Thursday, March 21, 2013

25 weeks pregnant



Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi. 

Semasa setiap lawatan antenatal, doktor anda akan mengambil tekanan darah anda dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing anda. Dengan ini, keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat. 

Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas.Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. Berbincanglah dengan doktor anda tentang lain-lain cara untuk menahan sakit. Dapatkan maklumat tentang pemulihan natural untuk jari kebas atau sakit. 

Adakah anda bercadang untuk kembali bekerja? Buatlah rancangan sekarang. Bahagian kerja dan pengasuhan anak kami akan memberitahu anda semua yang anda perlu tahu. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

(Sumber: babycenter.com)


me on 25weeks pregnant.. semakin lebar.. and the most important my baby sihat.. next check up 28/3.. hahahadoi...  

Monday, March 18, 2013

Perkhidmatan Sewaan Lori Angkut Barang & Pindah Rumah.



- Semua area Semenanjung Malaysia.
- Menyediakan lori 1tan & 3tan (bonded/tertutup).
- Kadar harga boleh dirunding.

Untuk Pertanyaan Sila Hubungi En. Kahar (012-3311223)

Thursday, March 7, 2013

Baby Cot : Perlu @ Tidak?


Geram tgk katil baby sbb nk hias bilik cantik2....tapi belum ada rumah sendiri lagi kekekekeke~

Ada yg kata PERLU sebab:
1. tido buas, takut tertindih baby
2. tengah masak/mengemas rumah boleh letak baby dlm tu
3. takkan masa bersama dgn suami nak letak baby sekatil dgn kita kot?
4. boleh gantung2 benda warna-warni (rangsang otak baby)
5. senang nk tidokn baby kalau beli yg blh swing

Ada yg kata TAK PERLU sebab:
1. naluri ibu takkan tindih baby
2. baby kdg2 menangis tdo sorang2
3. baby bila terjaga mesti nk tgk muka mama dia dulu
4. tido sekatil dgn baby senang nak breastfeed baby bila dia terjaga tengah malam (boleh mengiring & sumbat terus je)

**********************************
Aku pon mcm pening2 je fikir perlu ke tak...tp bila dh BANYAK kali pk, aku rasa mcm perlu kot beli katil baby ni... 
Tapi tapi tapi akak ipar aku(erna) ada dh baby cot ni.. Kalau si sapiq xtdo kt baby cot lg boleh la aku pakai sementara. Kalau tak aku akan susulkan kepada Menteri Kewangan laa beli baby cot utk anak kami nanti... yehaa!!! =)

Monday, March 4, 2013

Adik ku bertunang.. Tahniah..

Pada 2/3/2013 adik ku Liyana telah melangsungkan pertunangan dia. So, Tahniah kepada adikku..
Marilah layan gambar ya..

Pelamin mini DIY sendiri.. Amacam cantik x?? Bole la nk suh buat lepas ni.. Hihihi
ni pic dr fb yana aku curik.. kikiki

Ni bakal MIL yana yg sarungkan cincin....

Orang kata kami kembar. =)

Tu dia heh mak buyung beraksi depan camera... Kikikiki (I'm 23weeks pregnant)