Wednesday, September 13, 2017

Alhamdulillah... Baby Perempuan!

Assalammualaikum....
Ok aku nak sambung sambungan entri sebelum ni... So, aku masuk Labor Room(LR) dalam lebih kurang pukul9 dengan bukaan 4cm masa tu selera makan pon xde sebab contraction aku makin kerap.. aku paksa makan jugak sebelum masuk LR dpt la 3/4suap makan nasi minyak MIL aku buat. Aboy sempat hantar pagi tuh.. Macam biasa dh masuk LR, pasang CTG dekat perut nak tengok bacaan jantung (Heart Beat) baby. Lame jugak pasang CTG tu letak kt perut aku.. dah la makin lama sakit makin kerap sakit sakit sakit sakit.. Dalam pukul 10 mcm tu doctor datang nk pecah air ketuban sekali cek jalan.. Bukaan dh 5cm. sakit makin kuat aku xboleh nk baring relaks & tenang.. aku sempat jugak tido.. ntah la tdo sbb aku amek gas tahan sakit tuh jadi aku mamai tau.. aku tgk2 macam dah tengahari sebab aku ras abahang panas sangat berpeluh2.. Rupanya2 diorg xbukak AIRCOND. Jahanam betul la nurse tuh. Hahaha.. Ada Nurse senior datang cek aku siap marah doctor tuh sebab xbuka aircond... Aku siap bole gelak padahal sakit oii.... Dalam pukul 1/2petang aku cakap lagi aku sakit sangat ni.. doctor datang cek lagi bukaan aku... Doctor Cakap dah 7cm... Aku dalam hati yes! nak dekat masa ni.. aku cuba tahan tahan tahan sakit sakit sakit sakit sangat.. dalam pukul4.40petang aku cakap doctor tolong saya rasa xtahan sangat ni mcm nk berak.. Hahaha memang kelakar kalau korang baca tp perasaan aku masa tu pedulik apa dah sangat aku dh meneran meneran macam nk bersalin.. Doctor cakap dia xbole asyik nk cek sebab baru cek pukul 2 tadi kalau nak cek semula pukul6 nanti.. Tapi aku jawab je "saya sakit macam nk berak ni doctor tolong lah cek doctor."
Dah tu doctor pon apa lagi cek bukaan.. Nah.... Doctor cakap "dh 10cm!"..Apa lagi cepat2 diorg semua buat apa yg patut nak sambut baby... Aku teran teran teran.. aku dengar azan Asar.. Aku push teran teran lepas 10minit (4.50ptg). Poppp... Keluar la seorang bayi perempuan. Doctor tanya aku baby apa ni Puan.. Aku macam xnampak.. Aku jawab slow baby girl... So, proses aku rawat jahit aku.. dalam masa 15minit.. tak lama tuh diorg bawak baby dekat aku.. aku apa lagi menetesssss air mata laaaaa.... Syukur kepada Allah Subhana Allah Taala.... Allah Maha Besar.. Allah Maha Mengetahui.. Aku menangis gembira tak sangka cepat sangat anak aku nk keluar nk tengok dunia pancaroba ni.. So, 24 APRIL 2014, ISNIN, bersamaan 27 REJAB , ISRA' MIKRAJ telah lahir puteri kedua kami.. Berat 2.26KG.. Alhamdulillah Ya Allah.... Masa ni nama masih takde lagi untuk baby.. Tak cari lagi.... So, takde nama lagi.. Panggil Adik sahaje...

Inilah puteri kedua kami...

Ok. Sambung entri seterusnyaa............................................................

Terima kasih.

Friday, September 8, 2017

Bersalin awal (35minggu)

