Thursday, January 29, 2015

MASALAH HAID YANG KERAP TERJADI..ADAKAH....????

Haid sedikit atau tiada langsung 

Masalah ini berkait rapat dengan usia seseorang wanita. Bagi seorang wanita berusia 20-an atau 30-an yang aktif secara seksual, hamil adalah kemungkinan yang utama. Walaupun wanita tersebut mengamalkan kaedah pencegah kehamilan, dia masih berisiko untuk hamil kerana tiada kaedah yang memberi jaminan seratus peratus.

Sebaliknya bagi wanita dalam usia 40-an atau 50-an, mereka berada lebih kepada peringkat sekitar menopos. Ini disebabkan oleh ovari mula memperlahankan pengeluaran estrogen dan aliran haid menjadi kurang kerap. Tempoh haid juga akan menjadi lebih pendek atau ringan. Apabila haid berhenti untuk tempoh 12 bulan berturut-turut, anda sudah mencapai menopos. Purata umur bagi menopaus lebih kurang 51 tahun.

Satu lagi punca yang menyebabkan haid menjadi sedikit atau tiada langsung adalah mengamalkan senaman yang keterlaluan. Fenomena ini adalah biasa di kalangan penari balet dan pelari marathon. Senaman intensif menjejaskan pengeluaran hormon reproduktif yang berkait dalam kitaran haid.

Lain-lain kemungkinan termasuklah;

  • Gangguan pada kelenjar Tiroid atau Pituitari
  • Gangguan Hipotalamus (Kelenjar otak yang merangsang pengeluaran hormon reproduktif)
  • Penyusuan Ibu
  • Obesiti
  • Pill perancang dan Depo-provera
  • Tekanan perasaan dan fizikal
  • Polycystic sindrom ovari dan ketidakseimbangan hormon lain
  • Putus Haid pramatang (sebelum usia 40 tahun)
  • Penyakit rahim
  • Anoreksia nervosa - terlalu kurus

** Ini yang sedang aku alami sekarang yang aku xpasti mengapa.. Period aku keluar xbanyak sedikit sahaja.... Nak pergi refer klinik aku malas.. (HAHAHAHAHA).  Aku tunggu period lepas ni kalo masih sama jugak aku akan refer pada doctor.

Wednesday, January 28, 2015

Langkawi : LANGKAWI BIRD PARADISE

LANGKAWI BIRD PARADISE

Langkawi Bird Paradise adalah taman hidupan liar yang dilindungi yang pertama dan terbesar di Asia. Ia adalah rumah kepada lebih 2,500 dari pelbagai jenis burung. Taman ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato Seri Syed Razak pada 25 Disember 2002.
Nama asal taman ini "The Bird Paradise" tetapi nama ini kemudian bertukar kepada "Langkawi Bird Paradise" pada tahun 2006. Perubahan ini adalah kerana taman ini bukan sahaja rumah untuk burung tetapi juga untuk pelbagai spesies lain di sana; ada buaya, ular sawa, keledai, rakun dan monyet. Anda boleh merasa menyuap makan sebahagian daripada haiwan-haiwan di sini dengan makanan yang disediakan oleh kakitangan taman.
********************************************************************************
Bulan 11 tahun lepas aku dan keluarga ipar aku bercuti ke Langkawi.. Selama 4h3mlm. Kami stay dekat homestay saje berdekatan tempat shopping IDAMAN SURI. So, homestay aku duduk di satu haluan je dengan Langkawi Bird Paradise ni.. 

Bahagian luar taman.. 
Adel takot plak dengan burung-burung tu semua...

Sebahagian haiwan lain yang ada di Tamana ini....

Sesiapa ke Langkawi wajib pergi sini.. Seronok mengajar anak-anak haiwan-haiwan yang ada....
alamatnya:-

  1. Address: Lot 1485, Jalan Ayer Hangat , Kampung Belanga Pecah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

    Hours:
     
    Open today · 8:30 am – 6:00 pm

Entrance Fee:- (sila click gambar)

Website:
http://www.langkawiwildlifepark.com/


Sekian. Entry kali ini...=)

Monday, January 26, 2015

Resepi: Rainbow Cookies.

Dah lama buat draft ni hahaha.. Baru sekarang ada masa nak sambung semula.. Ok.. Resepi ni resepi cookies yang aku google sahaja.. Ceritanya bila mak aku dah banyak kali cakap nk buat biskut rainbow atau bahasa pasarnya biskut lidah kucing.. Aku pun minta mak aku cari loyang lidah kucing tu.. Ada, jumpa tapi besar sangat xmuat masuk oven aku yang comelllllll kt rumah tu... jadi aku decide nk ammek loyang bulat sahaja... So, xde lah biskut lidah cookies.. Jadi lah Rainbow Cookies. Mari kita buat resepi mudah ini!!

Resepi Rainbow Cookies
Bahan-bahan:-
250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza (merah,oren,kuning,hijau,biru,purple)

Dulang khas bulat Rainbow Cookies. (aku cari dekat Yummie Bakeri, Bandar Baru Bangi)


Cara Membuat:-
1. Griskan loyang dengan sedikit butter

2. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.


5. Bakar dalam masa 10minit-15minit sahaja. (120darjah)

******************************************************************


Jadilah macam gambar di atas selepas siap dibakar. 



Sekian. Selamat mencuba!

Tuesday, January 13, 2015

Senyum & Simpan..

Kita senyum mungkin mereka sangka kita suka , gembira.
Kita senyum mungkin kita bertuah, tuah yang mungkin mereka xtau.
Kita senyum mungkin hati kita tersentap tapi masih bole tersenyum...
Kita senyum mereka xtau apa yang kita simpan...
Kita senyum meraikan kegembiraan kita dan mereka...
Kita senyum bila mana kita tau kita bahagia..
Senyum.. Selalu kita senyum banyak hal boleh buat kita senyum..

Kita senyum... senyum yang membawa banyak erti..
Islam kata senyum itu sedekah...
Ya.. Aku senyum.. Aku sedekah senyuman aku.. InsyaAllah ada berkat senyum itu..
Ada benda yang kita harus simpan akan tetapi senyum tetap di bibir ini..
Kita senyum.. Kita gembira dengan kegembiraan orang lain..
Senyum saje lah yang mampu...

Sekian






(**lame dah xbuat nukilan bicara hati.....)

Wednesday, January 7, 2015

Famili: Mak Ayah pergi Umrah (5/1/2015-16/1/2015)

Ya Allah.. Kau permudahkan lah urusan mak dan ayah ku di tanah suci ya... Amin.. Miss u mak ayah!!