Thursday, November 1, 2012

Asid Folik Kepentingan Sebelum dan Semasa Mengandung


Saya nak kongsikan Kepentingan asid folik sebelum dan semasa mengandung. Harus di ingat ya folik asid bukan ubat ajaib untuk kesuburan tetapi membantu untuk kesuburan dan memberi faedah pada bayi dalam rahim.

Apa itu ASID FOLIK? 
-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 

Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)


Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).



2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
-Sumbing lelangit (cleft palate) 
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIK perlu diambil?
-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. 

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain 


Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing.

sumber  Dr Zubaidi.

********************************************************************************
Ini acid folic sy punya doc bg..  
Tq

(P/S: susa nk tdo malam skang.. sakit pinggang..  sakit perut... hukhukhuk)

No comments:

Post a Comment