Monday, June 29, 2015

Coretan Terakhir dari Arwah Fahmi (Kawan Sekolah Rendah Aku)

Assalammualaikum W.b.t....

Dingin malam masa aku tahu tentang berita pemergian sahabat lama aku.. Arwahyarham Fahmi Bin Sahat. Pilu rasa hati dan terkilan kerana kami xdapat berjumpa (Reunion). Sedih xterkata sampai menitis air mata aku tanpa aku sedari..... Seluruh kawan-kawan di group Whatsapp kami bertanya adakah benar berita yang diterima ini????? Seorang kawan bertanya kepada kakak arwah mengenai bebrita ini dan dia telah mengesahkan kebenaran nya.... Ya Allah... Tidak ku sangka.. Fahmi telah pergi meninggalkan kami... Baru sahaja kami semua berjumpa kembali di group Whatsapp bercadang untuk berjumpa tapi tidak sempat semua yg di rancang...
Fahmi merupakan kawan sekolah rendah aku.. Di Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar Baginda. Dari Darjah 1-Darjah6......

27/6/2015- Menurut cerita dari kakak arwah...  petang semasa arwah sedang mahu keluar untuk membeli juadah buka puasa di simpang arwah telah dilanggar oleh sebuah kereta...... Terseret katanya... Kawan-kawan laki group kami ada pergi melawat arwah ke Melaka. Sementara tggu arwah abis posmortem kakak arwah citer mcm mana kejadian excident berlaku.... Arwah kene langgar pastu tercampak kat tembok rumah orang dan terseret dengan kereta yang melanggar arwah.

Kakak arwah ada bg sekeping coretan yang arwah tulis.... Bila aku baca menusuk ke jiwa aku.......
Ya Allah... Fahmi seakan tahu masa nya akan pergi..... Aku nak kongsi kan pada korang.....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fahmi Bin Sahat
3-6-1986-27/6/2015

"Di Dunia Sementara ini
Hidup ku Terasa Sunyi
Berbagai Ragam Manusia

Allah berikan Hidayah
Hatiku Jadi Tak Keruan
Allah Menuntut Haknya
Aku PAsrah PAda Godaan Duniawi
Sedang Aku Menjalani Kehidupan ini
Aku Terkenang Kisah Silam
Hingga aku Diberi Pelbagai Nikmat
Tentang Syurga yang Ditawarkan
Akan Aku Turuti Perintahnya
Kerana Ku Tidak Mau MATI sia-sia

Sedang Aku Menjalani Kehidupan ini
Dimana Doa Allah Tetap ada.
Sentiasa Aku Mengingatinya.
Dan Kita Masih Berpeluang Lagi...."


(Coretan Terakhir Arwah Fahmi)


Fahmi... Semoga engkau tenang di sana.. Amin..

AL-FATIHAH..





No comments:

Post a Comment