Assalamualaikum.. Lama nya xmenulis dekat blog aku ni.. Berhabuk dah blog ni tak update..
Ok... Last aku update pasal Braxton's Hicks kan.. Masa tu kandungan aku 30minggu...
Masa tu pon aku dah mengalami batuk2 yang teruk berlarutan sampai kandungan aku 34minggu... Macam2 jenis gula2 untuk batuk aku hisap, spray untuk tekak gatal aku sembur2 masih lagi tak elok2 batuk aku...
Last aku check up dekat Klinik Kesihatan 20/4/2017 dan aku bgtahu Jururawat Masyarakat (JM) yang dah 2-3hari aku rasa perut aku keras contraction. JM ada check jugak tp masa check xde pon alarm contraction. Then JM rujuk aku dekat Pegawai Perubatan (MO) pon sama jugak MO xdapat kesan alarm contraction tuh... dan sebenarnya aku kena jugak jumpa MO sebab urine aku kotor. So, amek air kencing 2x still sama tu yg jumpa MO. Tapi MO kata xde apa maybe aku kurang minum air masak.. Ok. Sebab xde ape2 alarm contraction so MO kata mggu depan datang mcm biasa check up. So, aku pon balik la...
21/4/2017, Batuk aku masih teruk lagi2 waktu tidur.. Tuhan je tahu betapa sakit nya tekak aku perut aku ni... Kiranya aku tak tidur nyenyak semenjak batuk aku bertambah teruk.. Malam waktu tidur dalm pukul 130pagi tiba masa syok2 nk cuba tido aku rasa ada bendalir keluar dari Miss V aku.. Aku apa lagi terus bangun dan pergi bilik air nak cek tengok tengok... Hurmmmm keluar macam lendir coklat.. Aku masa tuh positif lagi... Tapi tapi perut aku tiba2 rasa contraction.. aku relak tenang  aku cuci masuk bilik balik tuka apa yang patut lepas tu.. pluppp keluar lagi bendalir itu.. kali ni dh nak ke merahan mcm darah.. Aku macam PANIC terus aku kejut Aboy.. Dah Aboy tanya aku "Eh, kenapa pulak ni? Takkan nak bersalin dah?". Aku jawab "ntah la.. perut rasa sakit contraction ni.." dan start jam tu aku tak dapat tidur aku mula keluarkan segala semua keperluan baby & keperluan aku standby untuk pergi Hospital. Sebab aku rasa contraction bertambah kerap... Dalam pukul4pagi mcm tu Aboy suro aku tido bertenang rehat seketika sbb dia kata nampak aku penat sgt... Untuk pengetahuan korang EDD aku 28/5/2017. 
Jam dah pukul 6pagi aku bangun nak mandi konon2 aku nak pergi kerja.. Tapi bila nk mandi tuh aku tgk 'pad' aku penuh lendir coklat kemerahan.. Aku dah gelabah tak tentu arah lepas mandi aku kejut Aboy dan aku cakap aku nak pergi hospital sebab contraction pon makin kerap.. So lepas siap kami pon pergi terus ke HOSPITAL KAJANG.
Sampai di Hospital Kajang, tak ramai mana orang dekat tempat pemeriksaan ibu bersalin tuh.. cuma pepagi biasa lah MO & JM slow2 motion ajer buat kerja maybe sebab diorg shift malam tadi belum abis kerja.. So, aku sampai bagi buku 'pink' kt kaunter. JM panggil nama aku tanya kenapa dtg dan aku explain semua dan dia suro aku buat urine dulu.. tp aku xbole buat urine sebab tiap kali 'shishi' mesti keluar bendalir tu lagi.. So, MO dtg panggil aku untuk buat CTG baby dalam 20minit. Lepas tu Doc kata nak cek jalan. Jeng Jeng Jeng.. Ini part aku paling takot sekali sebenarnya.. 
Dalam doctor cek jalan tu dia pon cakap mcm ada water breaking, pastu ada bukaan 1cm.. gitu je la aku paham.. Lepas tu MO suro aku tggu untuk scan baby pulak... So, Scan baby nampak ok xde masak berat dalam anggaran 2.4kg. Aku sebenarnya belum ready nk bersalin sebab aku ada byk lagi kerja pending dekat office yg belum setel sebab aku memang dah set lagi sebulan aku bersalin.. 
So, aku kene warded, MO bagi aku injection matangkan paru-paru baby 2dos 12jam sekali. Untuk pengetahuan korang, injection matangkan paru-paru baby ni ubat dia bapak gila sakittttttt ooooo..... bukan jarum yg menusuk yg sakit.. Tapi ubat tuh yg memang buat kau akan menangis sampai punggung ko kebas sakit tak boleh bergerak ya... Hahahaha Ini betul ya aku tak tipu ya..
So aku dah dapat katil, JM datang bagi ubat STOP Contraction 2biji. Lepas tu aku takde buat apa2.. MO dtg buat report cek BP. tu saje.. 
23/4/2017, Kandungan aku hari tu masuk 35minggu genap, Doc Pakar datang untuk bagi summary dekat semua patient yang ada.. Sampai turn aku doctor kata aku dah bole bersalin tp baby premature lah. So dia suggest untuk INDUCE. Aku panic panic panic sampai terkeluar air mata.. Sebab aku memang xready nak bersalin lagi.. Ya Allah xtahan nya aku pon menangis la call Aboy. Doc kata ada bahagian lapisan selaput air ketuban dh bocor yang kita xtahu macam mana sebab maybe sangat kecik tp kebimbangan doctor adalah pada baby. So, by hook by crook aku bole dah bersalin sbb takot infection pada baby.. Doc cakap bincang dgn husband so doctor kata 24/4/2017 aku akan induce la untuk bersalin.. Dah aku bincang dgn aboy sambil tahan menangis tuh aboy pon setuju. Aku panggil MO dan cakap la aku ok untuk INDUCE.
Ok, nak dijadikan lagi cerita lepas makan ubat untuk STOP contraction tu memang aku dah xrasa sakit lg.. Tapi sbb lepas dah tahu nk induce tiba2 sakit contraction aku datang balik oiii..... berlarutan sampai ke malam.. Aku xsenang duduk.. nak tido pon xselesa... Pukul 3pagi aku xsenang duduk sambil jalan2 borak dengan ibu2 yang xtido sebab sakit xbole tido tu.. Aku pergi dekat kaunter nurse aku cakap perut aku dah sakit sangat ni xtahan.. Nurse pon kata meh kita cek jalan.. Aku pon ape lagi laju je g bilik cek jalan... Jeng jeng jeng... Rupa-rupanya dah buka 3cm wey!! So nurse cakap tunggu pagi nanti doctor akan datang utk induce dia akan cek semula jalan kalau dah 4cm xpayah induce dah masuk ke Labor ROOM (LR). Nurse suro aku tido rehat sekejap. Pukul 650 mcm tu nurse kejut aku cakap doctor nk cek jalan & masuk ubat induce. Aku pon ikot la nurse... So, doctor cek jalan..... Jeng Jeng Jeng... Bukaan dah 4cm... So, doc kata xpayah INDUCE bole dah terus masuk LR. Sebelum tu dco suro aku mandi+makan2 siap2 biar ada tenaga.. (aku skip semua part family aku dtg melawat yer. kalau x panjang cerita ni.. Haha)
Pukul 9pagi nurse dah panggil untuk masuk LR. Perasaan aku? Hurmmm Aku minta proses bersalin ni berjalan lancar.. Amin.. Tu je aku bole nk cakap... 


