Monday, April 21, 2014

Holiday: Bali 2014 (Day1)

Suprise from hubby bila dia decide nk bawak aku dan Adelia honeymoon ke BALI!!! Yehaa!! 
Actually, Planning ke Bali adalah lepas kami kahwin dulu but not good enough plan so xjadi pergi. And bila Adelia dh besar sikit ni baru dapat pergi. So, 4hari 3malam kami di Bali. 13/4-16/4. Flight jam1205pm so kami gerak dari rumah jam9 lebih camtu. Ayah mentua dan mak mentua aku yang hantar kami di KLIA. 

Perjalanan ke Bali dalam 2jam45minit camtu. 
Alhamdulillah Adelia xmeragam langsung dalam flight. tidur sepanjang dalam flight. Kami sampai di Airport Ngurah Rai dalam jam3lebih. Sesampai di airport utk cop imigresen MasyaAllah, ramai gila pelancong2 yang sampai sama time dengan time kami sampai. Apa lagi terpaksa kami beratur panjang hampir 1jam lebih. Masa ni la Adelia mengamok meragam sikit mungkin sebab penat agaknya. 

So, selesai di kaunter imigresen cop passport bagai, kami terus amek luggage dan keluar cari driver kami. Sampai depan pintu utama tu punya la ramai driver yang mmg sedang menanti tetamu2 mereka. Aku sibuk cari nama aku dan dh jumpa terus kami di bawa ke kereta. Nama driver kami Pak Andy. Aku dapat contact driver dari kwn baik aku Ain. Bole cari FB Miko Saputra Bali Driver .  
Bole wassap +62 819-3625-2810/+62 813-3809-1381.

Sepatutnya kami ke hotel dahulu untuk check-in tapi Pak Andy kata takot terlepas sunset jadi kami decide terus ke Jimbaran Bay untuk makan dan tengok sunset. Program asal sepatutnya kami ke Uluwatu dulu tp sebab xsempat nk kejar ke Jimbaran so hold dulu utk ke Uluwatu. Sampai di Jimbaran mmg ngam2 sunset dh menjelma.. huhuhu Oh ya. Waktu Bali sama dengan waktu Malaysia cuma cepat malam. Ok Pak Andy bawak ke Restaurant Kampoeng Seafood. Makanan kat sini ok la. Harga nya hurmm dalam kalau kami makan 550,000Rupiah. Convert la sendiri. Huhu Tapi yela sebab nk merasa makan sambil tengok sunset so ini je makanan yg harganya mahal sikit la..



Adelia dengan FIL n MIL

Nk masuk balai menunggu. Kemahen kaki anak dara tu.

Otw masuk flight

Us. Ayah Ummi Adelia

Nak sampai Bali tggu turn nk landing

Cantik kan view

At Jimbaran Bay . Tengok sunset.

Ombak besar. Air laut tgh pasang.


Tengok anak dara aku ni... Teruja agaknya.

Our dinner at Jimbaran.

Performance at Jimbaran

Muka dah xlarat penat sgt. (abaikan muka aku tu dh minyak2 dah)

Ni tempat aku makan di Jimbaran bay.

 Selesai makan baru kami di bawa ke hotel kami. The Oasis Hotel. Check-in, terus mandikan Adelia dan bersihkan diri terus bummmm tidur.. Letih sangat.. Gud nite!

Ok sambung entry lain untuk hari ke-2 pulak.. Babai!

Wednesday, April 9, 2014

Tuesday, April 8, 2014

Air oooo SYABAS..

Kawasan rumah (BANGI SEKSYEN 2) den dh 2hari xde air akibat di catu... Start dari 6/4(Ahad) - 7/4(Isnin). Sepatutnya hari ni air ade tapi mungkin lewat petang dalam kul4ptg baru ada.. Jenuh MIL&FIL angkat air dr kedai.. Mujur kt kedai xde catuan air... Khabarnya catuan air ni berlarutan  hingga hujung bulan April ni.. 2HARI ADA AIR, 2HARI TIADA AIR... 
Tapi tu kalo empangan boleh tampung la air kan. Kalau empangan masih kurang air terpaksa pihak SYABAS lanjutkan tempoh catuan air berjadual ni..
Nasib baik rumah mak ayah kt Kg Dato Abu Bakar Baginda (KDABB) ada air dan belum lagi masuk dalam jadual catuan air. So, nampak gayanya mari tdo umah kpg supaya dapat mandi.. kuikui
Ini ada jadual catuan air bg peringkat 4 Zon 3 yg mana kawasan rumah aku terlibat sama.. :-


Tuesday, March 25, 2014

Sidang Media MH370 | Pesawat Sah Hilang di Lautan Hindi

Hari yang penuh kesedihan buat seluruh rakyat Malaysia dan dunia yang dapat menyelami perasaan keluarga mangsa yang terlibat. Bagi yang terlepas sidang media oleh Perdana Menteri semalam, anda boleh tonton video ini. Seluruh rakyat Malaysia mengutuskan doa dan takziah buat setiap insan yang terkesan akibat tragedi #MH370. #ALFATIHAH