Dibuka sembilan bulan lalu, ternyata keputusan menyediakan makanan barat selain makanan Melayu tidak silap. Ramai pelanggan, terutama orang Melayu memang menggemari makanan barat seperti stik dan spageti. Sebenarnya, makanan Johor merupakan hidangan istimewa Wadihana, malah lebih special kerana resipi yang digunakan adalah resipi turun temurun keluarga pemiliknya, Abdul Hamid Hamat dan Rozita Abdul Samad. (Ayat bahasa baku.. Hahahaha)
Menurut cerita Pasangan suami isteri yang juga sepupu ini berasal dari Johor. Lebih khusus, dari Jalan Wadihana yang terletak di tengah-tengah bandar Johor Baharu. Maka tidak hairanlah nama Wadihana dipilih sebagai nostalgia 'kampungnya' yang kini sudah tidak wujud lagi, dan kenangan nenek yang mula tinggal di sana pada 1952.
Terdapat lebih 50 hidangan tersenarai dalam menu Wadihana. Untuk permulaan makan disini aku cuba makan Chicken Nacho's & Mushroom Soup.. Ternyata sangat sedap...!!!!!!
Mushroom soup yang sgt sedap!! pekat dan rase cendawan nya.. |
Chicken Nacho's yg sedap.... Macam kt Chilli's punya tau... =) |
Suasana di restoran WadiHana. |
Kalu korang teringin nak makan makanan Johor atau makanan barat yang segar, cubalah ke restoran ini yang terletak di No. 2, Jalan Medan Pusat 2C, 3B curve Business Park, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. Ia dibuka dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam Isnin hingga Sabtu, kecuali Jumaat, dari 3 petang hingga 12 malam.
(Selamat mencuba!!!!)
No comments:
Post a Comment