (Kit Kat/Kinder Bueno/Toblerone) *Hiasan
Cara-cara:-
1. Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan
bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan
mutunya.
2. Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
4. Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat
mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu
tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
5. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
6. Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika
dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Masukkan kacang walnut dan gaul rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter. (mcm gambar dibawah)
8. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan
suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar
masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.
9. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati. Tapi aku & Ayn buat untuk hantaran tunang BFF kami si Safia. Kami buat Brownies Tower.
|
Cantik tak?? hehehe |
|
Sekian. Selamat mencuba juga.. :)