Sambung Entri lain  --------------------------->>

Tuesday, March 21, 2017

Perut mengeras semasa hamil @ Braxton’s Hicks



Sejak kandungan da masuk 30 minggu ni, mula la terasa perut kerap mengeras..time malam mmg toksah cite la susah nak tido, nafas pn sekat2, golek ke kanan x kene golek ke kiri ok la ckit..klu terlentang lg la rase sesak...dekat nak pagi baru la leh lelap..bile kt opis mule la mate mcm mate garfield...ngantoksss...

Apsal ye perut kite mengeras bile hamil...jom kite share info ni sesame...hope membantu mommy2 lain jugak..
 




Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung : 

1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi

Cara menangani perut mengeras semasa hamil

1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan

Braxton’s Hicks
 atau nama popular bagi orang melayu adalah ”kekejangan perut” atau ”kontraksi”. Ia merupakan salah satu tanda kehamilan yang kerap berlaku pada bakal ibu pabila usia kandungannya semakin meningkat terutama ketika di trimester ketiga.

Mesti sahabat-sahabat tertanya-tanya macam mana rasanya apabila BH ni terjadi. Nak tau ke? Ok2, saya cuba cerita serba sikit. Bukan niat nak takut-takutkan ke ape, hanya sekadar berkongsi pengetahuan dengan sahabat-sahabat yang masih bujang dan sebagai persediaan awal buat bakal ibu. Sama-sama kita berkongsi.
Sesetengah bakal ibu tak merasai BH ni, dan sesetengahnya pula dapat merasainya seawal minggu ke 30 dan pada bakal ibu seperti saya pula sepatutnya rasa bertuah dapat merasainya, (walaupun sakit..adui) kerana hikmah disebalik sakit BH ni terlalu banyak.

