Friday, September 25, 2009

P . A . N . O . R . A . M . A

hahaha...
hihihi...
huhuhu...
xtahan nk gelak bile ingat balik kisah malam td...
masa aku dan kawan-kawan pergi beraya kt kpg...
Mula2 kumpul umah mai.. Lepas tuh pergi umah aggy.....
Lepas tuh umah bad... kemuadian umah deen.. kemudian lagi umah aku...
seterusnya umah nana... seterusnya lagi umah faiz... last skali umah cep...
hihi... huhu.. haha....
Masa kt umah cep la best.. bila mana deen teruja dgn PANORAMA... hihihi..
tahu x ape tuh PANORAMA yang aku maksudkan???
jeng.. jeng.. jeng..
ini la PANORAMA yang aku maksudkan...


Deen dh berkurun lama pakai HP dia SEk800i, tp dia xtahu pon ada setting PANORAMA nie...
nk marah salah.. so ajarkan jek la kt deen ape itu PANORAMA... dan akhirnya deen berjaya membuat PANORAMA... Jeng.. Jeng... Jeng.......


ini la hasil seni dari deen melalui PANORAMA

ini pula hasil seni aku...... yang dipanggil PANORAMA



SEKIAN.....
TERIMA KASIH.....

Thursday, September 24, 2009

I wish I was SPECIAL....


Korang pernah ke rase mcm apa yang aku rase sekarang ni..? Aku teringin nak rase aku la yang istimewa dalam hidup dia.. Tapi aku tahu aku bukan lah yang teristimewa.... Bayangkan jika korang kat tmpat aku bilamana orang yang korang sayang tuh bukan sahaja menyayangi korang tapi org lain.. dengan kata lain die ada yang lain.... Oh, tidak!!! Aku tidak mhu ianya berlaku!! Tapi ianya sedang berlaku.... Mana boleh macam ni... Die menyayangi 2orang?? Kenapa?? Kenapa buat aku macam ni?? Aku tidak layak untuk dapat sepenuh kasih sayang dari dia?? Sampai aku memaksa diri aku untuk berkongsi dengan orang lain?? Aku sanggup berkorban untuk lihat die genbira.. Ketawa... Aku sanggup ketepikan apa yang telah dia buat kat aku mula-mula dulu.... Kenapa aku sanggup lupekan yang die pernah sakiti hati aku dulu?? Kenapa aku sanggup terima dia kembali pdahal die sudah ada GF... Aku kah yang bodoh untuk cinta ini..? Aku kah yang terhegeh-hegeh untuk cinta dia?? Perlukah aku teruskan hubungan yang tidak tahu sampai bila akan bertahan.. Die kata dia sayangakan aku tp dia juga sayangkan GF dia.. Aku yang patut mengalah... Aku akan pergi untuk dia bahagia... Tapi hati aku berbelah bahagi.. Dan aku tahu aku akan pergi juga.. Aku bkn perampas.. Biarkan dia bahagia.... Aku akan cari cinta aku lagi.. Mungkin belum aku temui lagi... Aku dapat merasakan ini semua hanya permainan dia sahaja... Aku akan cube lupekan dia... Walaupon hati ini sakit.... Sakit yang teramat sangat.... Akan aku cube ubati... Biarpun mengambil masa yang lama... Asalkan aku tahu dimane aku dan siapa aku dihatinya.....

Dan kini aku sedar aku bukan lah yang teristimewa kerana bukan aku saja di hatinya.. Aku paham.. Walaupun aku mengharapkan aku lah yang istimewa dalam hidupnya tapi bukan aku... Hanya mimpi sahaja yang aku layak.. Belum aku temui cinta aku.. Aku masih mencari... hati ini selalu berkata yang aku akan temuinya... Sampai sekarang masih menanti seberapa istimewanya aku di hatinya............................

Wednesday, September 2, 2009

Antara Sayang???

Sayang..??????

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi.

Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia.

Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Love at the first sight ?~~


Cinta pandang pertama??? Wow, sangat menarik kan bile dgr pasal ni! Yelah.. Mane tidaknya, cerita dimane seseorang ini jatuh cinta dikala baru pertama kali bertemu, bertentang mata.... KONON tahu itu la soulmate kite... cewah!! Masa bertentang mata tu kite konon rasa macam dh bersedia la untuk bercinta.... Yeke?? Jatuh cinta pada pandangan pertama dapat dikatakan sebagai sex appeal, sesuatu dari orang tersebut membuat anda untuk tertarik dan lebih jauh lagi, jatuh cinta. Contohnya la kan, dr mimik muke(reaksi muke bile memandang sidia itu), postur badan(berjalan penuh lembut katanyaa nk ambik hati), suara(giler suare nk manjeeeeee), kecakapan (skill yg konfiden itu penting). Mase tu mula la keluar semua ape ciri-ciri idaman kita kan, kan tgk ada atau tak kt sidia itu. Kalo la ada serba sedikit ciri-ciri itu apa lagi mestila melonjak-lonjak hati untuk lebih lagi tahu pasal sidia. bole jadi obsess giler la kt sidia... Tetapi ada survey juga yang mengatakan bahawa cinta melalui pandangan lebih dangkal dari pada jatuh cinta melalui pendengaran atau bau badan. Dan dengan itu memang lah selalu orang cakap cinta itu buta! Cinta pada pandangan pertama sering dikategorikan adalah cinta yang berdasarkan berahi, kecantikan ketampanan manusia itu sendiri. Yeke??? Tp pernah juga aku mendengar yang sebenarnya cinta pada pandangan pertama itu tidak ada yang ada di dunia ini hanyalah keegoan dan tidak pernah memikirkan orang lain!!!!!!!!!! cinta pada pandangan pertama itu jugak kadang-kadang tiada rasa cinta pun. pendapat masing-masing kan.

Aku lebih kepada cinta pandang pertama... Aku yakin dan pasti semua dikalangan kita akan melalui detik yang cukup istimewa di awal perhubugan cinta. Ada yang pada mulanya hanya kawan biasa dan secara tidak sengaja jatuh cinta.. Ada pula yang hanya kenalan biasa tetapi setelah lama bermesra akhirnya jatuh cinta jugak..


-shyracomelselalu-