Wednesday, October 23, 2013

1st Anniversary + 27th Birthday....

29/9/12 - 29/9/13 Genaplah setahun perkahwinan kami.. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang cahya mata NOOR ADELIA..
30/9/2013 --> Birthday saya yg ke-27.. sweet 27 katanyaaa... huhuhu
Kami telah g bercuti2 sempena anniversary dan birthday saya.. Hihii
Ala.. pergi Port Dickson (PD) je...
Kami stay hotel Avillion Admiral Cove.. Cantik gak tmpt ni sbb ada bot2 org kaya parking sini.. huhuhu
layan gamba je la ok....

Friday, October 18, 2013

Info: Breastfeeding while sick with Diarrhea.

Ibu-ibu yang kena cirit-birit jangan risau ye. 
Ibu-ibu semua memang kuat!
 
Breastfeeding while sick with Diarrhea
Diarrhea atau cirit birit adalah pengalaman biasa yang dialami oleh semua orang termasuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Ibu semestinya akan risau jika bayi akan dijangkiti, namun menyusukan anak semasa ibu mengalami cirit-birit adalah selamat. Biasanya cirit-birit akan mula reda selepas beberapa hari dengan penjagaan yang betul.

Ibu adalah selamat untuk menyusukan bayi sepanjang mengalami cirit-birit. Ini kerana badan ibu akan menghasilkan antibodi yang kuat untuk melawan virus tersebut, dan dengan menyusukan bayi, antibodi tersebut akan dipindahkan ke badan bayi.

Antara yang ibu boleh buat jika ibu mengalami cirit-birit adalah:

1. Teruskan penyusuan seperti biasa, penghasilan susu mungkin akan berkurang dari biasa; untuk itu kerapkan menyusu atau mengepam atau boleh berikan bayi hasil perahan susu ibu simpanan anda.

2. Banyakkan minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Tips; minum segelas air setiap kali selepas sesi ke tandas. Ini dapat menggantikan semula air yang hilang dari badan.

3. Ambil makanan yang lembut dan ringan seperti bubur, roti, oat atau buah-buahan yang dikisar. Apabila simptom telah berkurangan, ibu boleh kembali ke diet yang biasa ibu.

4. Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap; sejam sekali untuk membantu ibu mendapatkan tenaga dan mengelakkan stress kepada perut dan usus.
 
 
(Sumber : FB PumpOnTheGo.)

Tuesday, October 8, 2013

️INFO SUSU IBU

️INFO SUSU IBU

Lepas ni nak guna teknik mcmni la.. boleh dapat stok susu & anak pon kenyang juga.. Hihihi


Mengepam sambil menyusu adalah teknik yang baik untuk melancarkan penghasilan dan pengeluaran susu. Selalunya bila sebelah payudara disusui bayi, sebelah lagi akan mengeluarkan susu juga.

Teknik ini elok diamalkan seawal dalam pantang lagi, untuk membantu ibu mengumpul stok simpanan susu ibu.

Jadi untuk menjimatkan masa, mommies boleh mengepam sambil menyusu.

Happy breastfeeding & happy pumping!!

Posisi Menyusu Bayi (Breastfeeding Positions)




Gambar menunjukkan contoh posisi yang betul. Tapi tak semestinya macam dalam gambar ye mommies, posisi terpulang kepada mommies. Yang penting KERJASAMA!

Ya, mommies dan baby harus bekerjasama utk mendapatkan posisi yg selesa. Bila selesa, mommies happy, baby pun dapat menyusu dengan tenang.

Happy breastfeeding mommies!

Source: Summit Medical Group