Monday, January 26, 2015

Resepi: Rainbow Cookies.

Dah lama buat draft ni hahaha.. Baru sekarang ada masa nak sambung semula.. Ok.. Resepi ni resepi cookies yang aku google sahaja.. Ceritanya bila mak aku dah banyak kali cakap nk buat biskut rainbow atau bahasa pasarnya biskut lidah kucing.. Aku pun minta mak aku cari loyang lidah kucing tu.. Ada, jumpa tapi besar sangat xmuat masuk oven aku yang comelllllll kt rumah tu... jadi aku decide nk ammek loyang bulat sahaja... So, xde lah biskut lidah cookies.. Jadi lah Rainbow Cookies. Mari kita buat resepi mudah ini!!

Resepi Rainbow Cookies
Bahan-bahan:-
250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza (merah,oren,kuning,hijau,biru,purple)

Dulang khas bulat Rainbow Cookies. (aku cari dekat Yummie Bakeri, Bandar Baru Bangi)


Cara Membuat:-
1. Griskan loyang dengan sedikit butter

2. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.


5. Bakar dalam masa 10minit-15minit sahaja. (120darjah)

******************************************************************


Jadilah macam gambar di atas selepas siap dibakar. 



Sekian. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment