Haid sedikit atau tiada langsung
Masalah ini berkait rapat dengan usia seseorang wanita. Bagi seorang wanita berusia 20-an atau 30-an yang aktif secara seksual, hamil adalah kemungkinan yang utama. Walaupun wanita tersebut mengamalkan kaedah pencegah kehamilan, dia masih berisiko untuk hamil kerana tiada kaedah yang memberi jaminan seratus peratus.Sebaliknya bagi wanita dalam usia 40-an atau 50-an, mereka berada lebih kepada peringkat sekitar menopos. Ini disebabkan oleh ovari mula memperlahankan pengeluaran estrogen dan aliran haid menjadi kurang kerap. Tempoh haid juga akan menjadi lebih pendek atau ringan. Apabila haid berhenti untuk tempoh 12 bulan berturut-turut, anda sudah mencapai menopos. Purata umur bagi menopaus lebih kurang 51 tahun.
Satu lagi punca yang menyebabkan haid menjadi sedikit atau tiada langsung adalah mengamalkan senaman yang keterlaluan. Fenomena ini adalah biasa di kalangan penari balet dan pelari marathon. Senaman intensif menjejaskan pengeluaran hormon reproduktif yang berkait dalam kitaran haid.
Lain-lain kemungkinan termasuklah;
** Ini yang sedang aku alami sekarang yang aku xpasti mengapa.. Period aku keluar xbanyak sedikit sahaja.... Nak pergi refer klinik aku malas.. (HAHAHAHAHA). Aku tunggu period lepas ni kalo masih sama jugak aku akan refer pada doctor.
No comments:
Post a Comment