Monday, December 31, 2012

Goodbye 2012 Hello 2013 - Azam 2013


Azam 2012 (http://shyracomelselalu.blogspot.com/2011/12/azam-2012.html) masih xabis lg ni.. cekitdautt!!!

1. Family
- Untuk family aku rase aku cuba untuk jadi anak sulung yg bertanggungjawab & kakak yang bole jd contoh kt adik2 aku. Tapi aku tahu semua orang xperfect kan. Aku cuba semampu yg boleh untuk jadi yg terbaik dimata family aku. ( Masih perbaiki diri sendiri utk jadi anak & kakak yang bertanggungjawab )

2. Encik Tunang
- Semoga si dia cepat2 dimurahkan rezeki untuk perkahwinan kami. (ayat xbole blah). Dan untuk aku juga semoga aku akan dapat beri komitmen yg terbaik untuk hubungan kami lebih jauh lagik. Yeay Nak kawin!!!! Gatai nye Cik Shyra!   ( Dah kahwin pon wey!!!! NOW sy pregnant for 3month!! )


3. Office
- Aku kt Ikram ni hampir 4tahun, Bekerja sebagai receptionist xde byk kerenah.. Moga2 dapat la naik gaji ke naik gred ke.. Kalau dapat naik ke bahagian lain pon ok gak.. Hehehe Semoga murah rezeki yer Cik Shyra.
( Masih Menunggu kot2 ada peluang nk ke tmpt lain or company lain hihihi )


4. Kawan-kawan
- Dikalangan kawan-kawan aku just berharap hubungan kami kekal selamanya. Xkira susa & senang. 
( Ada yang sy dh cuba lupakan dan ada yang menjadi kwn selamanya dihati sy )

5. Kewangan
- Kewangan aku cm biase jek.  
( Kewangan minta dimurahkan rezeki utk anak yang bakal lahir ini.. Untuk family ku juga amin... )

Semoga azam aku tercapai. Asalkan ada usaha & dimurahkan rezeki.. Aminnnnnnnnn~



Tuesday, December 18, 2012

5 khasiat limau nipis untuk kecantikan kulit




Limau nipis sememangnya sudah terkenal dengan khasiatnya terhadap rawatan kecantikan kulit . Ia juga sering digunakan sebagai bahan asas untuk produk-produk kecantikan yang berada dipasaran. Antara khasiat limau nipis terhadap kecantikan kulit adalah…………

(1) Menyingkirkan sel kulit mati – Apabila anda menggosokkan kulit denganmenggunakan limau nipis, iasebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.

(2) Mengurangkan kedutan – Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.


(3) Melembapkan kulit -Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering , cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.

(4) Menghilangkan masalah kelemumur – Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.

(5) Menyegarkan lagi kesihatan kuku – Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.

Sumber

Thursday, December 13, 2012

From Facebook.....


Dalam surat Al-Najm Allah berfirman tentang diri-Nya sendiri, “Dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (QS An-Najm [53]: 43)

Ayat ini membuktikan fakta yang menyatakani bahawa janin memiliki ekspresi wajah ketika dia berada di dalam rahim ibunya, tanpa diajar untuk melakukannya.

Keajaiban penciptaan manusia terungkap melalui tahap-tahap perkembangan janin yang digambar
kan oleh Al-Quran. Ia dimulai dengan pembentukan sel-sel germinal pada orang tuanya. Ketika sperma bertemu dengan ovum, maka keduanya membentuk zigot (nutfah amsyaj) yang kemudian menjadi gumpalan seperti lintah (‘alaqah) kemudian menjadi segumpal daging sekunyahan (mudghah), lalu berubah menjadi tulang yang tertutup dengan daging. Dalam jangka waktu yang telah ditentukan, sel-sel tumbuh dan bergerak dalam rahim ibunya, dengan ekspresi wajah terlihat jelas. Setelah revolusi teknologi terjadi akhir-akhir ini hingga diciptakan sebuah alat scan embrio, maka kita sekarang dapat melihat embrio tersenyum dan menangis dalam perut ibu sebelum mereka melihat cahaya di bumi...

Subhanallah!

- SaKura -

Sumber : http://neomujahid.blogspot.com/