Wednesday, July 13, 2011

Gastric Ooo Gastric

Aku selalu sakit perot. Sakit sangat2. Dulu aku kalau makan banyak sangat mesti lepas makan aku akan uwekkkkkk muntah. Paling nyampah kalau muntah, bila makan sedap2 jadi rugi weyyyyyyyyyyyy!!!!!
Tu berlaku mase 3-4tahun lepas.. Sekarang ni pulak.. Bila sakit perot sampai sebu2 bagai, heartburn, aku mesti kene jumpa doctor sbb aku xlarat nak gerak. sakit gilerrr..... Then mase tu baru aku tahu bila doc cakap aku gastric.. 
Errgghhhh... Sakit nak berjalan xbole.. tangkap pinggang pulak tuh.. haishhhh... Nak bergantung kt ubat aku xsuka sebenarnya sebab aku rase dh banyak sangat ubat dalam badan aku ni. Mane tak nya, semenjak kecik n sekolah lagi  aku ada migrain, alergic, ni tambah dengan gastric lak.. Penat lah makannnnnn ubt ni.. Memang lah nk baik xnak sakit tapi banyak sangat dh ubat aku makan... 
So, bila dah tahu gastric menjelma ni aku dah xbole sangat kalo lupe nak makan, lambat makan. Kalau makan pulak xbole yang masam2 lah mcm orange, nanas, even tembikai!!!!! xkannnn lah xbole?????? Doc ckp bole but dalam kuantiti yg sikit bole. cmne tuh?? Nanas tu feveret aku lak tuh.. Nyummmm..... 
So, lepas ni kene lebih menjaga kesihatan lah nampaknyer.. Urmm.... Kalau tak sakit jek la memanjangggg......

"Semoga Aku Di Beri Kesihatan Yang Baik" Amin~

Tuesday, July 12, 2011

Re-List & Re-Check



Assalammualaikum w.b.t....

Dalam beberapa bulan dari sekarang aku rase kene banyak struggle untuk achieve target aku...
So, aku buat re-list & re-check balik semua yang aku akan buat, apa patut aku buat kalau tak, aku tak achieve target aku.

Semoga dipermudahkan segalanya. Aminn~

Monday, July 11, 2011

EspresSOUP

Ari sabtu aritu lepas g jenjalan kt PICC & Pesta Floria, Aku & En.Aboy singgah The Mines memandangkan Xbole keluar KL. Cadang nya nak pergi tengok wayang. Tapi tiker sold out so cancel jek lah. Jalan punya jalan rase nak makan. Jadi Kami singgah makan kt espresSOUP. Tepi kaunter nak naik Bot Mines tuh. Sebelah Auntie's Anne. So, ape yang menarik nya adalah roti dia tu keras pastu soup dia dalam roti tuh.. jap aku upload gambar dia.
Tadaaaaaa.... Camni la maksud aku tadi...... pastu potong2lah roti tu & melimpahlah soupnya.. :)
Cubalah ekk..

Sekian...

Thursday, July 7, 2011

KEWAJIBAN UNTUK BERUBAH by Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

As salam para sahabat yang di kasihi. Moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita semua. Semalam, seperti juga hari2 yang terdahulu, saya mengendalikan kursus untuk para pengurus di sebuah agensi gergasi dlm bidang hartanah. Sesi berjalan dgn jayanya. Satu rumusan yg saya dapati ialah: kebanyakan pengurus, spt juga kebanyakan org lain, tak nampak keperluan utk berubah setiap hari ke arah yg lebih cemerlang. Nabi bersabda: Org yg dua hari berturutan tidak berubah, pasti menuju kegagalan. Justeru, kita yg tidak berubah setiap hari sememangnya tanpa sedar menuju kegagalan. Jika pemimpin gagal, macam mana pengikut nak berjaya? Jika pengurus gagal, macam mana pekerja nak berjaya? Jika ibu bapa gagal, macam mana anak2 nak berjaya? Begitulah seterusnya....

Persoalannya, apa nak buat? Mulai hari ini, kita buat azam utk terus berubah hingga akhir hayat. Cara nak berubah?
1. Sebelum tidur, maafkan semua org, berdoa dan buat azam: Ya Allah, jika esok aku masih hidup, jadikan esok lebih baik drp hari ini. Tapi jika akau mati esok, matikan aku dlm husnul khatimah.
2. Bangun pagi terus tersenyum dan berdoa: Syukur ya Allah aku masih panjang umur. Jadikan hari ini lebih baik drp semalam ya Allah. Jadikan aku positif, sihat, bersemangat dan ceria utk pergi kerja/sek/IPT/dsbnya.
3. Amalkan sunnah2 harian semasa di bilik air, berpakaian, sarapan, nak keluar rumah dsbnya.
4. Keluar rumah dgn melangkah kaki kiri dan berdoa. Pasang berbagai niat utk pergi kerja/sek/IPT -- Ya Allah aku keluar rumah nak cari rezki halal, cari ilmu, sampaikan ilmu, nak hapus dosa dgn kerja kuat, nak sembuhkan sakit, nak senyum dan beri salam kat org, nak cari kwn baru dan eratkan persahabatan yg dah ada, nak bantu org, nak bersedekah, nak bermaafan, nak doa mendoakan, nak jadikan hari ini lebih baik drp semalam, nak jadi sebab org lain dpt hidayah, dsbnya.
5.  Usaha utk cuci hati dgn solat taubat, istighfar, maafkan org, kekalkan wuduk, baca Quran, cuci pinggan, etc
6. Belajar utk sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif
7. Cuba utk buat apapun dgn kaedah yg terbaik ie ikut sunnah
8. Jaga ibadah setiap masa
9. Perbaiki hubungan dengan semua org
10. Cari guru atau mentor utk dpt bimbing kita ke arah kecemerlangan
11. Jaga penampilan diri agar sentiasa kemas dan menawan
12. Bentuk budaya diri atau amalan harian yg positif dan cemerlang -- cara makan minum, cara bersapa, bercakap, cara menegur, menerima teguran, cara bermesyuarat, etc
   
Moga kita semua sentiasa berubah dan di rahmati Allah. Wassalam