Semasa BH ni terjadi, perut menjadi tegang dan keras dan kadang-kadang ia menyakitkan dari tengah perut hingga ke ari-ari dan kadang-kadang ia disusuli dengan kekejangan kaki dan sakit dibahagian pinggang. Itu lah yang kerap saya rasai sejak 4 hari lalu.

Biasanya BH ni akan dirasai apabila bayi bergerak aktif, ketika mengangkat berat, mengurut perut atau ”dehidrasi” ( kurang air dalam badan ). Kalau saya, paling kerap terasa ketika baby bergerak aktif. Kadang-kadang tu, perut dah keras pun masih rasa baby tendang dan bergerak,. Alhamdulillah baby saya semakin aktif saban hari dan senang kata setiap jam pasti akan terasa pergerakannya.^^

Hikmah Di Sebalik Braxton’s Hicks (BH)

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya yang Allah sembunyikan, itu kita semua dah sedia maklum. Begitu jugalah dengan hikmah disebalik kesakitan BH ni. Ia adalah latihan awal sebelum saat kelahiran tiba. Kebiasaannya orang tua-tua akan cakap ” alah bisa tegal biasa”. Saya setuju sangat-sangat dengan ungkapan tersebut.

Disamping itu juga, BH ini membantu melembutkan serviks dan memudahkan ‘pembukaan’ semasa proses kelahiran nanti. Itulah hikmah yang Allah sediakan pada bakal-bakal ibu seperti kita. Oleh sebab itu, janganlah asyik mengeluh dan merungut ketika BH ini terjadi tetapi saya sarankan amalkanlah beberapa tips di bawah ni bagi mengekalkan keselesaan dan mengurangkan kesakitan.

Tips Untuk Menambah keselesaan dan Mengurangkan Kesakitan :

Tips ini ada yang saya perolehi hasil pembacaan dan ada yang disarankan oleh ibu saya sendiri. Terpulanglah pada sahabat-sahabat mahu lakukan yang mana mengikut keselesaan kalian.

1- Ubah posisi sekiranya kalian rasa Braxton’s Hicks akan datang.

2- Rehat lebih lama, minum air masak dan baring mengiring ke sebelah kiri.

3- Minum air dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi kerana ia akan menyebabkan otot mengecut dan mengakibatkan kontraksi BH.

4- Buang air kecil dengan kerap kerana ia akan mengelakkan kontraksi berlaku.

5- Amalkan teknik pernafasan dengan menarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Tempoh menarik nafas pula mestilah lebih pendek daripada hembus. Ia akan menambahkan keselesaan pada kalian.
Pada saya pula, saya amalkan tips ketiga, keempat dan kelima sekaligus sambil diikuti dengan selawat didalam hati. Alhamdulillah cara tu berkesan untuk mengurangkan rasa sakit BH.

Akhir kalam
Begitulah yang saya rasai sejak dua minggu kebelakangan ni, dan harapnya entri ini dapat membantu bakal-bakal ibu dalam menghadapi waktu2 tersebut.


Sekian. Terima kasih

Sumber: Google

Thursday, January 26, 2017

21weeks of Pregnant


Assalamualaikum.....

Sabtu lepas (21/12017) aku buat appointment untuk detail scan untuk 2nd baby aku ni... Alhamdulillah semua bahagian dalaman baby OK. Normal. Tiada masalah... Syukur...
Detail scan ni bagus untuk kita cek cukup tak injap jantung baby..  Tulang membesar dengan ok ke x.. Kalau ada pape masalah kiranya bole jugak la detect semasa buat details scan baby ni..
Jom layan gambar my 2nd baby.

Bahagian otak baby

Bahagian tulang belakang baby

Bahagian jantung & perut baby


Tulang kaki baby

Tangan baby


Layan Video baby tengah isap jari.. Hehehehe


Ok. Aku buat details scan ni dekat Klinik Jameaton, Seri Kembangan. Masa Adel dulu pon aku buat dekat sini. Untuk Details Scan skarang Cas nya RM150. Kene buat appointment dulu sebelum datang nya.. Boleh call (03-8944 2270) Ada juga Scan untuk 2D, 3D & 4D.. 




Sekian. Terima kasih.