Tuesday, March 26, 2013

Khasiat Akar Fatimah

Akar Fatimah ini aku dpt  dr Kak Tashaa yg baru balik dr Umrah (TQ kak tasha). Kata org akar fatimah ini hanya ada di mekah sahaja. 

Khasiat Akar Fatimah.

- Akar Fatimah ni hendaklah direndam dalam air sehingga kembang dan diminum air rendamannya tu sewaktu dah mula rasa sakit nak bersalin. Mujarab untuk mempercepatkan bukaan pintu serviks dan seterusnya memudahkan kita untuk bersalin tanpa perlu menahan rasa sakit terlalu lama. 
- Walaumacamanapun, kita tak bolehlah terlalu taksub sangat dengan khasiat akar ni takut jatuh khurafat/syirik pulak kan. Anggap je ianya sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa sakit nak bersalin tu semuanya Allah jua yang tentukan.
- Akar ni boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni supaya kering balik dan simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun.
Aku try google kat internet pasal pengalaman orang yang pernah minum air akar Fatimah ni, rata-rata cakap kena tunggu waktu dah rasa sakit baru leh minum. Kalau tak, nanti lagi susah nak bersalin.

*So kawan-kawan yang ada pengalaman minum air akar Fatimah ni, sudi-sudikanlah share pengalaman korang dalam comment box saya ye. Nak jugak tau.*

Sekian....

(Sharing: Baca jugak Ayat 21-24 daripada Surat Al-Hasyr seberapa kerap yang boleh dan sapu kat perut. Ayat ni jugak bertindak sebagai selusuh atau memudahkan untuk bersalin nanti. Selain itu, kena rajin jugak ucapkan Doa Nabi Yunus semasa terperangkap dalam perut ikan Nun. Ayat untuk melepaskan diri daripada kesusahan : "LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZHOLIMIIN")

2 comments:

  1. As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

    Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

    Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

    Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

    Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

    ReplyDelete
  2. So bolehlaa amalkan thanks...

    http://sbayyna83.blogspot.com/2013/07/setbersalinshaklee.html?m=1

    ReplyDelete